Susu Melimpah Sampai Bengkak Susu Dua Pengalaman Berbeza Dr Fatin Liyana Suka Makan Yogurt Coklat


Pengalaman menyusukan anak sememangnya meninggalkan kenangan yang cukup manis buat semua ibu. Payah dan penat namun terasa amat berbaloi bila mana melihat anak mengukir senyuman selepas kekenyangan.
Bagi personaliti media sosial, Dr Fatin Liyana, pengalamannya menyusukan dua cahaya matanya, Ajda dan Nolan amat meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya namun bersyukur bila Allah mengurniakan susu yang melimpah ruah buat kedua anaknya.
Kata Dr Fatin, anak sulungnya yang lahir tidak cukup bulan ketika itu mengajar dirinya untuk menjadi ibu yang lebih baik, lebih-lebih lagi proses menyusukan anaknya yang lain dari orang lain.

“Ajda sekarang dah 5 tahun, Nolan 3 tahun. Ajda ni special sebab dia baby pramatang, masa lahir dia ada masalah dengan suckling tak pandai menyusu. Dia masuk nicu, dia memang tak pandai nak menyusu. Kalau bagi breast dia tak reti nak hisap, botol dan shrink pun tak pandai.
“Jadinya waktu lahir tu memang bagi melalui tiub sahaja. Setiap 2-3 jam saya masa tu dekat HUKM, saya akan turun ke ward untuk feeding dia. Kami buat physio jugak untuk rangsang dia menyusu.
“Bila balik rumah dia dah pandai sikit minum pakai botol susu, tapi still tak pandai nak breastfeed. Waktu Ajda pula saya hanya pam sahaja, penat sangat rasanya sebab terpaksa ikuti rutin basuh botol, pam setiap beberapa jam, ulang perkara yang sama.

“Saya rasa waktu tu saya rasa sangat penat, sebab bersungguh nak bagi anak minum susu badan. Sebab satu je sebab kita tahu susu badan ni ada banyak khasiat, ada antibodi dan semua nutrisi yang diperlukan oleh baby. Seboleh-bolehnya saya nak cuba bagi anak susu.
“Dan alhamdulillah anak kedua saya Nolan, saya dapat susukan dia dengan baik hingga sekarang usianya dah tiga tahun. Sama saja, dulu anak pertama dan kini anak kedua alhamdulillah susu saya banyak. Alhamdulillah Allah bagi rezeki, susu melimpah-limpah, banyak sangat.

“Cumanya, sebab banyak sangat saya alami masalah bengkak susu. Dua kali pantang mesti pergi klinik sebab ada masalah bengkak susu sebab susu banyak sangat. Masa Ajda lagi lah, asyik pam sentiasa sebab kalau tak pam mesti bengkak dan sakit. Susahnya saya rasa waktu tu.
“Untuk Nolan saya rasa mudah sangat, bila dia nak susu saja, saya bagi sahaja sambil baring. Tak payah bangun, tidur pun lebih lena,” kata Dr Fatin bercerita.

Pilih makanan yang menggembirakan
Dianugerahkan dengan susu yang melimpah, pasti ada petua yang diamalkan oleh doktor muda ini. Namun kata ibu kepada dua orang cahaya mata inilah berkat pemilihan makanan yang menggembirakan hidupnya ketika dalam pantang hinggalah sekarang.
“Saya tak ada apa-apa petua, pada saya kita jena jaga kita punya well being. Bila kita happy, cukup makan kita akan positif dan susu memang ada.
“Kalau dalam pantang, pertama sekali pada saya jangan duduk dalam gelap. Pagi-pagi tu bangun buka tingkap dan pintu bagi matahari masuk. Siapkan diri kita, mandi pagi-pagi pakai cantik-cantik. Kita makanlah kenyang-kenyang.

“Macam saya dulu, apa sahaja favourite food saya, itulah milk booster saya. Macam saya dalam pantang saya suka makan nasi, lauk tak berapa sangat tapi nasi saya makan banyak. Susu saya memang banyak. Lagi satu saya suka makan yogurt dan coklat waktu dalam pantang. Saya makan benda yang buat saya happy. Tak adalah banyak tapi buat rasa-rasa.
“Saya jaga pengambilan air, minum air memang banyak sampai 2 hingga 3 liter. Sebab kita buat susukan, kita tak boleh minum sikit. Nanti badan akan rasa lesu, tekanan darah jadi rendah, so benda tu tak bagus. Kalau kita minum lebih, untuk badan cukup, buat susu pun cukup,” katanya berkongsi.

“Bengkak susu memang buat air mata saya mengalir”
Namun satu hal yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang menyusukan anak dari awal hingga kini adalah pengalamannya mengalami masalah bengkak susu pada kedua-dua pengalaman penyusuannya. Setiap kali pantang pasti masalah ini menghantui dirinya.
” Saya boleh terima sakit bersalin tapi breast bengkak saya memang tak boleh terima. Lepas pembedahan masa lahirkan anak pun saya tak menangis, tapi masa bengkak susu memang air mata saya mengalir.

” Waktu itu saya buat macam-macam treatment, panggil orang urut dan cuba juga rawatan guna kobis untuk surutkan bengkak. Saya makan juga ubat-ubatan seperti antibiotik, ponstan dan sebagainya.
” Saya memang tak boleh lupakan pasal bengkak susu ni. Dahlah sakit lepas tu nak susukan anak pulak. Memang sakit.
” Bagi saya pada ibu-ibu kalau baru belajar nak menyusukan, please dont be to hard on yourself. Jangan ingat kita baru belajar menyusu kita dah sukses.
” Dulu saya rasa saya macam ibu yang gagal bila anak saya tak pandai menyusu, saya pun tak pandai nak susukan anak.

“Kita sentiasa belajarlah benda baru dan jadikan pengalaman yang lalu contoh macam saya tak berjaya susukan anak pertama dan akhirnya saya berjaya untuk kedua.
” Kita pun kena terima yang baby pun tengah belajar, kita cuba sebaiknya perlahan-lahan dan pastikan dia sentiasa cukup susu dengan cara yang betul. Tapi jangan putus asa.
” Bonding dengan anak memang sangat rapat, kita rasa sayang sangat dengan anak dan anak pun sama. Lepas tu anak jarang sakit. Betullah orang kata liquid gold, memang tak ternilai harganya” kongsi lagi.
Menarik: Ibu Nak Susu Maintain Cuba Pam Dalam Tempoh 3-4 Jam Sekali Barulah Meriah

Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021.
Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam.
Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @dr_afl
The post “Susu Melimpah Sampai Bengkak Susu” Dua Pengalaman Berbeza, Dr Fatin Liyana Suka Makan Yogurt & Coklat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susu-melimpah-sampai-bengkak-susu-dua-pengalaman-berbeza-dr-fatin-liyana-suka-makan-yogurt-coklat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letak Target Menyusu Anak Hingga 2 Tahun Amal Makan Kurma Cara Tasha Shilla Maintain Susu

Letak Target Menyusu Anak Hingga 2 Tahun Amal Makan Kurma Cara Tasha Shilla Maintain Susu

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 443 hits
Buat ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata pasti akan ada rasa struglenya nak menyusukan bayi Sebab bukan mudah sebenarnya lagi lagi dengan tiada pengalaman Namun semua itu bukan satu masalah besar jika ibu benar benar bertekad Se...
Minum Susu Kambing Setiap Hari Susu Pekat Banyak Dua Dua Anak Tak Hisap Botol

Minum Susu Kambing Setiap Hari Susu Pekat Banyak Dua Dua Anak Tak Hisap Botol

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 321 hits
Menyusukan anak kita perlu enjoy Ini antara tip yang dipegang oleh ibu muda yang juga seorang influencer Shazwanie Yazip yang berjaya menyusukan anak sulungnya sehingga dua tahun secara eksklusif dan kini sedang menyusu pula anak kedua beru...
Pak Guard Ini Cemerlang Upsr Pt3 Spm Stpm S4nggup Tinggal Di Asrama Naik Van Pekerja Demi Pengalaman Makan Gaji

Pak Guard Ini Cemerlang Upsr Pt3 Spm Stpm S4nggup Tinggal Di Asrama Naik Van Pekerja Demi Pengalaman Makan Gaji

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 321 hits
KEPUTUSAN peperiksaan seorang anak muda ketika dia di sekolah rendah sehingga sekolah menengah bukan biasa biasa Buktinya dia meraih 5A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 9A Pentaksiran Tingkatan Tiga 8A Sijil Pelajaran Malaysia dan 3 58 ...
Lengan Macam Roti Bun Pipi Labuh Siti Aisyah Buat Orang Geram Suka Pasta Susu Ibu

Lengan Macam Roti Bun Pipi Labuh Siti Aisyah Buat Orang Geram Suka Pasta Susu Ibu

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 226 hits
Semua orang tengok dia geram Paling biasa orang suka buat adalah cubit pipinya Jika sebelum ni dapat keluar berjalan jalan pasti mata akan terarah pada Siti Aisyah Nafisah dulu kongsi ibunya Najwa Izni Aidi Lima tahun menanti Menurut Najwa ...
Dr Nasihat Lebih Baik Minum Segelas Susu Bila Lapar Waktu Malam Daripada Makan Jajan

Dr Nasihat Lebih Baik Minum Segelas Susu Bila Lapar Waktu Malam Daripada Makan Jajan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 215 hits
Susu antara sumber kalsium dan vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang Setiap orang dewasa tetap memerlukan susu untuk kesihatan yang optimum Sebenarnya susu bukan sahaja untuk kanak kanak Tapi masyarakat kita dimomokkan dengan mengangga...
Noah Anak Yang Betul Betul Suka Susu Ibu Siang Hari Saja Boleh Minum 33 Auns Susu Ika

Noah Anak Yang Betul Betul Suka Susu Ibu Siang Hari Saja Boleh Minum 33 Auns Susu Ika

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 343 hits
Perjalanan menyusukan bayi bukan sesuatu yang mudah melainkan dalam diri dah bertekad untuk memberikan yang terbaik buat bayi Begitu juga kisah yang penuh inspirasi oleh pelakon Ika Nabella yang sangat komited memberi susu ibu buat anak lel...
Kecewa Tapi Reda Demi Baby Sayf Terpaksa Campur Susu Redakan Kuning Anak Kini Yatt Hamzah Syukur Susu Melimpah

Kecewa Tapi Reda Demi Baby Sayf Terpaksa Campur Susu Redakan Kuning Anak Kini Yatt Hamzah Syukur Susu Melimpah

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 476 hits
Kegembiraan ibu kepada lima orang cahaya mata Yatt Hamzah menerima kehadiran cahaya mata lelaki pertamanya dalam hidup mereka sekeluarga jelas terlihat di wajah Yatt Selalu tampil ceria dan teruja malah banyak perkongsian mengenai anak lela...
Dua Perkara Hampir Sama Tapi Tujuan Berbeza

Dua Perkara Hampir Sama Tapi Tujuan Berbeza

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 218 hits
WAN AZIZAH DAN KELUARGA DIJEMPUT YDPA KE ISTANA KELANTANPAK LONG MAIL BAWA KAWANHAMDAN TAHA Gambar ini ada dua keadaan dan dua masa yang berbeza dan dua kerajaan yang berbeza Satu semasa zaman PH dan Satu lagi zaman Malaysia satu keluarga B...
Nak Makan Donut Gula Tapi Dapat Donut Coklat

Nak Makan Donut Gula Tapi Dapat Donut Coklat

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 569 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dah lama rasanya teringin nak makan donut Hari tu dapat la merasa juga kawan CCL yang belikan donut ala ala dunkin donut yang pelbagai macam topping atas donut tu Sedap juga Sejuk sejuk tekstur donut teta...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord