Chop Sticks Karaoke Super App Dilancarkan Secara Eksklusif Di Comic Fiesta 2025


 
Industri hiburan digital tanah air menyaksikan satu lagi inovasi baharu dengan pelancaran Chop\\Sticks Karaoke Super App secara eksklusif di Comic Fiesta 2025, yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Acara pelancaran ini diadakan pada Sabtu, 20 Disember 2025, dari jam 3.30 petang hingga 6.00 petang, bertempat di Booth A071–72 dan 77–78.

CHOP\\STICKS KARAOKE SUPER APP DILANCARKAN SECARA EKSKLUSIF DI COMIC FIESTA 2025 AlongMurni (AM) turut hadir ke sesi pelancaran (soft launch) ini dan berpeluang melihat sendiri bagaimana Chop\\Sticks bakal mengubah landskap pengalaman karaoke digital melalui satu aplikasi mudah alih bersepadu.

AM merasa unik apabila Chop\\Sticks disatukan dalam satu aplikasi bermula dari tempahan bilik, pilih lagu, rakam nyanyian sampai sistem ganjaran. Sememangnya praktikal dan relevan dengan gaya hidup sekarang.

CHOP\\STICKS SEBAGAI KARAOKE SUPER APP ALL-IN-ONE

Chop\\Sticks diperkenalkan sebagai sebuah Karaoke Super App all-in-one yang menggabungkan hiburan muzik digital, tempahan karaoke secara atas talian serta sistem ganjaran dalam satu platform. Pendekatan ini memberi fokus kepada kemudahan penggunaan, keterhubungan dan pengalaman pengguna yang lebih interaktif.

Sepanjang acara Comic Fiesta 2025, pengunjung berpeluang mencuba sendiri aplikasi Chop\\Sticks melalui pelbagai aktiviti interaktif di booth, selain sesi penerangan tentang fungsi dan ciri utama yang ditawarkan.

Sebagai pengguna, AM dapat melihat aplikasi ini sangat sesuai untuk generasi yang suka semuanya pantas dan ringkas. Tak perlu lompat dari satu platform ke platform lain.

CIRI-CIRI UTAMA CHOP\\STICKS KARAOKE SUPER APP

Sebagai sebuah aplikasi bersepadu, Chop\\Sticks menawarkan keahlian percuma kepada semua pengguna. Antara ciri utama yang diperkenalkan termasuk:

💥Tempahan karaoke secara atas talian

💥Pengurusan senarai lagu peribadi

💥Rakaman persembahan karaoke terus dari aplikasi

💥Sistem pemarkahan Sing PK secara masa nyata

💥Fungsi permintaan lagu secara langsung

Ciri-ciri ini direka untuk menjadikan pengalaman karaoke lebih tersusun, kompetitif dan menyeronokkan sama ada untuk individu mahupun kumpulan.

SISTEM GANJARAN DIGITAL & CABARAN INTERAKTIF

Bagi menambah nilai kepada pengguna, Chop\\Sticks turut memperkenalkan sistem ganjaran digital yang merangkumi mata ganjaran, pulangan tunai terpilih, baucar digital serta e-stamp. Kesemua elemen ganjaran ini akan diperkenalkan secara berperingkat mengikut fasa pelaksanaan aplikasi.

Selain itu, pengguna juga berpeluang menyertai misi, cabaran dan cabutan bertuah yang disediakan dari semasa ke semasa. Sokongan kod promosi serta ciri e-gift juga dirancang untuk diperluaskan selari dengan perkembangan ekosistem Chop\\Sticks.
Elemen ganjaran ini buat pengalaman karaoke jadi lebih menarik, bukan sekadar menyanyi tapi ada motivasi dan keseronokan tambahan.

MAKSUD NAMA CHOP\\STICKS & VISI MASA HADAPAN

Nama Chop\\Sticks membawa maksud “Quick to Attach”, melambangkan akses pantas dan hubungan berterusan antara aplikasi dan penggunanya. Ia juga mencerminkan inspirasi budaya Asia serta asal-usul karaoke, selari dengan visi Chop\\Sticks untuk membangunkan sebuah ekosistem hiburan digital yang lebih menyeluruh pada masa hadapan.



Pelancaran eksklusif di Comic Fiesta 2025 ini menandakan langkah awal Chop\\Sticks dalam memperkenalkan pendekatan baharu terhadap pengalaman karaoke digital di Malaysia.

DISKAUN 50% SEMPENA PELANCARAN CHOP\\STICKS

Bersempena pelancaran awal aplikasi Chop\\Sticks pada 20 dan 21 Disember 2025, para pengunjung berpeluang menikmati diskaun istimewa 50% bagi caj bilik karaoke untuk tempoh terhad. Tawaran ini secara tidak langsung menggalakkan orang ramai mencuba pengalaman karaoke digital yang ditawarkan.

KONSEP MINI STUDIO KARAOKE BERASASKAN SELF-CHECK-IN

Selain aplikasi, Chop\\Sticks turut memperkenalkan konsep Mini Studio, iaitu karaoke moden berasaskan sistem self-check-in. Konsep ini menawarkan pengalaman hiburan yang lebih privasi dan efisien, diinspirasikan daripada suasana studio rakaman.

Pengguna boleh mengurus sesi nyanyian secara kendiri serta memilih bilik mengikut keperluan individu atau kumpulan, menjadikan pengalaman karaoke lebih fleksibel dan selesa.

Konsep Mini Studio ini sangat menarik, terutama untuk mereka yang nak privasi atau sesi nyanyian spontan tanpa banyak prosedur.

Secara keseluruhan, pelancaran Chop\\Sticks Karaoke Super App di Comic Fiesta 2025 membuka lembaran baharu dalam dunia hiburan digital tempatan. Dengan gabungan teknologi, hiburan dan sistem ganjaran, Chop\\Sticks dilihat berpotensi menjadi platform pilihan bagi pencinta karaoke di Malaysia.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2025/12/chop-sticks-karaoke-super-app-dilancarkan-secara-eksklusif-di-comic-fiesta-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertandingan Masterchef Ksr 2025

Pertandingan Masterchef Ksr 2025

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 144 hits
Sebenarnya hari ini aku dijadualkan menyertai anjuran kelab Memang dari awal lagi kami semua teruja sebab dah siap rancang dan pembahagian tugas Malangnya tak semua perancangan berjalan seperti yang dirancang Salah seorang ahli kumpulan kam...
Pertarungan Sengit Di Separuh Akhir Fifae World Cup 2025 Efootball Mobile Menunjukkan Kehebatan

Pertarungan Sengit Di Separuh Akhir Fifae World Cup 2025 Efootball Mobile Menunjukkan Kehebatan

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 166 hits
Semi Final FIFAe World Cup 2025 eFootball Mobile Pertemuan Malaysia dan Thailand akan berlangsung pada pukul 10 45 malam Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung di YouTube dan Facebook FAM Beri sokongan kepa...
Predator Badlands 2025 Filem Sci Fi Terbaru Yang Ubah Formula Pemburu

Predator Badlands 2025 Filem Sci Fi Terbaru Yang Ubah Formula Pemburu

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 129 hits
Kalau kau membesar dengan bunyi klik klik misteri dan darah pekat ala Predator 1987 kau mungkin expect satu benda manusia lari Predator buru Tapi dalam Predator Badlands formula tu diterbalikkan habis Kita tak lagi ikut manusia jadi mangsa ...
Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 167 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Konvensyen Melayu 153 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman MATIC Kuala Lumpur
Art To Heart Tremendous 2025

Art To Heart Tremendous 2025

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 122 hits
Art to Heart Tremendous 2025 Satu program yang mendekatkan murid dengan seni Tahniah pn Roslina and team Seronok tengok murid bergembira dengan aktiviti yang tersedia Sempat juga kami menjengah Arena Citra Sari Memang marvellous Tahniah sem...
Makluman Berkenaan Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 11 Disember 2025 Hingga 17 Disember 2025

Makluman Berkenaan Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 11 Disember 2025 Hingga 17 Disember 2025

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 175 hits
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia Kerajaan Mengurangkan Harga Runcit Ron97 Ron95 Dan Diesel Sebanyak 2 Sen Seliter Bagi Tempoh 11 Disember 2025 Hingga 17 Disember 2025 Seiring Dengan Perubahan Harga Pasaran Minyak Dunia Keraja
Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 180 hits
Smartphone hotpicks on Lazada s 12 12 2025 Samsung iQoo and PocoIf you missed it on 11 11 12 12 is just around the corner Here are some smartphone hotpicks from Samsung iQoo and Poco in no particular order Samsung Galaxy S25 UltraLaunched a...
Menu Lunch Hari Ini Jumaat 12 12 2025

Menu Lunch Hari Ini Jumaat 12 12 2025

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah selamat dh nikah dengan pilihan hatinya dari pagi SA tengok Erra yang Nikah SA yang sebak hahahahaha Ok lah kita tinggalkan kejap citer Erra Fazira SA cuti kan hari ni so hari ni SA masak lauk simple aje Now te...
10 Primer Untuk Kulit Berminyak Paling Efektif Di 2025 Bikin Makeup Nempel Anti Geser Seharian

10 Primer Untuk Kulit Berminyak Paling Efektif Di 2025 Bikin Makeup Nempel Anti Geser Seharian

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 122 hits
Artikel ini merangkum rekomendasi primer untuk kulit berminyak beserta cara memilih primer yang tepat agar makeup tetap nempel matte dan tidak mudah luntur seharian
Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

Hiburan Macam Makan Bab Makan Piza Jofliam Ramai Netizen Nak Boikot Wany Hasrita

Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Makluman Pelaksanaan Rintis Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Chop Sticks Karaoke Super App Dilancarkan Secara Eksklusif Di Comic Fiesta 2025

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini