Terkurang Kasih Sayang Buat Anak Mengamuk Raih Perhatian Mak Ayah Berilah Masa
Anak kecil kita tidak mengamuk tanpa sebab. Kalau bukan kerana hendakkan sesuatu, pastinya dia cuba mencari perhatian ibu dan ayahnya. Malah mungkin juga terkurang kasih sayang.
Menurut Ahli Terapi Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa, berkongsi sebab-sebab kebiasaan anak mengamuk dan tip yang boleh dipraktikkan oleh mak ayah untuk memulihkan masalah ini.
5 SEBAB ANAK MENGAMUK YANG PERLU IBU AYAH TAHU
Ramai melihat anak ini Tantrum sebab anak saja saja hendak mengamuk. Benarkah anak suka suka mengamuk?
Kalau ikut pelbagai kajian serta teori perkembangan anak, setiap tindakan anak ada sebab dan puncanya. Bukan suka suka.
Anak yang tidak tahu menyatakan emosi atau cukup kosa kata serta perkataan, lebih lebih lagi anak umur 4 tahun ke bawah akan hadapi kesukaran untuk beritahu apa yang mereka mahukan.
Ada anak-anak tunjuk tingkah laku kerana itu sahaja medium dia berkomunikasi. Ya menunjukkan tingkah laku mencabar boleh sebab anak sedang memberitahu sesuatu.
Tolong ya, ibu ayah jangan keliru
‘Anak saya ini nakal betul. Pening kepala’
‘Umur 2 tahun baru tapi degil ya amat’
Ibu ayah, jom kita refresh sesuatu. Sedarkah anda anak perlu lalui fasa ‘Degil’ demi belajar kawalan emosi?
Anak memang ada fasa dia tak boleh terima pendapat orang Lain. Dia je betul. Ini Fasa Egosentrik. Ada teknik di mana ibu ayah perlu fahamkan kenapa anak suka tunjukkan tingkah laku yang mencabar.
Sebab itu PENTING FAHAMKAN, fasa perkembangan anak. INI PERLU bukan sekadar ambil tahu dan tidak buat apa apa.
Pertama sekali ibu ayah perlu belajar dan fahamkan.
5 FUNGSI TINGKAH LAKU ANAK
* Mahukan sesuatu
* Mahukan perhatian
* Mahu mengelak
* Mencari sensori
* Mahu cari keselesaan dan mungkin berada dalam keadaan sakit
Sensori
Fungsi: Memberi stimulasi sensori pada diri mereka dan menyebabkan mereka merasa tenang atau selamat.
Terjadi pada bila-bila masa terutama semasa anak berasa resah.
Mengelak (escape/avoid)
Fungsi: Dapat melepaskan diri dari membuat tugasan.
Terjadi bila tugasan terlalu sukar, mudah dan boring atau anak takut hendak mencuba.
Perhatian (attention)
Fungsi: Dapat perhatian dari individu yang dikehendaki.
Terjadi bila anak mahukan perhatian.
Mahukan sesuatu (tangibles)
Fungsi: Dapat aktiviti atau sesuatu yang dikehendaki.
Terjadi bila anak mahukan sesuatu.
Kesihatan atau kurang selesa
Fungsi: Dapat keselesaan
Terjadi bila anak kurang sihat, lapar, dahaga atau sakit.
Dan belajar teknik ‘Tarik Tali’ bila anak dalam fasa belajar kawalan emosi ini terutama fasa umur 1.5 ke 4 tahun.
Mari saya kongsikan tip mudah untuk ibu ayah.
Guna Kaedah Pause & Counting
Teknik ini mudah. Tidak perlu apa apa. Hanya perlu ibu ayah tenang dan anak.
1️. Mula mula pause, tunggu anak reda tantrum sedikit sebelum hampiri anak.
2️. Kemudian minta anak bernafas dan kita bantu kirakan 1 sehingga 10.
3. Selepas anak mengira, minta anak tenang dan bawakan anak ke tempat lebih selesa untuk menerangkan situasi.
Anak tidak faham?
Cubalah dahulu secara Konsisten. Moga moga anak diberi kefahaman setelah diulang dan ditunjuk banyak kali.
Artikel berkaitan: Menjerit & Menjerit Bila Minta Sesuatu, Perbetulkan, Anak Perlukan Bantuan
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Terkurang Kasih Sayang Buat Anak Mengamuk, Raih Perhatian Mak Ayah, Berilah Masa! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/terkurang-kasih-sayang-buat-anak-mengamuk-raih-perhatian-mak-ayah-berilah-masa/