Impian Ibu Nak Susukan Anak Dengan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun Boleh Tercapai Dengan Cara Ini
Setiap ibu menyusu pasti sentiasa berdoa supaya bekalan susu badannya mencukupi untuk keperluan anak membesar. Semua ibu menyusu mengimpikan untuk menyusukan anak dengan susu ibu sehingga berusia dua tahun.
Namun perjalanan menyusukan anak bukanlah semudah yang disangkakan. Banyak dugaan dan cabaran menyusukan anak sejak detik si manja dilahirkan lagi. Turun naik penghasilan susu seringkali menjadi cabaran utama kebanyakan ibu menyusu terutamanya yang bekerja di pejabat.
Tak mudah untuk mengekalkan momentum pengeluaran susu yang sama setiap hari. Tekanan, keletihan, kesibukan sering menjadi musuh utama ibu menyusu mengekalkan penghasilan kuantiti dan kualiti susu yang sama setiap hari.
Bertambah tertekan apabila ibu bekerja yang mengejar masa di pejabat terpaksa mengambil masa berjam-jam semasa mengepam susu untuk memastikan stok susu cukup untuk bekalan anak.
Ramai yang keliru dan terdesak untuk mencuba pelbagai produk penggalak susu bagi memastikan pengeluaran susu ibu terus banyak. Dalam mencari alternatif menggalakkan penghasilan susu badan, ibu jangan tersilap pilih produk yang boleh memberi kesan pada kesihatan diri sendiri. Jangan terlalu obses atau mahukan kesan yang cepat kerana setiap tubuh badan wanita akan memberikan reaksi yang berbeza.
Antara produk penggalak susu ibu yang menjadi pilihan ramai ibu-ibu menyusu adalah Lactation Drink yang digemari ramai ibu menyusu.
Diformulasi khas daripada bahan penggalak susu organik, Lactation Drink sangat digemari oleh ibu yang menyusu. Menariknya minuman organik ini dihasilkan daripada ekstrak bahan organik diproses menjadi serbuk dalam sachet. Ia sangat memudahkan kerana boleh terus dibancuh dan diminum.
Lactation Drink ini diformulasi khas daripada bahan-bahan penggalak susu yang terkenal sejak zaman nenek moyang seperti kurma merah, kurma hitam, longan kering dan sebagainya.
Lactation Drink sangat memahami kesibukan ibu setiap hari terutama ibu yang bekerja tetapi ingin berjaya menyusukan anak hingga dua tahun, ia dirumus khas sebagai penggalak susu semula jadi pertama berbentuk serbuk dalam sachet. Jadi ibu tak perlu lagi merebus bahan-bahan, hanya perlu bancuh dan boleh terus minum.
Antara keistimewaan Lactation Drink ini berbanding produk penggalak susu lain yang kebanyakannya jenis tenusu atau rasa seperti susu, adalah rasanya sendiri. Rasa Lactation Drink ini seperti air longan, manis-manis buah yang pastinya mengurangkan rasa loya atau mual terutama yang alah pada minuman bertenusu.
Produk ini diyakini kerana telah mendapat kelulusan Halal dari JAKIM dan telah berada dalam pasaran hampir tiga tahun. Jadi ibu boleh minum tanpa rasa was-was.
Jawab soalan di bawah ini dan anda berpeluang menang hadiah Lactation Drink.
NAMA: **NO. KAD PENGENALAN: **E-MEL : ** NO TEL: **ALAMAT: **SOALAN 1: Berikan dua bahan-bahan yang digunakan dalam formulasi Lactation? *SOALAN 2: Lactation Drink mudah disediakan kerana didatangkan dalam bentuk apa?*Saya ingin menang sekotak Lactation Drink kerana ia*Saya telah memahami & bersetuju dengan polisi Data Peribadi Ideaktiv di https://www.ideaktiv.com/privacy-notice/SendThis field should be left blank
The post Impian Ibu Nak Susukan Anak Dengan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun Boleh Tercapai Dengan Cara Ini! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/impian-ibu-nak-susukan-anak-dengan-susu-ibu-sehingga-2-tahun-boleh-tercapai-dengan-cara-ini/