Suspek Kes Sabari Direman Seminggu Bantu Siasatan Kes Bunuh




SUNGAI PETANI: Polis memperoleh perintah reman selama seminggu terhadap seorang kontraktor dan anak saudaranya yang ditahan berkaitan dengan pembunuhan pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, bulan lalu.
Permohonan reman yang bermula hari ini hingga Khamis depan dikeluarkan oleh Majistret Anis Suraya Ahmad yang meluluskan permohonan polis daerah Baling untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, kedua-dua suspek lelaki berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan polis pada 27 September lalu setelah dipercayai terlibat dalam kehilangan Sabari.
Mereka ketika itu direman sehingga semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana dipercayai membakar kereta Proton Waja milik Sabari yang ditemukan hangus di Kampung Pulau Belantek, Sik pada 20 September.
Terdahulu, sebuah lori membawa suspek dengan kawalan ketat polis dilihat memasuki Kompleks Mahkamah Sungai Petani sekitar pukul 9.48 pagi sebelum meninggalkan bangunan mahkamah kira-kira sejam kemudian.
Dalam kejadian itu, Sabari yang tinggal seorang diri di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling disedari hilang oleh anak-anaknya yang membuat laporan polis pada 4 September lalu.
Siasatan polis kemudiannya mendapati warga emas itu disamun oleh suspek yang dikenalinya, sebelum suspek nekad mengikat tangan dan menutup mulut serta mencampakkan Sabari ke dalam Sungai Padang Terap di Kubang Pasu.
Suspek dipercayai bertindak demikian kerana risau dengan identitnya yang terbongkar setelah dicam mangsa pada hari kejadian.
Polis yang mengesahkan Sabari dicampak ke dalam sungai itu kemudian melaksanakan operasi pencarian dengan bantuan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Bagaimanapun, operasi selama tiga hari bermula 30 September terpaksa dihentikan selepas tidak menemukan jasad Sabari dan sebarang petunjuk lain. – UTUSAN




Source link
The post Suspek kes Sabari direman seminggu bantu siasatan kes bunuh appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/suspek-kes-sabari-direman-seminggu-bantu-siasatan-kes-bunuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan Tiga Beradik Bantu Siasatan Kes Dera Seksual Pelajar Tahfiz

Polis Tahan Tiga Beradik Bantu Siasatan Kes Dera Seksual Pelajar Tahfiz

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 277 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myKuala Lumpur Polis menahan tiga beradik bagi membantu siasatan kes empat pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah yang dipercayai menjadi mangsa dera dan seksual Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rus...
Kes Bunuh Sabari Baharom Kontraktor Dan Anak Saudara Didakwa Atas Pertuduhan Membunuh

Kes Bunuh Sabari Baharom Kontraktor Dan Anak Saudara Didakwa Atas Pertuduhan Membunuh

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 257 hits
Seorang kontraktor bersama anak saudaranya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pesara Felcra Sabari Baharom 62 tahun pada 4 Sept lepas Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nurul...
Dokumen Diserah Sebutan Kes Lelaki Cuba Bunuh Isteri Di Klia 26 Nov

Dokumen Diserah Sebutan Kes Lelaki Cuba Bunuh Isteri Di Klia 26 Nov

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 178 hits
BernamaMahkamah Seksyen menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam tertuduh memohon untuk meneliti laporan kimia yang diserahkan kepada pendakwaan hari ini SEPANG Mahkamah Seksyen Sepang menetapkan kes terhadap pengurus syarikat agensi pela...
Kes Bunuh Kerat Lapan Abah Hayat Terlepas Tali Gantung

Kes Bunuh Kerat Lapan Abah Hayat Terlepas Tali Gantung

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 392 hits
NORLIDA AKMAR IDROSTangkap layar video ketika Khairul Anuar dibebaskan dari Penjara Pokok Sena pada 3 Oktober lalu ALOR SETAR Seorang banduan hayat yang terbabit dalam kes pembunuhan kerat lapan di sini 23 tahun lalu akhirnya dibebaskan dar...
Anak Sabari Kenal Suspek Disyaki Campak Ayah Dalam Sungai

Anak Sabari Kenal Suspek Disyaki Campak Ayah Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 527 hits
Muhammad Amir Hakimi Sabari mendengar penerangan daripada polis berhubung operasi pencarian jasad bapanya PETALING JAYA Anak lelaki kepada pesara Felcra yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak dalam Sungai Padang Terap dekat Jitra mengaku...
Dua Pengikut Tuhan Harun Terlepas Tali Gantung Di Penjara 40 Tahun Kes Bunuh Pegawai Jaip

Dua Pengikut Tuhan Harun Terlepas Tali Gantung Di Penjara 40 Tahun Kes Bunuh Pegawai Jaip

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 318 hits
PUTRAJAYA Dua pengikut Tuhan Harun terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara 40 tahun kerana membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengu...
Cubaan Bunuh Polis 2 Termasuk Pesara Tentera Direman

Cubaan Bunuh Polis 2 Termasuk Pesara Tentera Direman

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 239 hits
FMT ReportersJumaat lalu dua anggota polis nyaris maut selepas cuba dirempuh sebuah SUV dinaiki empat lelaki ketika cuba menahannya untuk pemeriksaan di Jejawi Arau PETALING JAYA Dua lelaki termasuk pesara tentera direman sehingga 5 Oktober...
Empat Isteri Tiga Anak Ahli Lembaga Pengarah Gisbh Direman Seminggu

Empat Isteri Tiga Anak Ahli Lembaga Pengarah Gisbh Direman Seminggu

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 357 hits
SHAH ALAM Empat isteri dan tiga anak seorang Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings Sdn Bhd direman bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian dan pemerdagangan kanak kanak
Suspek Kes Culik Cuba Jual Budak 12 Tahun Kepada Sindiket Pelacuran

Suspek Kes Culik Cuba Jual Budak 12 Tahun Kepada Sindiket Pelacuran

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 216 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Salah seorang suspek kes culik seorang kanak kanak berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di sebuah flat di Klang pada 8 Okt lalu mahu menjual mangsa kepada sindiket pelacuran di Kuala Lumpur Perkara itu dimaklum...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank