Sweetnya Ustaz Layan Isteri Anak Penuh Kasih Sayang Buat Wargamaya Jatuh Hati
Sememangnya apa sahaja yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew menerusi media sosialnya, lebih-lebih lagi ketika keprihatinan beliau dalam membantu insan yang memerlukan begitu dekat dengan kita. Keikhlasan yang ditunjukkan terasa sampai pada kita.
Tidak hanya membantu golongan yang memerlukan, bapa kepada empat orang anak ini tidak terkecuali berkongsi kisah kehidupannya bersama isteri dan empat orang cahaya matanya.
Seronok melihat perkongsian Ustaz Ebit, lebih-lebih lagi bersama bidadarinya juga anak-anaknya yang sedang membesar.
Terbaru menerusi Instagramnya, Ustaz kesayangan ramai ini sempat ‘dating’ bersama bidadarinya walau pun hanya berada di dalam kereta ketika mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Waktu sesingkat begini jangan dibiarkan sepi tanpa puji-pujian. Begitu katanya.
“Dating sambil ambil anak sekolah jer…tunggu saya bisik padanya, bidadari sayang nak tahu tak?
Pelbagai ujian dan terasa banyak doa masa belajar dulu tak dikabulkan. Rupanya gabungan semua doa itu jawapannya ialah bertemu denganMu bidadariku. Hadiah hasil sebahagian doa dari dulu.
Doa mak ayah. Doa orang miskin dan anak yatim. Dapat abang ke sana sini berkhidmat kerana memiliki bidadari yang kuat tabah senyum dan tak mengeluh.
Bidadariku sayang, insyaAllah bersama kita didunia ini dan bersama kita disyurga nanti. Ini semua kerana kasih sayangnya,” kongsi Ustaz Ebit buat isteri tersayangnya.
View this post on Instagram
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)
Biar walau hanya ketika mengambil anak dari sekolah, jangan dibazirkan masa untuk bersama isteri tercinta. Begitu yang dikongsikan oleh Ustaz melalui Instagramnya.
Video pendek yang dikongsikan Ustaz sambil memegang tangan isterinya itu mendapat jumlah tontonan lebih sejuta.
Dalam pada itu, dalam kesibukan waktunya yang padat, bapa penyayang ini tidak terkecuali mencuri waktu untuk bersama anak-anaknya.
Menerusi satu hantaran berlainan di Instagramnya, video pendek yang dikongsikan Ustaz ketika membawa anak-anaknya membeli belah menarik perhatian wargamaya malah memuji cara Ustaz Ebit melayani anak-anaknya.
Walau hanya membantu memilih kasut kesukaan anak-anak, jelas membuktikan betapa penyayangnya Ustaz kepada anak-anaknya.
“I love you anakku, Airis Safiyyah Lew. Terima kasih bidadariku melahirkan 4 orang anak-anak. Sibuk ke sana sini.
Rindu bidadari dan anak-anak. Ya Allah, rindunya pada keluarga. Dulu selalu terbangkan anak-anak. Masa kecil teman saya kemana-mana. Semoga jadi anak solehah anakku. Jaga solat dan anak soleh solehah.- Ebit Lew.
View this post on Instagram
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)
Terdahulu, Ustaz Ebit Lew mendirikan rumah tangga bersama isteri tercintanya pada 1 Ogos 2008 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata yang menjadi pelengkap kasih sayang mereka.
Artikel berkaitan: Baca Surah Ibrahim, Ayat 40, Supaya Anak Rajin Solat & Pandai, Ustaz Ebit Lew Kongsi Tip Keluarga Bahagia!
Pegang Tangan Yang Halal Buat Kita, Dapat Pahala, Ustaz Ebit Lew Kongsi Pesanan Buat Suami
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Sweetnya Ustaz” Layan Isteri & Anak Penuh Kasih Sayang, Buat Wargamaya Jatuh Hati! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sweetnya-ustaz-layan-isteri-anak-penuh-kasih-sayang-buat-wargamaya-jatuh-hati/