Susah Nak Jumpa Syed Saddiq Persatuan Sukan Orang Kuat Kecewa


Adam Abu BakarSukan orang kuat popular dipertandingkan di peringkat antarabangs kerana memerlukan atlet yang bukan sahaja bertubuh sasa, tetapi juga kekuatan luar biasa. SUBANG JAYA: Sebuah persatuan sukan yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kecewa kerana tidak diberi perhatian dan bantuan walaupun negara sudah 9 bulan ditadbir kerajaan baru.

Presiden Persatuan Sukan Orang Kuat Malaysia, Zainurizzaman Moharam berkata, pelbagai kejayaan dicapai atlet mereka sewaktu bertanding bagi mengharumkan nama negara, namun Putrajaya seolah-olah memandang sepi kewujudan sukan berkenaan.

“Atlet yang kita lihat berpotensi, bayar sendiri yuran penyertaan, tambang penerbangan, penginapan dan makan minum sewaktu bertanding di luar negara, (sedangkan) mereka ini bawa nama Malaysia.

“Kami ambil inisiatif sendiri untuk hantar atlet bertanding di luar negara dan kejayaan demi kejayaan sudah kami perolehi. Kami juga pakai duit sendiri. Sebab itu sekarang ini kita hendak dapatkan perhatian KBS.

“Atlet berlatih bersungguh-sungguh dengan modal latihan sendiri bagi memastikan Jalur Gemilang berkibar di luar negara. Saya harap sangat KBS ambil tahu kewujudan sukan ini,” beliau memberitahu FMT.
Presiden Persatuan Sukan Orang Kuat Malaysia, Zainurizzaman Moharam.Zainurizzaman berkata, antara kejayaan terbaru atlet bawah naungan persatuan itu adalah 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam kejohanan “Siam Strongman Classic” awal bulan ini.

Acara sukan ini, walaupun agak asing dalam negara, antara yang popular dipertandingkan di peringkat antarabangsa, kerana memerlukan seseorang atlet yang bukan sahaja mempunyai tubuh badan yang sasa, tetapi juga kekuatan luar biasa.

Sewaktu bertanding atlet perlu melakukan beberapa rutin disiplin, termasuk kecepatan dan beban yang mampu dibawa.

Zainurizzaman kecewa hasrat mereka untuk bertemu dan berbincang mengenai masa depan dan visi sukan orang kuat dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman belum berhasil.

“Nak jumpa menteri memang susah sejak zaman Khairy Jamaluddin lagi, tapi pada zaman Syed Saddiq ini lebih sukar. Apabila kita jumpa di acara yang dia hadiri, Syed Saddiq kata semua ‘okay’, tetapi hasilnya tidak ada,” katanya.

“Sukan ini boleh janjikan pingat untuk negara. Jika KBS tidak ada bajet untuk berikan kepada persatuan bagi membiayai atlet, tidak mengapa sekadar berikan surat sokongan supaya senang kita cari penajaan daripada pihak korporat,” katanya.

Ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir katanya, atas ihsan dan keprihatian bekas menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan bersetuju menaja siri jelajah ke seluruh negara bagi memperkenalkan sukan orang kuat.

“Shabery bawa kami ke acara kementeriannya. 3 daripada 11 acara yang dijanjikan sudah kita ikut. 
Hasrat kita mahu kumpul atlet di setiap negeri. Namun bila tukar kerajaan ia tergendala,” katanya.
Ahmad Zaki JinlapudinSementara itu, setiausaha agung persatuan, Datuk Ahmad Zaki Jinlapudin turut melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana KBS masih tidak meluluskan permohonan mewujudkan persatuan di peringkat negeri.

“Pendaftaran di peringkat negeri sejak 2 tahun lalu masih belum lepas lagi. Bayangkan, kita ada persatuan di peringkat Malaysia tetapi tidak ada di peringkat negeri.

“Susah nak adakan acara atau pertandingan di peringkat negeri. Kami perlu gunakan nama gim, nampak sangat tidak profesional,” katanya.

Mereka akur apabila KBS mengkategorikan sukan orang kuat sebagai sukan tidak kompetitif.

Katanya, walaupun masih ramai belum kenal sukan ini, ia mendapat sambutan hangat di Sabah dan Sarawak.

Masyarakat di Sarawak umpamanya menunjukkan keseriusan untuk menceburi sukan berkenaan.

Ahmad Zaki sendiri antara atlet yang berjaya dalam sukan orang kuat. Beliau mendapat tempat kedua bagi kategori di bawah 105kg di Siam Strongman Classic pada 9 Februari lalu.

Pada Januari lalu, Ahmad Zaki berada di kedudukan ke-56 di peringkat dunia.
Ahmad Zaki (kanan sekali) menang tempat kedua Siam Strongman Classic awal tahun ini.Beliau turut mendapat pingat gangsa dalam acara yang dinaungi pelakon Arnold Schwarzenegger iaitu “The Arnold Classic Asia Multi-Sport Festival” di Hong Kong pada 2016.

Schwarzenegger adalah johan bina badan dunia dari 1968 hingga 1970 dan Mr Olympia dari 1970 hingga 1975 dan pada 1980.

“Saya perlu berlatih sejam setiap hari selama 5 hari dalam seminggu dengan mengangkat beban yang lebih berat daripada badan saya,” katanya.

Ahmad Zaki turut mencipta alat latihan meningkatkan kekuatan dan prestasinya.

“Saya rasa rugi sekiranya sukan ini tidak diberikan perhatian serius. Kalau tidak ada yang minat saya tidak kisah, tetapi sejak penubuhan persatuan pada 2006, sambutan memang menggalakkan,” katanya.

Persatuan tersebut menaungi 297 atlet dari seluruh negara.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/susah-nak-jumpa-syed-saddiq-persatuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Kecewa Digelar Hancing Oleh Penyokong Bn

Syed Saddiq Kecewa Digelar Hancing Oleh Penyokong Bn

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 888 hits
TAKTIK Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk meraih emosi orang awam ketika hari penamaan calon PRK Semenyih hari ini nampaknya tidak berhasil Menerusi Facebook Syed Saddiq telah memuat naik video beliau digelar hancing oleh...
Syed Saddiq Nafi Spekulasi Singkir Pm

Syed Saddiq Nafi Spekulasi Singkir Pm

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan spekulasi terdapat satu komplot untuk menyingkirkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nbsp Bagaimanapun beliau berkata sebarang usaha untuk menyahstabilkan d...
Papagomo Di Reman Tiga Hari Bantu Siasatan Kes Syed Saddiq

Papagomo Di Reman Tiga Hari Bantu Siasatan Kes Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 403 hits
KAJANG Pengendali laman web Papagomo ataupun nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Timbalan Ke...
Dakwaan Serang Syed Saddiq Polis Tahan Papagomo

Dakwaan Serang Syed Saddiq Polis Tahan Papagomo

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 437 hits
Bernama KUALA LUMPUR Penulis blog kontroversi Papagomo ditahan di sekitar Wangsa Maju hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau dikasari dan diugut blogger berken...
Tak Perlu Pun Jadi Harimau Kalau Anak Susah Nak Gosok Gigi Mulakan Sejak Umur Anak 1 Hari

Tak Perlu Pun Jadi Harimau Kalau Anak Susah Nak Gosok Gigi Mulakan Sejak Umur Anak 1 Hari

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 533 hits
Penjagaan gigi kanak kanak sangat penting Ramai yang inginkan gigi anak sihat cantik dan putih Namun penjagaan gigi anak anak perlu dititik beratkan supaya gigi sentiasa sihat Dr menerusi akaun Facebooknya berkongsi bagaimana cara untuk pas...
6 Sebab Susah Nak Turun Berat Badan

6 Sebab Susah Nak Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 2183 hits
Saja post sebagai membawang kat diri sendiri Sebab Susah la nak buat semua tu sekarang ni Rasa Mak mak ada anak kecik ramai ni Terpaksa lupakan dulu niat ni ke camne Sebab nak dapatkan tidur dan juga senaman yang konsisten tu Macam mencabar...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner