Tabiat Menggonggong Botol Susu Dan Puting Boleh Sebabkan Anak Lambat Bercakap


Tabiat mengonggong botol susu dan puting bukanlah asing bagi kanak-kanak. Memang itu merupakan kepuasan dan keseronokan bagi mereka. Namun begitu, kita tidak boleh menganggap tabiat tersebut boleh berterusan sampai bila-bila. Kita juga faham bahawa sesuatu tabiat itu jika dilakukan secara keterlaluan akan sedikit sebanyak memberikan kesan samaada positif atau negatif.
Credit: Freepik Sebenarnya, tiada jawapan yang jelas mengenai permasalahan ini. Tapi secara asasnya, pembelajaran bahasa terjadi melalui pemerhatian dan pembelajaran kanak-kanak dari sekeliling. Dan seterusnya mereka akan belajar untuk menggunakan organ-organ mulut untuk belajar menyebut bunyi-bunyi pertuturan. Kesemua pembelajaran tersebut memerlukan latihan untuk membolehkan kanak-kanak boleh melakukannya dengan baik.
Menggonggong botol susu dan puting secara berterusan biasanya dikaitkan dengan masalah:
Masalah jangkitan pada telinga
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang setiap masa dengan botol susu / puting mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah jangkitan pada telinga. Seperti yang kita tahu, mendengar adalah sangat penting untuk membolehkan kanak-kanak bercakap dengan baik. Sekiranya terdapat gangguan pada pendengaran kanak-kanak, sudah semestinya, perkembangan bahasa juga akan terganggu
Masalah pada struktur rahang dan gigi kanak-kanak seperti ‘open bite’ dan kerosakan gigi
Proses bercakap perlu dipelajari. Ia melibatkan banyak aspek. Tapi secara asasnya untuk bercakap kanak-kanak perlu memahami bahasa terlebih dahulu yang mana proses ini berlaku di otak hasil dari apa yang mereka dengar dan lihat. Seterusnya untuk menyebut pula mereka perlukan struktur dan fungsi yang baik bagi organ pertuturan. Sekiranya salah satu terganggu semasa proses berlaku, akan wujudlah gangguan pada pembelajaran untuk kanak-kanak bercakap
Jika kita lihat pada kedua masalah tersebut, memang ada faktor penyumbang yang membawa kepada masalah kelewatan bahasa & pertuturan. Masalah jangkitan pada telinga boleh menyebabkan kanak-kanak mendapat masalah pendengaran yang mana ia akan memberi kesan kepada pembelajaran bahasa mereka. Jika mereka tidak mendengar dengan baik, bagaimana mereka boleh memahami perkataan dan menyebut dengan baik kerana asas untuk belajar bercakap adalah faham dan tiru sebutan orang dewasa terlebih dahulu.
Seterusnya adalah masalah pada struktur mulut, rahang dan gigi juga boleh memberi kesan pada sebutan kanak-kanak yang mana ianya boleh membawa kepada masalah pelat. Untuk bercakap dan menyebut bunyi, setiap organ pertuturan perlu diletakkan pada kedudukan yang betul. Kedudukan yang salah akan menyebabkan bunyi yang salah juga dihasilkan. Untuk menghasilkan bunyi yang betul, kanak-kanak perlu berlatih menggunakannya secara berterusan semasa usia 6 bulan lagi.
Walaupun ada kajian-kajian yang dilakukan, tetapi tiada keputusan yang mengatakan dan mengaitkan secara terus bahawa tabiat menggonggong botol susu dan putting secara berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap. Terapis Pertuturan menyarankan supaya kanak-kanak berhenti atau mengurangkan penggunaan botol dan puting pada usia 18 bulan ke usia 2 tahun kerana pada usia ini pembelajaran bahasa dan perkembangan struktur mulut berkembang dengan sangat pesat. Pada usia 18 bulan kanak-kanak sudah boleh diajar menggunakan cawan ataupun straw untuk minum.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan di sini adalah, tak semua kanak-kanak yang ada tabiat ini akan lambat bercakap. Tapi risiko mereka untuk mendapat masalah lambat bercakap adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tiada tabiat ini.
Mencegah lebih baik dari merawat. Betul tak?
Kredit: Aishah Kassim Akademi
Speech & Language Pathologists
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tabiat Menggonggong Botol Susu Dan Puting Boleh Sebabkan Anak Lambat Bercakap? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tabiat-menggonggong-botol-susu-dan-puting-boleh-sebabkan-anak-lambat-bercakap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Finger Food Boleh Latih Bunyi Bibir Seperti M B P O V Y Kalau Tak Dilatih Anak Akan Lambat Bercakap

Finger Food Boleh Latih Bunyi Bibir Seperti M B P O V Y Kalau Tak Dilatih Anak Akan Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 191 hits
Betul ke makan ada kaitan dengan bercakap ni Mesti ramai nak tahu kan Mesti ada juga yang tak percaya dengan hanya makan boleh latih untuk anak bercakap Sebenarnya memang ada kaitanya dengan pemakanan Kita semua makan menggunakan mulut apab...
Risaunya Anak Lambat Bercakap Ibu Cuba Guna Isyarat Tangan Bagi Merangsang Minda Mereka

Risaunya Anak Lambat Bercakap Ibu Cuba Guna Isyarat Tangan Bagi Merangsang Minda Mereka

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 265 hits
Ketika bayi kesayangan anda memasuki usia 1 tahun dia sepatutnya sudah mampu bercakap walaupun hanya satu patah perkataan sahaja Bagi merangsang proses komunikasi ini ibu ayah hendaklah menggunakan pelbagai teknik bersesuaian antaranya deng...
Elak Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Masalah Karies Gigi Ini Saranan Doktor Kalau Nak Gigi Anak Cantik Dari Kecil

Elak Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Masalah Karies Gigi Ini Saranan Doktor Kalau Nak Gigi Anak Cantik Dari Kecil

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 388 hits
Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak anak menjadi rosak Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim ...
Impian Ibu Nak Susukan Anak Dengan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun Boleh Tercapai Dengan Cara Ini

Impian Ibu Nak Susukan Anak Dengan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun Boleh Tercapai Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 289 hits
Setiap ibu menyusu pasti sentiasa berdoa supaya bekalan susu badannya mencukupi untuk keperluan anak membesar Semua ibu menyusu mengimpikan untuk menyusukan anak dengan susu ibu sehingga berusia dua tahun Namun perjalanan menyusukan anak bu...
Jangan Takut Guna Ubat Gigi Berfluorida Boleh Cegah Enamel Gigi Karies Pada Anak

Jangan Takut Guna Ubat Gigi Berfluorida Boleh Cegah Enamel Gigi Karies Pada Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 229 hits
Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah sat...
Anak Tiba Tiba Tantrum Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai

Anak Tiba Tiba Tantrum Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 318 hits
Anak tantrum buat perangai itu memang asam garam untuk membesar Namun ada caranya untuk mereka sentiasa punya mood yang baik iaitu daripada ibu dan ayah sendiri Percaya atau tidak hormon ibu menyusu juga boleh memberik kesan pada emosi anak...
Ada Anak Kecil Elak Guna Alas Meja Makan Anak Boleh Capai Tarik Makanan Minuman Panas Akan Tumpah

Ada Anak Kecil Elak Guna Alas Meja Makan Anak Boleh Capai Tarik Makanan Minuman Panas Akan Tumpah

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 434 hits
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah Melecur mudah berlaku akibat kecuaian Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang Sebab sebab biasa melec...
Tahun Depan Anak Darjah 1 Belum Lancar Baca Buat Teknik Ni Confirm Boleh

Tahun Depan Anak Darjah 1 Belum Lancar Baca Buat Teknik Ni Confirm Boleh

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 290 hits
Bagaimana nak bantu anak yang bakal masuk darjah satu tahun depan lancar membaca dan boleh memahami apa yang diajar Ni antara soalan yang ramai ibu bapa tanya kerana risaukan anak akan ketinggalan dalam pembelajaran nanti Bagi menjawab pers...
Bedung Bayi Boleh Sebabkan Kematian Jika

Bedung Bayi Boleh Sebabkan Kematian Jika

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 339 hits
Saya pasti ramai ibubapa yang membedung anak atau bayi mereka sebaik sahaja dilahirkan Ia menjadi amalan sejak lama dahulu dan dipercayai mampu mententeramkan bayi baru lahir Ini adalah kerana keadaan bedung pada bayi ini menyerupai keadaan...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan