Bekas Komando Ini Sesekali Tidak Pernah Menyesal Bantu Adib Walaupun Berkemungkinan Hilang Kerja



Rupa-rupanya lelaki berusia 33 tahun yang berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah inilah individu yang sanggup menggadaikan keselamatan dirinya sendiri dengan memecut kenderaan pacuan empat rodanya membawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ke Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC) untuk mendapatkan rawatan.

Ia berlaku sewaktu dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Kisah keberanian Mohd. Hafizan ‘terbongkar’ apabila beliau adalah di antara saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam baru-baru ini.

” Sejujurnya saya lebih banyak berdiam diri sejak kejadian itu berlaku. Tak ramai yang tahu mengenai ‘penglibatan’ saya dalam kes ini, ini kerana saya ikhlas menolong Allahyarham, saya bukan mencari ‘nama’,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan eksklusif dengan Malaysia Gazette di Bandar Sunway, Selangor hari ini.

Pertemuan tadi juga membongkar satu ‘rahsia’ mengenai Mohd. Hafizan.

Rupa-rupanya beliau adalah bekas anggota tentera dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) yang berjaya lulus ujian asas komando dan terpilih menyertai pasukan elit Rejimen Gerak Khas (RGK).


Selama hampir 13 tahun Mohd. Hafizan menabur budi sebagai anggota komando sebelum mengambil keputusan berhenti daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malayasia (ATM).

Pangkat terakhir beliau dalam ATM adalah Koperal.

Selepas itu beliau bertugas sebagai pengawal peribadi dengan seorang ahli perniagaan.

Walaupun pelbagai pihak memuji keberanian Mohd. Hafizan dalam insiden menyelamatkan Muhammad Adib dalam insiden tersebut, namun pertemuan petang tadi ‘membongkar’ kisah sedih yang menimpa dirinya selepas kejadian berkenaan.

” Sejujurnya saya telah kehilangan pekerjaan disebabkan insiden tersebut. Yelah, bila peristiwa tu berlaku, saya kenalah bantu pihak berkuasa, pergi bagi ‘statement’, pergi ke mahkamah, sedikit sebanyak terganggulah kerja saya. Majikan pun tak tahan.

” Selepas kejadian itu banyak perkara yang menimpa diri saya. Minta kerja mana-mana pun tak dapat. Namun percayalah, saya tak pernah menyesal sebab saya dah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia. Kalau orang lain di tempat saya pun mereka jua mungkin buat benda yang sama,” katanya perlahan.

Untuk rekod, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.

Prosiding inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad dan Mohd. Hafizan adalah antara saksi utama yang telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu, ketika diminta mengimbau malam 27 November itu, Mohd. Hafizan berkata, beliau sebenarnya mahu ke Kota Kemuning, Shah Alam kira-kira pukul 1 pagi namun kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya hampir kehabisan petrol.

Oleh kerana itu, katanya, beliau mencari-cari stesen minyak terdekat namun dia tidak begitu mahir dengan kawasan tersebut.

” Saya buka Waze dan ia menunjukkan jalan dekat kuil tersebut. Masa tu saya tengok orang dah ramai di kiri dan kanan jalan. Kemudian saya dah tak boleh nak lalu sebab ramai orang di depan kenderaan saya. Keadaan dah mula riuh. Ketika itulah saya nampak ada sekumpulan orang mengusung seseorang, saya tak tahu ia adalah anggota bomba. Bila saya turunkan tingkap, ada seorang wanita berketurunan India memberitahu saya supaya jangan turun dari kereta nanti kena pukul.

” Perasaan saya kemudian jadi 50-50, patutkah saya turun dari kereta dan membantu lelaki yang diusung itu. Akhirnya saya nekad. Saya tiba-tiba jadi berani. Keberanian tu datang dengan sendiri, mungkin sebab saya pernah melalui latihan keras dalam komando dulu. Walaupun masa tu rasa diri terancam semua, tak mengapalah.

” Saya teruskan juga kerana niat saya nak menolong mangsa (Adib). Kebetulan saya ada belajar kursus asas perubatan dalam tentera dulu. Saya ‘keluarkan’ semua yang saya belajar dulu, saya periksa nadi Adib, periksa keadaan mangsa. Mula-mula saya ingat dia kena pneumotoraks (kegagalan paru-paru), lalu saya ambil keputusan untuk memecut kenderaan saya membawa dia terus ke hospital sambil ditemani seorang pemuda India,” katanya.



Ketika ditanya perasaannya sejak insiden tersebut, Mohd. Hafizan berkata, beliau cukup sedih bila mengenangkan kesudahan nasib Muhammad Adib.

Ujarnya, beliau tidak pernah berhenti berdoa agar anggota bomba itu berjaya pulih daripada kecederaan yang dialaminya namun Allah lebih menyayanginya.

Pun begitu, katanya, pada masa yang sama beliau berharap masyarakat tidak terburu-buru membuat pelbagai spekulasi mengenai insiden berkenaan.

Katanya, beliau yang terlibat secara langsung dalam insiden tersebut pun tidak berani membuat kesimpulan mengenai kes itu.

” Saya harap masyarakat di luar sana jangan buat andaian tentang kes ini, kita ada mahkamah kat Malaysia ini, ada undang-undang. Kita tunggu sahaja keputusan inkues yang tengah berjalan. Jangan buat spekulasi,” tegasnya.



Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya khususnya setelah hilang punca pendapatan berikutan kes tersebut, Mohd. Hafizan berkata, beliau tidak akan sama sekali berserah pada keadaan.

Pun begitu, katanya, beliau bersedia untuk menyumbang bakti kepada mana-mana pihak yang bersedia untuk menawarkan pekerjaan padanya.

” Saya dah menjalankan tugas untuk membantu antara kita sesama manusia seperti mana yang sepatutnya. Betul, ada harga yang perlu ‘dibayar’ atas semua yang terjadi ini, tetapi daripada awal lagi saya tak pernah memikirkan tentang semua itu.

” Kalau ikutkan. saya sampai sekarang taknak masyarakat tahu tentang apa yang saya lakukan, tetapi bila dah dipanggil ke mahkamah dan diminta beri keterangan, saya terpaksa akur. Pengorbanan Muhammad Adib lebih berharga dari segala-galanya berbanding sumbangan kecil saya,” katanya sebak.


SUMBER : Malaysia Gazette © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/bekas-komando-ini-sesekali-tidak-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Ini Tak Menyesal Bantu Adib Meskipun Terpaksa Kehilangan Kerja Ikuti Kisahnya

Pemuda Ini Tak Menyesal Bantu Adib Meskipun Terpaksa Kehilangan Kerja Ikuti Kisahnya

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 626 hits
NAMA Mohd Hafizan Nordin tiba tiba menjadi sebutan dan kisahnya viral baru baru ini di media sosial Rupa rupanya lelaki berusia 33 tahun yang berasal dari Parit Panjang Baling Kedah inilah individu yang sanggup menggadaikan keselamatan diri...
Jangan Pernah Sesekali Kita Malu Mengaku Menjadi Suri Rumah Puan Nurul Hanisah Ahmad

Jangan Pernah Sesekali Kita Malu Mengaku Menjadi Suri Rumah Puan Nurul Hanisah Ahmad

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 391 hits
Perkongsian menarik kali ini telah dipetik dari fb JANGAN MALU MENJADI SURI RUMAHPergi menemani suami ke mana mana pasti ada makcik makcik akan bertanya Ustazah kalau kerja anak sapa jaga saya tersenyum dan kata saya jaga sendiri tak kerja ...
Salah Ke Aku Kerja Kedai Makan Niat Pelajar Bantu Bapa Dikatakan Malas Tiada Masa Depan

Salah Ke Aku Kerja Kedai Makan Niat Pelajar Bantu Bapa Dikatakan Malas Tiada Masa Depan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1090 hits
Masalah tipikal melayu yang selalu menghakimi dan bersangka buruk terhadap orang lain walhal belum tentu tahu kisah sebenar mahupun sikap seseorang individu tersebut Padahal dalam kehidupan manusia ini kita sebagai khalifah telah dipertangg...
Bekas Pegawai Jakoa Bantu Karang Ucapan Sokong Ph Kata Tok Batin

Bekas Pegawai Jakoa Bantu Karang Ucapan Sokong Ph Kata Tok Batin

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 317 hits
Aleh Abdullah dari Kampung Sungai Lalang Baru berkata dia sendiri akan tentukan calon mana yang layak menerima undinya pada 2 Mac nanti SEMENYIH Seorang tok batin Orang Asli di DUN Semenyih berkata teks ucapan menyokong calon Pakatan Harapa...
Dakwaan 30 000 Orang Hilang Kerja Tidak Benar

Dakwaan 30 000 Orang Hilang Kerja Tidak Benar

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 239 hits
18 Februari 2019 9 12 PM PETALING JAYA Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran hari ini menyangkal dakwaan Persekutuan Majikan Majikan Malaysia bahawa kira kira 30 000 orang akan
Bekas Pekerja Ecrl Ceroboh Istana Kerana Mahu Cari Kerja

Bekas Pekerja Ecrl Ceroboh Istana Kerana Mahu Cari Kerja

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 362 hits
SEORANG penganggur diperintah menjalani bon berkelakuan baik tanpa cagaran selama dua tahun kerana memasuki kawasan larangan Istana Kubang Kerian bulan lalu Perintah itu dikeluarkan Majistret Kamarul Hasyime Rosli di Mahkamah Majistret Kota...
Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 470 hits
Pemandu jentera bomba Md Eliza Mohd Noor berkata pegawai penyelia operasi memberitahu supaya mereka tidak keluar dari kenderaan kerana keadaaan tidak mengizinkan SHAH ALAM Pemandu jentera bomba Fire Rescue Tender yang tiba untuk memadam keb...
Adib Dalam Van Ketika Lori Bomba Berundur Saksi Ketiga

Adib Dalam Van Ketika Lori Bomba Berundur Saksi Ketiga

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 440 hits
Diterbitkan Hari ini 6 53 petang INKUES ADIB Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dikatakan berada di dalam kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan yang dinaikinya ke Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya ketika rusuhan berla...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya