Bukan Tak Sayang Anak Yang Lain Tapi Yang Sulung Ada Special Spot Dalam Hati Kita


Anak sulung mempunyai tempat teristimewa di hati kita. Bukanlah bermaksud kita tak sayangkan anak-anak yang lain, tetapi dari anak sulunglah banyak perkara yang kita pelajari. Salah satunya bagaimana cara memikul tanggung jawab menjadi ibu ayah. Anak sulung biasanya suka bercerita dan berkongsi dengan ibu ayah serta adik-adiknya.
Artikel Menarik: [Jangan Cepat Tengking & Naik Tangan Bila Anak Tak Dengar Cakap, Takut Anak Simpan Dalam Hati]
PADA AWALNYA KETIKA KITA MENDUKUNG MEREKA BUAT KALI PERTAMA, AIR MATA JATUH (TAK KIRALAH SI IBU ATAUPUN AYAH), KERANA MEREKA MERUBAH STATUS KITA DAN MENJADI SATU AMANAH TERBESAR UNTUK DIJAGA SEBAIKNYA. SEBAB ITULAH, ANAK SULUNG MENJADI KESAYANGAN. KITA TIDAK MEMBEZAKAN KASIH SAYANG ANTARA ANAK-ANAK, TETAPI SI SULUNG BIASANYA MEMPUNYAI AURA YANG LEBIH SIKIT BERBANDING ADIKNYA YANG LAIN.
Ketika mereka mendapat adik, mungkin terbit rasa terpinggir atau ibu ayahnya sudah tidak peduli akan dirinya lagi. Ibu ayah tidak perlu risau kerana rasa itu hanya sementara jika anda juga melibatkan si abang atau kakak sulung untuk sama-sama menguruskan adik-adiknya. Seperti mana ibu dan ayah sayangkan anak, begitu jugalah anak sulung akan mencintai adik-adiknya yang lain.

KAYA KASIH SAYANG
Selalulah berbicara pada mereka. Katakan betapa anda sayangkan si sulung. Semakin mereka meningkat besar, mereka akan banyak buat perangai pelik untuk mendapatkan perhatian anda. Jika ibu dan ayah tidak lokek berkongsi perasaan sayang dan sering memberitahu mereka tentangnya, anak sulung akan membesar menjadi anak yang penyayang dan kaya dengan rasa cinta.
Bukan itu sahaja, mereka akan menjadi anak yang pernuh dengan rasa hormat terhadap kedua orang tuanya. Apabila mereka membesar dalam persekitaran yang membahagiakan begini, mereka juga akan menyayangi dan disayangi oleh adik-adiknya. Bahkan, anak sulung akan sentiasa diutamakan oleh adik-adiknya dalam apa jua hal.

SUKA MENYAKAT
Sekiranya si adik mengadu kepada anda yang abang atau kakaknya mengusik mereka, jangan terus dimarah. Tanyakan pada si sulung, mengapa mereka buat begitu. Ada masanya mereka tidak berniat untuk membuli atau mengganggu, tetapi sekadar suka menyakat kerana mahukan perhatian daripada adik-adiknya. Adakah anda perasan, biasanya anak berebut barang atau suka memotong cakap antara satu sama lain?
Biasanya adik akan menang, kerana abang atau kakak sulung akan memberi peluang kepada si adik. Bila melihatkan mereka begini pun, ibu ayah sebenarnya sudah boleh melihat kematangan anak sulung dan betapa mereka mementingkan adik-adik mereka. Pun begitu, jangan diabaikan kemahuan mereka. Sesekali, tidak salah jika anda yang meminta anak sulung untuk meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu.
Artikel Menarik: [Nak Discuss Tanpa Bergaduh & Rasa Tenang, Dalam Bilik Paling Privasi. Jangan Ada Anak!]
ADIK-ADIK JADI KEUTAMAAN
Ketika anda keluar dengan anak sulung dan bertanya tentang apa yang mereka mahukan, lihat jawapannya. Biasanya memang mereka akan beritahu apa yang mereka mahu, tetapi tidak lupa untuk mengingatkan kita untuk belikan juga untuk adik-adiknya. Cuba uji mereka dengan memberi makanan kegemaran mereka dan minta anak-anak untuk berkongsi. Biasanya anak sulung tidak kisah dan rela hati memberikan bahagiannya kepada si adik.

Jika anda lihat anak sulung anda begitu, ia satu petanda yang bagus. Anak sulung anda menjadi seorang abang atau kakak yang bertanggung jawab dan bertimbang rasa. Ajarkan juga anak-anak yang lain untuk sama-sama berkongsi agar tidak timbul soal pilih kasih di kemudian hari. Lagipun, berkongsi makanan atau barang dengan adik-beradik kan seronok?
JADI PENJAGA ADIK-ADIK
Anak sulung mungkin tegas atau kuat membebel berbanding anak yang lain (biasanya anak perempuan). Anak lelaki sulung pula biasanya lebih cool dan bersahaja. Walaupun begitu, jangan sesekali diusik adik-adiknya. Menjadi anak sulung mengajar mereka untuk sentiasa menjaga dan melindungi adik-adik.
Artikel Menarik: [Isteri Doa Bukan Untuk Rezeki Suami Aje, Tapi Biar Dia Setia Dengan Kita]

Perkara pertama yang kita ajarkan kepada anak sulung sebaik sahaja mereka mendapat adik biasanya untuk sayangkan adik. Kena jaga adik. Itulah yang menjadi pegangan mereka dan membuatkan mereka menjaga adik-adik pada setiap masa. Sekiranya mereka bersekolah atau ditinggalkan di rumah pengasuh yang sama, pasti abang atau kakak sulung akan menjadi ‘tukang report’. Itu menunjukkan mereka mengambil berat tentang adiknya dan sentiasa memerhatikan mereka ketika ibu ayah tiada bersama.

Sesungguhnya anak sulung ini adalah anugerah paling indah pertama buat ibu ayah. Anak sulung mempunyai hati yang sensitif tetapi sangat mementingkan kebajikan keluarganya. Mempunyai anak sulung perempuan atau lelaki mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sesungguhnya anak sulunglah yang menjadi penawar suka duka ibu dan ayah.
Dengan bermain pun anak-anak boleh jadi kreatif dan berfikiran luas. Nak ajak anak bermain, boleh klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bukan Tak Sayang Anak Yang Lain, Tapi Yang Sulung Ada ‘Special Spot’ Dalam Hati Kita! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-tak-sayang-anak-yang-lain-tapi-yang-sulung-ada-special-spot-dalam-hati-kita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sweetnya Ustaz Layan Isteri Anak Penuh Kasih Sayang Buat Wargamaya Jatuh Hati

Sweetnya Ustaz Layan Isteri Anak Penuh Kasih Sayang Buat Wargamaya Jatuh Hati

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 764 hits
Sememangnya apa sahaja yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew menerusi media sosialnya lebih lebih lagi ketika keprihatinan beliau dalam membantu insan yang memerlukan begitu dekat dengan kita Keikhlasan yang ditunjukkan terasa sampai pada ki...
Biarkan Ayah Kahwin Tapi Mama Tak Perlu Erra Fazira Hanya Akan Kahwin Jika Anak Beri Persetujuan

Biarkan Ayah Kahwin Tapi Mama Tak Perlu Erra Fazira Hanya Akan Kahwin Jika Anak Beri Persetujuan

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 325 hits
Selepas Engku Emran dan Noor Nabila bergelar suami isteri baru baru ini ramai yang tertarik dan ingin mengetahui mengenai penerimaan Engku Aleesya terhadap keluarga barunya BACA 8216 Be Good Anakku Make Your Mom Proud Of You 8217 8211 Pesan...
Ajak Besties Snap Pic Di 10 Tempat Instagrammable Spot Sekitar Lembah Klang Ini Gerenti Puas Hati

