Anak Tiba Tiba Tantrum Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai


Anak tantrum buat perangai itu memang asam garam untuk membesar. Namun ada caranya untuk mereka sentiasa punya mood yang baik iaitu daripada ibu dan ayah sendiri.
Percaya atau tidak hormon ibu menyusu juga boleh memberik kesan pada emosi anak. Jika ibu yang menyusu emosi atau mempunyai gaya hidup yang tidak sihat seperti stress dan sebagainya, keadaan itu sedikit sebanyak menyumbang kepada tantrum anak-anak.
Hal ini dikongsikan oleh Puan Maryam Jamadi melalui pengalamannya sendiri ketika anaknya mula tantrum dan buat perangai tatkala dia sibuk dan tertekan dengan urusan kerja.

Malah menurutnya, hormon ibu yang mempengaruhi emosi anak juga boleh memberi kesan pada tingkahlaku sosial si kecil pada masa akan datang walaupun sudah bercerai susu.
Justeru itu, dia menyarankan jika ini yang berlaku kepada ibu-ibu menyusu, ambil masa untuk buat perkara yang menenangkan sebelum menyusukan anak atau mengepam susu untuk bekalan si kecil.
Ikuti perkongsiannya:
HORMON IBU MENYUSU MEMBERI KESAN PADA EMOSI ANAK 
Hari ini saya nak ceritakan tentang pengalaman anak tantrum dan jadi pemarah:
Anak saya tiba-tiba banyak meragam minggu lepas, menangis tanpa sebab. Semua benda tak kena dan jadi sangat pemarah bila tak ikut kemahuan dia. Pujuk macam mana pun tak jalan, kalau kes macam ini memang saya akan biarkan dia menangis untuk lepaskan semua kemarahan dia. Cara saya tahu dia dah puas nangis adalah bila dia dah mula buka mata untuk tengok sekeliling.

Selagi dia menangis menjerit tutup mata, buatlah macam-macam cara tak akan “laku”. Punca dia menangis memang “kelakar” dan tak boleh diterima:
– Tak nak mandi
– Tak nak tukar diaper walaupun dah “membuang”
– Nak buka peti ais
– Saya tegur bila dia tumpahkan air
– Nak makan sup panas menggelegak
– Baju dia pakai tak cantik
Benda kecil pun dia akan mengamuk macam kena dera, emosi dia sangat sensitif minggu ini dan saya mencari-cari puncanya dan apa salah saya. Pening + stress.
Dalam seminggu juga dia banyak meragam, selepas itu saya bercuti 3 hari. Tiba-tiba mood dia sangat ok, bangun tidur senyum tak ada nangis dan boleh mendengar arahan tanpa mengamuk. Kalau saya tak ikut kemahuan dia, dia boleh terima.

Lepas difikir-fikir punca, rupanya minggu yang dia banyak mengamuk itu adalah minggu appointment saya penuh selama 7 hari berturut-turut dari 9 pagi hingga 6 petang sebab nak kena ganti 7 hari saya bercuti. Suami pula sedang sibuk siapkan thesis master. Saya kerja beliau jaga anak, berganti-ganti.
Jadi masa itu saya stress, penat dan tak cukup rehat sampai demam, anak saya pun stress dan sangat kuat mengamuk.
Terlalu fikir kerja sehingga saya terlupa yang susu yang saya berikan kepada anak saya boleh “pass” hormon tak baik saya setiap kali saya stress dan penat iaitu hormon cortisol.
Hormon Ibu boleh beri kesan pada anak walaupun selepas bercerai susu
SUSU IBU + HORMON
Kajian telah dilakukan oleh evolutionary biologist di Harvard University terhadap monyet makmal menunjukkan hormon stress yang dikeluarkan semasa ibu stress fizikal atau emosi boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Keputusan yang paling mengejutkan adalah hormon stress ini memberi kesan yang berbeza terhadap bayi perempuan dan lelaki. Susu yang mempunyai tinggi kepekatan hormon stress memberi kesan terhadap emosi dan perilaku seperti rasa takut, marah, sensitif ataupun tak selesa kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki. Hormon cortisol pada susu ibu boleh memberi kesan kepada tingkahlaku sosial anak di masa akan datang walaupun selepas bercerai susu. Inilah jadi mak ayah lagi-lagi anak pertama, kita belajar apa pun atau kerja apa pun bila kena dekat batang hidung sendiri memang pening.

Ini yang ibu menyusu perlu lakukan:
Jadi, untuk mak-mak yang masih menyusu badan kalau anak tiba-tiba kuat mengamuk dan meragam cuba check balik emosi kita semasa menyusu.
Kalau tengah penat dan dalam tergesa-gesa, saya cadangkan untuk ambil masa 10 minit untuk bertenang, minum air sekejap, makan coklat dan lupakan perkara yang menyemakkan kepala. Boleh buka ayat Al-Quran ataupun white noise juga untuk membantu kita bertenang sebelum menyusu. Tak kiralah menyusu direct ataupun pam. Bila agak-agak dah tenang, degupan jantung dah stabil dan normal baru mula menyusu ataupun mengepam. Menyusu badan bukan bermaksud kita beri sumber khasiat dan keperluan bayi sahaja. Kita juga salurkan HORMON kita. Jadi, jaga-jaga dengan emosi sepanjang proses perjalanan menyusu badan.
Suami juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga emosi isteri sepanjang tempoh menyusu badan. Agak-agak isteri mula berkerut, offerlah nak masakkan makan malam ataupun tolong lipat sidai baju ke. Macam kes saya, sebenarnya saya pun tak perasan tengah stress sebab enjoy kerja walaupun sangat penat. Selepas ini kena lebih berhati-hati lagi dengan hormon stress.
Terima kasih, semoga bermanfaat.
*Dialu-alukan untuk SHARE atau tag suami/isteri supaya sama-sama faham kesan emosi ibu menyusu kepada anak.
Maryam Jamadi
Ibu sama seperti anda
Pediatric Occupational Therapist
#Reshare

Sumber: Maryam Jamadi
Baca: Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi, Rupanya Alergi Alat Solek. Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat!
Baca: Lama Selesema Sampai Nafas Anak Berbau, Bila Periksa Ada Mainan Dalam Hidung! Ini Pesan Doktor Nak Elak Perkara Ni Berlaku
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Anak Tiba-tiba Tantrum, Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu. Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-tiba-tiba-tantrum-ibu-kena-check-emosi-masa-menyusu-hormon-tak-stabil-boleh-jadi-punca-anak-buat-perangai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 316 hits
Kebanyakkan bayi yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu akan menyusu sekurang kurangnya lapan hingga 12 kali sehari Bergantung kepada bayi ada yang menyusu dengan lebih kerap pada siang hari Ada juga yang menyusu dengan lebih lama pada wak...
Anak Yang Dulu Baik Tiba Tiba Jadi Hulk Mengamuk Nak Sesuatu Mak Ayah Jangan Ikut Tantrum

Anak Yang Dulu Baik Tiba Tiba Jadi Hulk Mengamuk Nak Sesuatu Mak Ayah Jangan Ikut Tantrum

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 382 hits
Meraung melalak hentak hentak kaki Kadang kadang sampai guling guling mengamuk Kadang kadang tu macam dirasuk pun ada Geram dan risau melihatnya Ni kisah Adik Aqif bila tak dapat apa yang dia nak Kalau dekat rumah boleh tahan lagi ni dekat ...
Ada Sebab Nurse Bising Kalau Hb Rendah Masa Hamil Boleh Sebabkan Janin Jantung Ibu Rosak

Ada Sebab Nurse Bising Kalau Hb Rendah Masa Hamil Boleh Sebabkan Janin Jantung Ibu Rosak

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 363 hits
Anemia atau lebih dikenali sebagai masalah HB rendah banyak dihadapi oleh ibu ibu hamil Walau pun ia masalah yang biasa perkara ini tidak semestinya diambil mudah Dalam jangka masa panjang jantung ibu boleh jadi lemah dan rosak Pemeriksaan ...
Impian Ibu Nak Susukan Anak Dengan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun Boleh Tercapai Dengan Cara Ini

Impian Ibu Nak Susukan Anak Dengan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun Boleh Tercapai Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 339 hits
Setiap ibu menyusu pasti sentiasa berdoa supaya bekalan susu badannya mencukupi untuk keperluan anak membesar Semua ibu menyusu mengimpikan untuk menyusukan anak dengan susu ibu sehingga berusia dua tahun Namun perjalanan menyusukan anak bu...
Punca Anak Tak Takut Bila Ibu Ayah Marah Sebab 7 Kesilapan Ni Jangan Kita Menyesal

Punca Anak Tak Takut Bila Ibu Ayah Marah Sebab 7 Kesilapan Ni Jangan Kita Menyesal

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 324 hits
Sebagai ibu bapa kita pun ada kesilapan dalam mendidik anak Cuma kita tak sedar dan asyik nampak hanya kesilapan anak sahaja Ingat didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan Anak anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yan...
Ibu Cheetah Ajar Anak Memburu Photographer Nafi Kisah Palsu Ibu Rusa Korbankan Diri Untuk Selamatkan 2 Anaknya

Ibu Cheetah Ajar Anak Memburu Photographer Nafi Kisah Palsu Ibu Rusa Korbankan Diri Untuk Selamatkan 2 Anaknya

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 687 hits
Baru baru ini viral di media sosial gambar seekor rusa dimakan oleh sekumpulan Cheetah semata mata untuk menyelamatkan dua ekor anaknya dari menjadi santapan haiwan pemangsa itu Sekumpulan Cheetah telah mengejar rusa betina ini dan dua ekor...
Ibu Dan Anak Panik Terperangkap Dalam Kebakaran

Ibu Dan Anak Panik Terperangkap Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 268 hits
Ibu Dan Anak Panik Terperangkap Dalam Kebakaran Gombak Wanita warga Pakistan bersama anaknya berdepan detik mencemaskan apabila rumah mereka di tingkat tiga rumah kedai di sini terbakar hari ini Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi...
Punca Anak Tak Nak Makan Hidangan Utama Sebab Asyik Makan Manis Keropok

Punca Anak Tak Nak Makan Hidangan Utama Sebab Asyik Makan Manis Keropok

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 449 hits
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang ...
Kuat Merajuk Suka Berbohong Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure Yakin Diri Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Kuat Merajuk Suka Berbohong Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure Yakin Diri Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 556 hits
Bila di rumah dialah paling nakal paling kuat menyakat tapi bila dikalangan kawan kawan guru dan orang luar anak jadi pendiam menyendiri dan takut untuk bersuara Apakah ada antara anak anak kita yang bersikap begini Apa yang dinyatakan di a...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut