Syed Saddiq Ini Apa Cerita Sedih Bekas Atlet Yang Pernah Sumbang Pingat Emas Dilayan Seperti Penjenayah


Bekas atlet paralimpik yang pernah menyumbangkan pingat emas dalam Sukan Para Asean Ke-9 di Kuala Lumpur, sedih kerana dilayan seperti penjenayah oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Mohamad Syazwan Roshdi, 22, berkata, selepas kontraknya ditamatkan, beliau tidak dibenarkan masuk perkarangan bangunan MSN di Bukit Jalil.

“Saya nak masuk ambil barang sendiri. Nak ambil motosikal saya. Itu pun tak dibenarkan. Orang buat saya seperti penjenayah, hinggakan pengawal keselamatan ikut saya.

“Mereka buat saya seperti tidak ada apa-apa lagi, sedangkan gambar saya menang pingat masih terpampang.

“Tak apalah, Saya tetap ikut prosedur,” katanya kepada FMT dalam nada kecewa.

Syazwan merupakan salah seorang daripada 6 individu dalam kem berbasikal paralimpik yang ditamatkan kontrak Disember lalu. Ia selepas dikaitkan dengan isu prestasi tidak mencapai tahap ditetapkan MSN.

Katanya, Ini adalah kali pertama beliau meluahkan isi hatinya, selepas memilih berdiam diri dan menganggap apa yang berlaku kepada dirinya sebagai “bukan rezeki”.

Menurutnya, sepanjang 4 tahun berada di kem MSN beliau tidak diberikan pendedahan penuh dalam acara berbasikal, “kecuali dalam beberapa acara besar”.

Pendedahan pertama Syazwan di peringkat antarabangsa adalah dalam siri kejohanan di Los Angelas pada 2016, diikuti di Sukan Para Asean pada 2017 dan Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) pada 2018.

Selebihnya, kata Syazwan, beliau hanya menyertai acara berbasikal di peringkat tempatan.

“Saya hanya sekali pergi pertandingan di luar negara, iaitu di Los Angelas. Sepatutnya ada kali kedua dan seterusnya. Sampailah saya dibuang pada penghujung 2018, saya tidak lagi pergi ke mana-mana pertandingan di luar negara.

“Kalau tanya mana-mana atlet, mereka semua hendak bersara dengan pencapaian tertinggi. Saya sejujurnya memang tidak puas hati lagi, tetapi orang pula buang nama kita. Memang tidak boleh buat apa-apa lah.

“Saya baru berusia 22 tahun. Sepatutnya pada umur macam inilah mereka perlu fokuskan kepada saya, kerana mempunyai banyak tenaga,” kata anak kelahiran Negeri Sembilan itu.


Terpaksa pinjam basikal

Bapa Mohamad Syazwan, Roshdi Rekman (kanan) dan ibunya, Roziyana Hashim (kiri) percaya anaknya boleh melakukan lebih baik sekiranya diberikan latihan dan pendedahan secukupnya.
Syazwan mendedahkan, pada ACC 2018 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, beliau tidak diberikan kelengkapan secukupnya untuk bertanding dalam acara trek.

Beliau terpaksa bertanding dengan menggunakan basikal milik rakan sepasukan.

“MSN tidak ada peruntukan untuk saya. Saya tidak tahu kenapa basikal yang ada tergantung sahaja di stor. Semasa saya pergi ke Amerika Syarikat juga saya pinjam basikal rakan sepasukan. Saya rasa sepatutnya seorang atlet dapat 1 basikal,” katanya.

Syazwan berkata, “road bike” memang ada dan kelengkapan memang cukup, tetapi basikal trek tidak ada.

“Kalau untuk acara trek, memang saya pakai basikal orang lain. Mungkin mereka fikir acara trek tidak sesuai untuk saya,” katanya.

Jelasnya lagi, perkara berkenaan dimaklumkan kepada jurulatih dan pihak MSN, mengatakan beliau lebih berminat dan mempunyai kekuatan untuk bertanding dalam acara trek, berbanding acara lebuh raya.

“Kalau diberikan peluang memang saya hendak, sebab saya ada kekuatan ke arah itu. Saya pernah cakap pada jurulatih, sewaktu berlatih di gym memang saya ada kekuatan. Saya memang boleh cumanya mereka tidak lebihkan saya ke arah situ,” katanya.

Beliau memaklumkan, beliau sudah ditawarkan jawatan sebagai penolong tadbir di Persatuan Kanu Malaysia (Masca) dengan gaji RM1,200 sebulan untuk tempoh kontrak setahun.

Sebelum itu terdapat laporan yang mendedahkan beliau terpaksa tidur di surau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) selepas ditipu individu dikenali yang menawarkan peluang pekerjaan di Singapura.


Bapa trauma dengan layanan MSN

Roshdi Rekman mengakui trauma untuk menempatkan anak-anaknya yang lain di MSN sekiranya ditawarkan oleh majlis itu.

Kekecewaan Syazwan turut dirasai bapanya, Roshdi Rekman yang kecewa dengan layanan MSN kepada anak sulungnya itu, memandangkan “Syazwan ada harapan tinggi sebagai atlet negara”.

“Siapa tidak bangga anak wakili Malaysia. Memang saya menitiskan air mata. Saya sendiri tidak jangka anak saya boleh harumkan nama negara, hinggakan syarikat keselamatan yang saya kerjan turut beri penghargaan kepada Syazwan.

“Tetapi bila sudah jadi kes seperti ini, memang susah nak cakap. Saya mahu lihat dia di Olimpik tetapi ada perkara yang menghairankan apabila anak saya tidak dibawa ke beberapa acara sukan besar,” katanya.

Roshdi, 47, menjelaskan, beliau trauma dengan nasib yang menimpa Syazwan, hinggakan kekecewaannya mencapai tahap tidak mahu membenarkan anak-anaknya yang lain terlibat dengan MSN sekiranya terpilih mewakili negara.

“Setakat ini 2 anak saya lagi masih tetap bersukan, tetapi tidak lebih-lebih. Kalau macam ini berlaku pada abang mereka, walaupun sebagus mana anak-anak saya yang lain, memang saya tidak akan lepaskan ke MSN.

“Saya sudah boleh ramalkan apa yang akan berlaku pada akhir perjalanan mereka sebagai atlet. Saya tidak nafikan, memang saya kecewa sangat-sangat kerana saya yakin Syazwan boleh pergi jauh,” katanya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan kementeriannya akan mewujudkan pusat sehenti untuk menjadi rujukan atlet yang ada masalah, sama ada mereka sudah bersara, yang tidak disambung kontrak atau yang keluar daripada program sukan.

Syed Saddiq berkata, satu skim perlindungan khas untuk membantu atlet dan bekas atlet bermasalah membayar kos rawatan jika alami masalah kesihatan juga akan diwujudkan.

Beliau turut memaklumkan, jika ada mana-mana pihak yang mengetahui mengenai atlet atau bekas atlet yang menghadapi masalah, mereka diminta melaporkannya kepada kementeriannya.

 FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/03/syed-saddiq-ini-apa-cerita-sedih-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susah Nak Jumpa Syed Saddiq Persatuan Sukan Orang Kuat Kecewa

Susah Nak Jumpa Syed Saddiq Persatuan Sukan Orang Kuat Kecewa

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 459 hits
Sukan orang kuat popular dipertandingkan di peringkat antarabangs kerana memerlukan atlet yang bukan sahaja bertubuh sasa tetapi juga kekuatan luar biasa SUBANG JAYA Sebuah persatuan sukan yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan...
Tiga Hari Tidur Di Surau Jb Ciq Kena Kencing Kawan Dari Singapura Bekas Atlet Negara

Tiga Hari Tidur Di Surau Jb Ciq Kena Kencing Kawan Dari Singapura Bekas Atlet Negara

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 431 hits
Tiga hari tidur di surau JB CIQ Kena Kencing kawan Dari Singapura Bekas Atlet Negara Bekas atlet paracycling negara Mohamad Syazwan Roshdi 22 terpaksa tidur di surau dan tidak makan selama dua hari selepas ditipu kenalannya Perkara berkenaa...
Syed Saddiq Nafi Spekulasi Singkir Pm

Syed Saddiq Nafi Spekulasi Singkir Pm

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan spekulasi terdapat satu komplot untuk menyingkirkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nbsp Bagaimanapun beliau berkata sebarang usaha untuk menyahstabilkan d...
Kerana Politik Syed Saddiq Sanggup Aniaya Rakan Sendiri Asyraf Wajdi

Kerana Politik Syed Saddiq Sanggup Aniaya Rakan Sendiri Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 901 hits
HULU LANGAT Tindakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membuat laporan polis terhadap Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris ataupun Papagoma disifatkan sebagai perbuatan yang menganiaya sahabat sendiri K...
Bekas Komando Ini Sesekali Tidak Pernah Menyesal Bantu Adib Walaupun Berkemungkinan Hilang Kerja

Bekas Komando Ini Sesekali Tidak Pernah Menyesal Bantu Adib Walaupun Berkemungkinan Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 773 hits
Rupa rupanya lelaki berusia 33 tahun yang berasal dari Parit Panjang Baling Kedah inilah individu yang sanggup menggadaikan keselamatan dirinya sendiri dengan memecut kenderaan pacuan empat rodanya membawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd K...
Hidup Bukan Seperti Cerita Cinderella

Hidup Bukan Seperti Cerita Cinderella

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 601 hits
Ramai orang mengimpikan kehidupan mewah ala ala drama TV3 jam tujuh malam Hidup kaya raya duduk di rumah besar dan pandu kereta mewah Bercinta pula dengan wanita wanita cantik seperti Mira Filzah Neelofar dan Heliza Helmi atau lelaki kacak ...
Hiburan Tidak Pernah Menganiaya Pekerja Che Ta Mahu Saman Malu Bekas Pemandu

Hiburan Tidak Pernah Menganiaya Pekerja Che Ta Mahu Saman Malu Bekas Pemandu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 311 hits
Difitnah tidak membayar gaji bekas pemandunya sehingga menerima pelbagai kecaman termasuk menganiaya pekerjanya pelakon Rozita Che Wan akan mengambil tindakan undang undang terhadap individu tersebut yang menularkan isu itu di akaun Faceboo...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik