Pertarungan Sengit Di Sungai Besar Antara Bn Ph Dan Pn


malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Nov 13, 2022 9:30 AM
Sejak kerusi Parlimen Sungai Besar diwujudkan pada 2004, kawasan itu menjadi kubu kuat BN yang sukar untuk ditembusi.

Sehinggalah pada pilihan raya umum 2018, apabila tsunami politik melanda, menyaksikan BN tewas kali pertama dalam PRU dan hilang banyak kerusi parlimen kepada PH.

Meskipun BN berjaya memperoleh sejumlah besar undi di Sungai Besar, calonnya Budiman Zohdi tewas kepada Muslimin Yahaya dari Bersatu dengan majoriti tipis 714 undi.

Daripada 28 Pusat Daerah Mengundi (PDM) kemenangan Muslimin kebanyakannya disumbangkan oleh undi dari 12 PDM.

Pada pilihan raya umum ke-15 kali ini, BN mempertaruhkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos, seorang ahli politik kontroversi yang terkenal dengan perwatakan yang berwarna-warni.

Persoalannya apakah Jamal mampu merampas semula kerusi parlimen berkenaan daripada Muslimin dan menewaskan dua pencabar lain - Saipolyazan Yusop dari PH dan Asmawar Samat dari Pejuang?

"Saya yakin pengundi akan kembali kepada BN kali ini," kata Jamal ketika ditemui di Sungai Besar baru-baru ini.

“Setelah (Pakatan) Harapan memberikan harapan yang tiada penghujung, pengundi di PDM ini yg menang dengan pelbagai janji dan manifesto mereka tetapi akhirnya tiada satu perubahan dibuat. Wakil rakyat yang menang (Muslimin) melompat kepada PN.

“Ssaya nak ingatkan bahawa kerajaan yang berjanji ketika memerintah 22 bulan dan 17 bulan adalah orang yang sama.

“Semestinya nelayan-nelayan dan pengundi di PDM ini tahu siapa yang mereka akan undi,” katanya.
Jamal sebelum ini merupakan pemimpin gerakan Baju Merah dan pernah mencuri perhatian apabila mengadakan protes berkaitan isu air dengan memakai tuala mandi di pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam pada 2016.

Ketika ditemui, ahli politik itu yakin ramai pengundi Cina akan kembali menyokong BN.

Ia mungkin sesuatu yang agak ironi memandangkan Jamal dilihat sebagai seorang pemimpin ‘ultra-Melayu.

Sebagai contoh dia pernah mengetuai perhimpunan balas menentang Bersih serta memecahkan botol bir untuk membantah Better Beer Festival pada 2017.

Pun begitu Jamal berkata imej yang ditonjolkan terhadapnya hanyalah propaganda PH dan dia yakin masyarakat Cina di Sungai Besar lebih mengenali dirinya.
“Saya yakin dan percaya masyarakat dan pengundi di Sungai Besar ini lebih mengenali saya dari orang luar.

“Kalau melihat reputasi PRN Melaka, Johor dan Sarawak, masyakat Cina sudah tahu siapakah yan mereka akan sokong

“Saya percaya pengundi Cina di Sekinchan dan Sungai Besar akan bertambah untuk pilih BN. Saya yakin sekurang-kurangnya bertambah 15 peratus daripada PRU sebelum ini,” katanya.

Undi Cina

Sungai Besar merupakan kawasan pilihan raya di mana 68.97 peratus pengundinya adalah Melayu, diikuti Cina (28.78 peratus), India (1.98 peratus), dan lain-lain (0.27 peratus).

Kawasan parlimen itu terdiri daripada dua DUN - Sungai Panjang yang disandang oleh Adun Umno dan Sekinchan yang sandang oleh DAP.

Tinjauan Malaysiakini mendapati sokongan kepada parti-parti yang bertanding rata-ratanya mengikut garis perkauman.

Ramai pengundi Cina menyatakan sokongan mereka kepada PH disebabkan keyakinan terhadap DAP yang menjadi salah satu parti komponen dalam gabungan itu.

Mereka juga tidak mempunyai keyakinan terhadap BN dan calonnya kerana tidak menjaga kepentingan kesemua kaum.

“Di Sekinchan ini saya ingat merah, Pakatan Harapan (menang). (Pekan) Sungai besar Melayu banyak (sokong) BN," kata seorang penjual ikan di pasar Sekinchan yang hanya dikenali sebagai Ah Loon.

Ditanya mengapa dia tidak menyokong BN atau PN, Loon yang berusia 40 tahun berkata dia tidak kisah jika mana-mana parti menang asalkan mereka boleh bekerja untuk rakyat.

Pun begitu dia menyatakan keraguan terhadap Jamal.

“Dia buat samseng boleh la. Buat kerja tak boleh punya.

“Susah (pengundi Cina mahu sokong). Sebab dia punya otak ingat Melayu saja. Dia tak ada jaga Cina. Kalau dia otak sama (jaga semua orang) dia okay,” tambahnya.

Seorang lagi pengundi, Phua Chun Ping, 30, berkata dia berpendapat rekod prestasi Jamal tidak begitu bagus.
Phua Chun Ping"Kalau (tanya) saya, tak (undi Jamal). Dia punya sikap, dulu punya pasal la. Saya tak suka dia punya sikap," kata penjual ikan itu.

Sementara itu, pengundi muda dari masyarakat Cina yang akan mengundi kali pertama juga dilihat cenderung menyokong PH seperti mana ahli keluarga dan rakan mereka.

Heng Khai Ping, 22, berkata: "Saya akan undi Pakatan Harapan kali ini, kerana ramai orang Cina sokong".
Heng Khai PingBagaimanapun ia bukanlah bermakna BN hilang sama sekali sokongan daripada kaum Cina.

Segelintir pengundi terutama yang berumur 50 tahun ke atas masih percaya gabungan politik tertua itu dapat menjaga kepentingan mereka.

Seorang penjual ikan berusia 56 tahun, yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, berkata dia menyesal kerana mengundi PH pada pilihan raya umum lalu.

Katanya ini kerana PH gagal mengotakan janji sepanjang 22 bulan berkuasa dan Langkah Sheraton pada 2020, menyaksikan sekumpulan ahli Pprlimen PH melompat parti sehingga menyebabkan kerajaan tumbang.

“Saya ingat tak mahu undi kali ini. Saya sudah 3,4 kali undi. Tidur lagi baik la.

“Banyak orang ini macam cakap. Undi itu roket, tengok terbalik semua. Baru 22 bulan saja (jadi kerajaan), sudah bankrap (tumbang).

"Kalau boleh itu YB lari sini, lari sana. Kira nombor saja siapa menang. Kita lagi baik cari makan. Sekarang cari makan banyak susah.

“Tapi kalau pergi undi, saya bagi BN,” katanya.

Undi Melayu berpecah

Ketika rata-rata orang Cina dilihat menyokong PH, undi Melayu mungkin terpecah antara tiga gabungan utama - BN, PN dan PH.

Walaupun BN masih mempunyai penyokong setia, ada pengundi Melayu yang mahu melihat PN menang di Sungai Besar dan menjadi kerajaan kerana berpendapat gabungan itu lebih baik berbanding parti-parti berteraskan Melayu yang lain.

Mereka berpendapat PN yang diketuai Muhyiddin Yassin tidak membawa bagasi seperti Umno dan mampu membela kepentingan orang Melayu berbanding PH.

“Saya tengok dari segi ekonomi sekarang ni, saya rasa ekonomi sekarang ni teruk. Saya undi mana yang saya rasa saya berkenan je, mana saya rasa PM yang betul, tak ada rasuah.

“Satu lagi untuk tegakkan agama kita sebagai orang Islam, mungkin (saya) pilih PN," kata pengundi kali pertama, Zulkifli Haikal Abdullah, 21, dari Kampung Baru Nelayan.
Zulkifli Haikal AbdullahNazri, 56, seorang pengusaha bengkel turut berkongsi sentimen serupa.

Menurutnya, dia pernah menyokong BN tetapi kini berhasrat beralih kepada PN.

“Setakat ini nampak rekod dia (PN) bersih,” katanya sambil menambah Muslimin merupakan ahli parlimen yang baik dan telah berkhidmat dengan bagus di kawasan itu.

Ditanya pendapatnya mengenai PH, Nazri sambil tertawa kecil berkata dia tidak akan menyokong parti pimpinan Anwar Ibrahim itu tetapi enggan menyatakan sebabnya.

Seorang lagi pengundi, Mohd Shukri Abdullah, 56, berkata dia tetap akan memberi undi kepada BN dan percaya Jamal layak menang kerusi parlimen berkenaan.

“Dia (Jamal) banyak tolong orang-orang sini.

"Kali ni pengundi Cina saya rasa akan sokong Barisan. Banyak janji PH tak buat,” ujarnya.
Mohd Yusof SidekBegitu juga dengan Mohd Yusof Sidek, 70, seorang penjual sayur yang mengatakan dia tetap menyokong BN meskipun ramai rakan-rakannya menyokong PH pada 2018.

Yusof berkata, dia juga mengenali Jamal secara peribadi dan calon BN itu juga pernah membantunya sebelum ini.

Justeru Yusof percaya BN kini lebih baik berbanding dahulu.

“Dulu pemimpin yang jahat kan, yang tak betul. Tapi sekarang PM baru ni mungkin okay,” katanya.

Dalam pada itu, tiada seorang pun pengundi yang ditemui mengatakan akan mengundi Pejuang, sekali gus menunjukkan parti baru yang ditubuhkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad itu bukan pilihan utama di Sungai Besar.

Pada minggu terakhir sebelum hari mengundi, pertarungan sengit dijangka antara BN, PH dan PN, namun Pejuang mungkin terpaksa bergelut untuk menyelamatkan wang deposit.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/pertarungan-sengit-di-sungai-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Day Trip Makan Makan Di Sekinchan Sungai Besar Auranya Serasa Pulang Ke Kampung

Day Trip Makan Makan Di Sekinchan Sungai Besar Auranya Serasa Pulang Ke Kampung

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 201 hits
Lari sebentar dari kesibukan kota untuk mencari kedamaian di luar bandar sambil menghirup udara segar yang menenangkan jiwa Bak kata orang sekarang cari tempat yang boleh healing Jom kita travel ke Sekinchan dan Sungai Besar Sekinchan terke...
Teresa Kok Hantar Surat Kepada Spr Bantah Jamal Jadi Calon Sungai Besar

Teresa Kok Hantar Surat Kepada Spr Bantah Jamal Jadi Calon Sungai Besar

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 212 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penyandang Parlimen Seputeh Teresa Kok menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya membantah keputusan Barisan Nasional menamakan Jamal Yunos sebagai calon Parlimen Sungai Besar pada pilihan raya umum akan da...
Ketika Jumlah Pengundi Baharu Mendadak Naik Calon Muda Amanah Harap Dapat Sokongan Besar

Ketika Jumlah Pengundi Baharu Mendadak Naik Calon Muda Amanah Harap Dapat Sokongan Besar

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 175 hits
Calon calon muda dalam AMANAH berharap pencalonan mereka akan membantu Pakatan Harapan mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum kali ini ekoran kenaikan mendadak jumlah pengundi baharu 8220 Dulu pengundi Behrang ni 22 000 sahaja...
Kena Tetapkan Waktu Tidur Siang Anak Jangan Pandang Remeh Besar Kesannya Untuk Perkembangan Anak

Kena Tetapkan Waktu Tidur Siang Anak Jangan Pandang Remeh Besar Kesannya Untuk Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 180 hits
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak Kanak kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan Begitu juga dengan tidur siang ia ...
Anggap K0ntroversi Melanda Anak Bukan Masalah Besar Ini Kata2 Padu Kazar Kepada Semua Pihak Berdamai

Anggap K0ntroversi Melanda Anak Bukan Masalah Besar Ini Kata2 Padu Kazar Kepada Semua Pihak Berdamai

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 274 hits
PELAKON veteran Kazar memohon masyarakat tidak mudah menghukum sehingga mengguris perasaan keluarga berhubung kontroversi melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar yang didakwa menjadi perosak rumah tangga orang lain
Pembedahan Besar Pertama Dilalui Saya Akan Ditidurkan Zamani

Pembedahan Besar Pertama Dilalui Saya Akan Ditidurkan Zamani

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 96 hits
Penyanyi Zamani sudah bersedia untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit skoliosis atau masalah tulang belakang melengkung yang dihadapinya sejak 2015 pada 7 November ini Menurut laporan BH Online penyanyi berusia 51 tahun itu sudah ...
Sesuai Ke Khatan Anak Lelaki Seawal Usia Bayi Atau Perlu Tunggu Besar Sikit

Sesuai Ke Khatan Anak Lelaki Seawal Usia Bayi Atau Perlu Tunggu Besar Sikit

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 163 hits
Sunat bayi lelaki sudah menjadi kewajipan dalam budaya masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia Namun amalan sunat anak lelaki ini tidak lebih daripada sekadar memenuhi tuntutan agama dan juga budaya Persoalannya adakah amalan sunat bay...
Selepas 24 Jam Pengumuman Calon Bn Di Buat Oleh Menteri Besar Pahang

Selepas 24 Jam Pengumuman Calon Bn Di Buat Oleh Menteri Besar Pahang

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 248 hits
KUANTAN Selepas 24 jam Pengerusi BN Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan nama calon untuk 41 daripada 42 kerusi DUN yang akan bertanding dalam PRU15 sehingga petang ini calon untuk kerusi DUN Cheka belum dimaklumkan kepada media...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya