Umno Nak Keluar Kerajaan Kerana Najib Rakyat Akan Hukum Lebih Lagi


 


UMNO MESTI PANGGIL MESYUARAT MT TERGEMPAR PUTUS KETETAPAN KELUAR KERAJAAN


23 December 2025


Gelombang mahukan UMNO keluar kerajaan kini sudah menggelembung ke seluruh penjuru alam.


Di mana-mana ramai yang bersetuju dengan tindakan itu susulan sikap biadap dan kurang ajar seorang pemimpin DAP kepada UMNO susulan keputusan mahkamah semalam berkaitan titah adendum.


Langkah keluar meninggalkan kerajaan dan segera memisahkan diri daripada DAP adalah satu-satunya langkah wajar untuk memberi pengajaran kepada parti tersebut.


Bukan saja orang UMNO, malah orang Melayu biasa dan kebanyakan juga dilihat bersetuju dengan langkah meninggalkan kerajaan itu.


Sepertinya sekarang ini bukan saja orang UMNO yang terasa disakiti kerana dihina oleh sikap biadap dan kurang ajar seorang pemimpin DAP terhadap Najib Razak, malah perasaan yang sama telah merebak ke jiwa orang-orang Melayu.


Bagi sebahagian besar orang Melayu, jasa dan sumbangan Najib begitu besar kepada kehidupan mereka.


Bantuan tunai STR, Sara dan segala macam bantuan lainnya, ia  masih diingati sebagai idea daripada BR1M Najib yang terus dikekalkan oleh beberapa kerajaan sehinggalah sekarang.


Dalam erti kata lain, orang Melayu sekarang ini mula simpati kepada UMNO disebabkan perlakuan pemimpin DAP kepada Najib itu.


Maka itu, UMNO tidak boleh memandang ringan sentimen yang wujud dan makin berkembang sekarang ini.


Ini adalah sentimen yang boleh membawa kemenangan dalam pilihan raya akan datang.


Oleh sebab sudah ramai pemimpin UMNO telah mengeluarkan kenyataan memperlihatkan kecenderungan ingin keluar kerajaan, berpatah balik atau melakukan U-Turn bukan lagi suatu pilihan.


Jika itu yang dilakukan, orang Melayu akan hilang kepercayaan dan tidak lagi respek kepada UMNO.


Yang dinanti sekarang ini  hanya satu – bila UMNO mahu keluar kerajaan?


Kata-kara berapi, desakan, ugutan dan seumpamanya hanya dinanti bila mahu dilaksanakan.


Untuk itu, UMNO kini wajar memanggil mesyuarat MT khas dan tergempar dengan kadar segera.


Mesyuarat itu bukan untuk membincangkan keputusan mahkamah semalam, bukan juga untuk membincangkan apa jadi kepada Najib selepas ini, tetapi untuk mendapatkan persetujuan untuk segera meninggalkan kerajaan.


Tentang keputusan mahkamah semalam, serahkan kepada peguam Najib untuk mengemukakan rayuan di peringkat mahkamah yang seterusnya.


Keluar kerajaan dan tidak lagi berkawan dengan DAP adalah satu-satunya pilihan untuk UMNO kembali mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada orang-orang Melayu.


UMNO selama ini bukan saja sudah bertolak ansur dalam banyak perkara, malah sanggup memberi laluan agar DAP dapat beroleh kuasa, tetapi jika hinaan dan kejian sebagai balasannya, ia sama sekali tidak boleh diterima.


Kali ini UMNO jangan sekali-kali berpatah balik lagi, kecualilah jika parti itu mahu terus dihina dan sengaja ingin ditolak mutlak pada PRU seterusnya. – ShahbudinHusin 23Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/umno-mesti-panggil-mesyuarat-mt-tergempar-putus-keluar-kerajaan/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/umno-nak-keluar-kerajaan-kerana-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Saja Jangan Ugut Ugut Pas Dok Tunggu Nak Join Umno Pas Tu Pas Kencing

Keluar Saja Jangan Ugut Ugut Pas Dok Tunggu Nak Join Umno Pas Tu Pas Kencing

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 48 hits
KENYATAAN RASMI KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN INDERA MAHKOTA Kami Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota menegaskan pendirian yang jelas dan konsisten dimana kami menghormati sepenuhnya keputusan Mahkamah serta kedaulatan undang undang negara Say...
Beri Kata Dua Enam Bulan Adalah Cermin Kegagalan Dap Patut Keluar Kerajaan

Beri Kata Dua Enam Bulan Adalah Cermin Kegagalan Dap Patut Keluar Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 191 hits
10 December 2025DAP dilaporkan memberi tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri untuk menyegerakan reformasi yang selama ini dijanjikan Setiausaha Agungnya Anthony Loke berkata jika Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tuntutan itu dalam tempoh...
Anwar Tak Perlu Layan Dap Tak Boleh Keluar Kerajaan Tun M

Anwar Tak Perlu Layan Dap Tak Boleh Keluar Kerajaan Tun M

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 157 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melayan sebarang permintaan daripada DAP kerana parti itu tidak mempunyai pilihan untuk keluar daripada kerajaan Menurut beliau ...
Rancakkan Madani Jadi Wadah Kerajaan Bertemu Rakyat Lapor Pencapaian Tiga Tahun Pentadbiran

Rancakkan Madani Jadi Wadah Kerajaan Bertemu Rakyat Lapor Pencapaian Tiga Tahun Pentadbiran

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 100 hits
KUALA LUMPUR 5 Dis Program nbsp Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku nbsp yang berlangsung mulai hari ini hingga Ahad di Dataran Putrajaya menjadi platform penting kerajaan untuk bertemu rakyat serta melaporkan pencapaian pentadbiran Kerajaa...
Terus Terang Cakap Kalau Nak Banding Dengan 33 Bulan Dulu Ianya Lebih Baik Dengan Fikirsn Yang Waras

Terus Terang Cakap Kalau Nak Banding Dengan 33 Bulan Dulu Ianya Lebih Baik Dengan Fikirsn Yang Waras

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 87 hits
Ini adalah kedudukan tiga parti utama dalam kerajaan bersama jawatan menteri dan timbalan menteri yang masing masing miliki Apakah kuantiti menggambarkan kualiti atau yang penting ialah kuantiti bukan kualiti
Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan Sspn Dan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn

Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan Sspn Dan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 68 hits
Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan SSPN Dan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas inisiatif dan komitmen berterusan Kerajaan N...
Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Membantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri Melalui Projek Rumah Rakyat Pahang

Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Membantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri Melalui Projek Rumah Rakyat Pahang

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 132 hits
PEKAN Kerajaan Negeri Pahang terus komited membantu rakyat di negerinya untuk mempunyai kediaman sendiri melalui projek Rumah Rakyat Pahang Salah seorang penerima RRP Abdul Razak Abdul Rahman 52 dari Kampung Ketapang Hilir di sini bersyukur...
Komen Seperti Yeo Lebih Baik Elak Demi Kerajaan Perpaduan

Komen Seperti Yeo Lebih Baik Elak Demi Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 68 hits
Penganalisis kata tenaga politik akan terpaksa dialihkan untuk redakan konflik susulan komen Yeo Bee Yin berkait Najib Razak Komen Yeo Bee Yin berhubung Najib Razak tidak beri nilai tambah sebaliknya dilihat sebagai provokasi PETALING JAYA ...
Tahanan Rumah Pas Sokong Penuh Hak Najib Rayu Ke Mahkamah Lebih Tinggi

Tahanan Rumah Pas Sokong Penuh Hak Najib Rayu Ke Mahkamah Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 68 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu selaras dengan hak rayuan yang dijamin sebagai perlindungan asasi setiap individu dan wajib dihormati Takiyuddin Hassan berkata PAS gesa semua cabang kerajaan dan pihak berkuasa ber...
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Zeus66v2 16 25 Web Casino Online Top 8 By Melisa

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Syukur Alhamdulillah

Berkaitan Keputusan Najib