Ajak Besties Snap Pic Di 10 Tempat Instagrammable Spot Sekitar Lembah Klang Ini Gerenti Puas Hati

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 845 hits
Korang suka tak selfie or photoshoot lawa lawa untuk feed Instagram korang tapi sudah lama instagram tak ber update dengan gambar photoshoot tempat lawa lawa Ha Ini adalah tempat tempat Instagrammable Spot yang korang patut pergi di sekitar...
Sosej Memang Sedap Tapi Bahaya Anak Anak Boleh Hidap Kanser Usus

Sosej Memang Sedap Tapi Bahaya Anak Anak Boleh Hidap Kanser Usus

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 269 hits
Kebiasaanya jika ibu bapa sibuk bekerja atau ingin memudahkan kerja memasak sosej adalah pilihan utama sebagai juadah pagi Lebih senang apabila anak langsung tidak menolak makanan segera ini Tapi sayangnya ramai dalam kalangan kita yang mem...
Nak Pergi V4ksin Ke Nora Danish Buat Tiktok Tapi Lain Pula Netizen Perasan

Nak Pergi V4ksin Ke Nora Danish Buat Tiktok Tapi Lain Pula Netizen Perasan

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 395 hits
Kalau pelakon Aeril Zafrel dinobatkan sebagai presiden aplikasi TikTok di Malaysia Pelakon Nora Danish pula dilabel sebagai ratu TikTok Lihat sajalah semua kandungan TikTok yang dibuat semuanya comel comel walaupun usianya sudah mencecah 39...
Jangan Salah Pilih Pasangan Biar Tak Berharta Tapi Tahu Tanggungjawab Pada Anak Isteri

Jangan Salah Pilih Pasangan Biar Tak Berharta Tapi Tahu Tanggungjawab Pada Anak Isteri

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 311 hits
Hidup berumah tangga sememangnya tidak mudah jika hanya salah seorang yang memberi Baik suami mahupun isteri perlu sama sama memainkan peranan baik dalam mendidik anak juga menguruskan rumah tangga dengan penuh rasa tanggungjawab Tanpa rasa...
Noraniza Idris Dah Jadi Nenek Anak Sulung Timang Baby Girl Panggil Umi Tau Tak Nak Nanny La Tua Sungguh Rasanya

Noraniza Idris Dah Jadi Nenek Anak Sulung Timang Baby Girl Panggil Umi Tau Tak Nak Nanny La Tua Sungguh Rasanya

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 383 hits
PENYANYI Noraniza Idris menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Aliff Haiqal sudah menimang cahaya mata perempuan pada Selasa
7 Potret Sabrina Eben Anak Sulung Cindy Claudia Berparas Bule Dan Cantik Banget

7 Potret Sabrina Eben Anak Sulung Cindy Claudia Berparas Bule Dan Cantik Banget

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 374 hits
Anak pertama artis lawas Cindy Claudia Harahap yang bernama Sabrina Aisha Putri kini sudah beranjak dewasa Ia tumbuh menjadi seorang gadis yang cantik Parasnya yang bule membuat perempuan yang dikenal dengan nama Sabrina Eben itu sukses men...
Main Playdough Nampak Santai Tapi Bantu Kekuatan Tangan Persediaan Anak Menulis Anak Makin Kreatif

Main Playdough Nampak Santai Tapi Bantu Kekuatan Tangan Persediaan Anak Menulis Anak Makin Kreatif

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 594 hits
Menjadi satu kerisauan pada mak ayah bila mana anak masih tidak pandai memegang pensil dengan betul apa lagi menulis dengan baik Kemahiran menulis sebenarnya harus dimulakan sejak awal iaitu ketika anak masih kecil Tidak perlu menggunakan p...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023