T20f26 Bermalam Di Dorani Bayu Resort Di Sungai Besar Di Selangor Di Malaysia


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمSelesai sahaja melawat Bukit Melawati, kami meneruskan jalan-jalan PKPP kami dengan mencari tempat bermalam. Pada awalnya Mummy bercadang nak menginap di Sekinchan.
Memandangkan kami hanya serbu sahaja dan tidak membuat tempahan awal, taqdir menemukan kami dengan Dorani Bayu Resort and Services yang terletak di Sungai Besar.
Resort terapung di atas lautan Selat Melaka ini kami diami dengan harga RM 180 (satu ratus dan lapan puluh Ringgit Malaysia) iaitu kadar semalaman bagi chalet terapung dengan katil queen dan menghadap laut.
Chalet lain di Dorani Bayu Resort ini ditawarkan dengan harga lebih rendah.
Dorani Bayu Resort ni terletak bersebelahan dengan D'muara Ikan Bakar. Tedi pernah dengar nama kedai makan tersebut. D'muara Ikan Bakar adalah tempat makan terkenal bagi pencinta makanan laut, malahan di sini anda boleh juga bermalam di bilik yang disediakan.
Gambar resort di atas lautan Selat Melaka # DORANI BAYU RESORT & SERVICES SDN BHD # Friday, 26 June 2020, 19:28 # EFFECTS.jpg # OPPO Reno2 # J2Q8+2X Sungai Besar, Selangor # https://goo.gl/maps/k4BVd1YcqT6HitjL9  
Malangnya pada musim PKP ni, kelihatan D'muara Ikan Bakar masih tidak beroperasi dan tidak terurus.
Pengalaman menginap di Dorani Bayu Resort ni Tedi boleh katakan ia sesuai dengan sesiapa yang mahu bersantai di resort di atas laut. Anda akan dapat mendengar bunyi deruan bot keluar masuk kuala kerana resort ini memang terletak di muara. Bukan sahaja mendengar malah anda boleh bersantai di beranda sambil menyaksikan bot keluar masuk muara.
Gambar sebuah bot nelayan sedang pulang ke kuala pada waktu petang setelah mencari rezeki di lautan Selat Melaka yang dirakam dari jendela bilik di Dorani Bayu Resort & Services Sdn Bhd.
# Friday, 26 June 2020, 18:05 # DSC09529 # SONY ILCE-5000 #Anda juga akan dapat mendengar bunyi burung-burung laut. Tedi tak kenal nama burung-burung tu, ada seekor yang Tedi nampak macam bangau. Tak tahu pula Tedi jika ada bangau di laut. Ia hanya bertenggek pada tunggul kayu mungkin pada sepanjang hari.
Pada waktu malam tiada apa yang kelihatan, suasana di resort agak mati tanpa aktiviti. Seorang uncle berbangsa Cina menyatakan jika nak cari makan kena ke pekan Sungai Besar yang terletak hanya 3 kilometer.
Kami tidak keluar mencari makan kerana Tok Abah, Tok Ma, Pak Long, Mak Long dan Amar datang mengunjungi kami sambil membawa nasi dan lauk-pauk.
Rumah Mak Long terletak di Pekan Sungai Besar di taman perumahan berhampiran Stadium Sungai Besar dan Balai Bomba Sungai Besar.
Tok Abah dan Tok Ma pula berada di rumah Mak Long untuk mengambil Amar untuk dibawa balik ke Kelantan.
Mereka mengunjungi kami untuk menikmati suasana di resort itu.
Kadangkala ada pengunjung yang menginap di situ menghabiskan masa mereka dengan memancing. Kelihatan ada beberapa ekor ikan diperolehi mereka. Seronok melihat mereka memancing. Kami pun berangan nak memancing dari beranda bilik kami.
 
Tiada pantai untuk mandi-mandaMalangnya di Dorani Bayu Resort and Services ini tiada pantai yang sesuai untuk mandi-manda kerana pantainya berlumpur.
Kemudian kami mengetahui melalui kembara kami mencari kawasan pantai di sekitar Sungai Besar, memang keadaan pantainya sebegitu sama ada berlumpur atau dipenuhi pokok bakau.
Kesimpulannya jika anda nak merasa duduk di resort dan menikmati pemandangan dan suasana di kuala dengan santai, Dorani Bayu Resort memang sesuai untuk anda.
 
Jeti bot berlabuhBerhampiran dengan Dorani Bayu Resort ini ada jeti tempat bot nelayan berlabuh. Oleh itu kita boleh menyaksikan bot dan sampan keluar masuk dari jeti ke kawasan laut.
Kami menghabiskan waktu pagi bersiar-siar menikmati panorama tersebut. Sungguh menyegarkan.
 
Lain-lainMelihatkan kepada namanya, tempat penginapan Dorani Bayu Resort ini adalah terletak berhampiran dengan homestay Haji Dorani Sungai Besar Selangor kerana terletak berhampiran dengan Kampung Sungai Haji Dorani.Tiada resort bernama Haji Dorani Resort, tetapi jika mencari resort di sekitar kampung Sungai Haji Dorani, Dorani Bayu Resort adalah tempatnya.Beza Dorani Bayu Resort dan homestay Haji Dorani yang lain ialah ia terletak di kawasan tepi sungai dan laut, manakala homstay Haji Dorani selalunya di kawasan kampung dikelilingi sawah padi. 
Video di kuala Sungai Haji Dorani20200626


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2020/07/bermalam-di-dorani-bayu-resort-and.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menginap 2 Hari 1 Malam Di Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi

Menginap 2 Hari 1 Malam Di Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 215 hits
MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DI BAYU BALAU BEACH RESORT KOTA TINGGI Ini pun antara entry yang dah diperam lama di dalam phone Takpe kita kasi perabiskan cerita cerita dalam phone ni Jadi takdelah rasa sayang nak buang gambar dalam phone Buat hab...
Piala Malaysia Jdt Mahu Tambah Koleksi Selangor Mahu Cipta Kejutan

Piala Malaysia Jdt Mahu Tambah Koleksi Selangor Mahu Cipta Kejutan

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 199 hits
Malam ini menjadi penentu siapa bakal menjulang Piala Malaysia bagi musim ini Sama ada JDT atau pun Selangor bakal muncul juara Ketika ini Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue final Piala Malaysia dipenuhi puluhan ribu penyokong ...
Pengalaman Cuti Cuti Malaysia Di Fishing Bay Resort Pantai Air Papan Mersing Johor

Pengalaman Cuti Cuti Malaysia Di Fishing Bay Resort Pantai Air Papan Mersing Johor

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 393 hits
Pengalaman Cuti Cuti Malaysia di Fishing Bay Resort Pantai Air Papan Mersing Johor Hi Alhamdulillah masih bernyawa Walau apa pun yang berlaku terus kuatkan semangatnya Kalau penat rehat Ini kisah throwback aku berehat bersama sama dengan ka...
Harga Tiket Jdt Vs Selangor Fc Final Piala Malaysia 2022

Harga Tiket Jdt Vs Selangor Fc Final Piala Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 248 hits
Harga Tiket JDT vs Selangor FC Final Piala Malaysia 2022 BILAKAH tarikh pembelian tiket perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022 antara pasukan JDT menentang Selangor FC bakal dibuka Saksikan pertembungan hebat antara pasukan JDT FC menentang k...
Save The Holidays With Legoland Malaysia Resort S Elves At The Brick Tacular Toy Factory

Save The Holidays With Legoland Malaysia Resort S Elves At The Brick Tacular Toy Factory

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 209 hits
Save The Holidays With LEGOLAND Malaysia Resort s Elves At The Brick tacular Toy Factory The Brick tacular Advent calendar is back with epic prizes worth up to The post appeared first on
Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Guru Tadika Taska Seluruh Malaysia Ambilan November 2022 Mohon Segera

Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Guru Tadika Taska Seluruh Malaysia Ambilan November 2022 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 218 hits
Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Guru Tadika Taska Seluruh Malaysia Ambilan November 2022 Mohon Segera Makluman terbaru kepada rakyat Malaysia kepada mereka yang berminat menjadi dan memilih kerjaya guru tadika anda mempuny...
Terkini Bantuan Motosikal Kepada Rakyat Malaysia Dari Kerajaan Selangor Mohon Segera Sebelum 7 Disember 2022

Terkini Bantuan Motosikal Kepada Rakyat Malaysia Dari Kerajaan Selangor Mohon Segera Sebelum 7 Disember 2022

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 246 hits
TERKINI Bantuan Motosikal Kepada Rakyat Malaysia Dari Kerajaan Selangor Mohon Segera Sebelum 7 Disember 2022 Dibawah kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan kepada rakyat yang memerlukan bantuan Ia merupakan inisiatif daripada ker...
Pertarungan Sengit Di Sungai Besar Antara Bn Ph Dan Pn

Pertarungan Sengit Di Sungai Besar Antara Bn Ph Dan Pn

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 136 hits
malaysiakini comSejak kerusi Parlimen Sungai Besar diwujudkan pada 2004 kawasan itu menjadi kubu kuat BN yang sukar untuk ditembusi Sehinggalah pada pilihan raya umum 2018 apabila tsunami politik melanda menyaksikan BN tewas kali pertama da...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik