Susah Faham Ingat Ikut Arahan Antara Tanda Anak Ada Masalah Pembelajaran


Masalah pembelajaran merupakan antara gangguan belajar yang boleh dialami oleh kanak-kanak. Namun terdapat 3 masalah yang paling utama penting untuk dikenal pasti oleh ibu bapa. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Memahami tentang masalah pembelajaran si kecil
Menurut Pekerja Sosial dan Pendukung Pendidikan dari MLM Advocacy, Monica Mandell, ketidakupayaan atau gangguan belajar adalah 1 masalah berkaitan proses psikologi yang terlibat dalam pembelajaran.
“Ketidakupayaan ini boleh menjejaskan cara seseorang individu untuk belajar membaca, menulis, melakukan tugasan matematik atau sebarang proses pembelajaran lain,” ujar Monica.
Bagi Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Pengarah The Help and Healing Center, Dr Jessica Myszak, terdapat 3 masalah ketidakupayaan pembelajaran yang biasa didiagnosis, iaitu:
Disleksia. Dysgraphia. Dyscalculia. 3 masalah pembelajaran atau gangguan belajar yang boleh dialami kanak-kanak
Disleksia
Merupakan sejenis masalah belajar khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak dengan masalah ini akan berdepan gangguan belajar seperti kesukaran menguasai tugasan sekolah walaupun telah berusaha.
Mereka dengan masalah ini lazimnya sukar membaca, tulisan tidak berapa kemas dan tidak dapat menyelesaikan masalah matematik. Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Perkembangan Pediatrik, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Raja Juanita Raja Lope, disleksia boleh dikesan awal semasa kanak-kanak mula memasuki tadika.
Antara isu yang boleh dikenal pasti adalah apabila kanak-kanak berdepan kesukaran mengenal abjad seperti A, B, C. Sesetengah kanak-kanak dengan disleksia mungkin akan lambat dari aspek penuturan dan pemahaman.

Ciri-ciri disleksia yang boleh dikesan:
Pada peringkat prapersekolahan
Lambat bertutur Kesukaran menyebut rima perkataan Sukar menulis nama sendiri Tidak dapat mengenal bentuk atau warna Mengalami kesukaran berkongsi cerita yang didengar Pada peringkat persekolahan
Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira Tidak suka membaca atau mengelak diri membaca di dalam kelas Kesilapan membaca huruf, perkataan atau nombor – membaca terbalik Kurang koordinasi Keliru dengan konsep seperti ‘semalam’, ‘hari ini’ atau ‘esok’ Sukar memahami, mengingati dan mengikuti arahan Selalu tersalah letak, atau kehilangan barang Langkah-langkah mengatasi:
Sebagai ibu bapa pastinya anda akan cuba untuk membantu mereka, bukan? Jadi berikut adalah cara-cara yang boleh anda lakukan:
Membantu dan menyokong anak dalam membina keyakinan diri Memberikan rawatan untuk penyakit yang mungkin berkait seperti simptom hiperaktif dan kurang daya tumpuan (ADHD) Mempertingkatkan potensi pembelajaran melalui:
Terapi pertuturan. Latihan pendengaran dengan bantuan komputer. Pendekatan penggunaan deria – sentuhan, pendengaran, gerakan bibir dan menulis huruf atau perkataan. Disgraphia
Ia berkaitan masalah sistem saraf mempengaruhi kemahiran motor halus diperlukan untuk menulis. Keadaan itu menimbulkan kesukaran untuk kanak-kanak menulis dan melengkapkan sebarang tugasan.
Kebanyakan penyelidik tidak dapat mengenal pasti mengapa keadaan ini berlaku kepada kanak-kanak. Manakala bagi individu dewasa ia mungkin melibatkan kecederaan atau trauma pada otak.
Bagi kanak-kanak, ketidakupayaan ini biasanya berlaku bersama masalah pembelajaran lain seperti ADHD dan disleksia.
Ciri-ciri disgraphia yang boleh dikesan:
Kanak-kanak dengan disgraphia mempunyai tulisan tangan yang tidak jelas, tidak teratur, atau tidak konsisten. Mereka juga sering mempunyai slant yang berbeza, bentuk, huruf besar dan huruf kecil. Mereka juga cenderung menulis atau menyalin dengan perlahan.
Tanda-tanda lain, termasuklah:
Genggaman sempit, yang boleh menyebabkan tangan sakit Sukar untuk mengganggar jarak atau margin ketika menulis Sering memadam tulisan Tidak konsisten dalam jarak penulisan dan perkataan Lemah dalam mengeja Posisi badan atau pergelangan tangan yang luar biasa ketika menulis Langkah-langkah mengatasi:
Berikut antara beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak dengan masalah disgraphia, iaitu:
Berikan anak menggunakan kertas lebar, kertas graf atau kertas bergaris untuk membantunya dalam masalah penjajaran abjad dan perkataan Berikan anak pensil yang mempunyai genggaman (pencil grips) atau sebarang alat menulis untuk keselesaan Berikan anak menggunakan komputer untuk menaip dan bukan menulis, ajarkan mereka menaip pada peringkat awal Jangan mengkritik sebarang kekotoran atau penulisan yang tidak kemas. Sebaliknya puji usahanya dan berikan penghargaan Sedar mengenai keadaan yang berlaku dan maklumkan kepada anak mengenainya Ajarkan mereka untuk menenangkan diri sebelum belajar menulis Berikannya menggenggam bola stres untuk meningkatkan kekuatan otot tangan dan koordinasinya Anda juga dinasihatkan untuk berbincang keadaan anak dengan guru mereka. Ini pastinya akan dapat membantu anak untuk mengatasi gangguan ini dengan sokongan dan bantuan daripada guru di sekolah. Dyscalculia
Keadaan berkaitan otak yang menyebabkan pembelajaran aritmetik asas menjadi sukar. Ia mungkin 1 keadaan yang diwarisi tetapi penyelidik masih belum menemui sebarang gen yang boleh dikaitkan dengannya.
Saintis mencadangkan keadaan ini sama seperti disleksia – gangguan membaca – tetapi masih belum dalam difahami sepenuhnya. Keadaan ini juga dikenali sebagai ‘disleksia matematik,’ tetapi ini boleh mengelirukan kerana dyscalculia adalah keadaan yang sama sekali berbeza.
Ciri-ciri dyscalculia yang boleh dikesan:
Kanak-kanak dengan keadaan ini akan berdepan kesukaran ketika mengira. Mereka mungkin masih mengira menggunakan jari sedangkan kanak-kanak seusia mereka sudah tidak melakukannya lagi.
Sukar membuat anggaran seperti berkaitan ketinggian Mengalami masalah dengan perkataan matematik Susah untuk belajar matematik asas seperti tambah, tolak dan darab Sukar memahami pecahan Tidak dapat memahami graf dan carta Kesukaran mengira duit Tidak mampu mengingati nombor telefon atau poskod Tidak tahu memberitahu tentang waktu atau membaca masa Langkah mengatasi:
Menurut pakar, ahli psikologi pendidikan atau pakar neuropsikologi berkaitan dyscalculia, mereka mencadangkan 3 perkara berikut untuk membantu kanak-kanak yang berdepan keadaan ini, iaitu:
Pelan pembelajaran yang direka khas. Permainan pembelajaran berasaskan matematik. Mempraktikkan kemahiran matematik lebih kerap berbanding kanak-kanak lain. Bagi ibu bapa pula, berikut antara perkara yang boleh dicuba:
Biarkan dia menggunakan jari dan kertas apabila mengira Pastikan dia mempunyai alat yang betul seperti kalkulator dan pemadam Gunakan kertas graf. Ia membantu untuk menjadikan penulisan mereka lebih kemas dan teratur Gunakan muzik dan irama untuk mengajar fakta matematik Puji segala usaha kerasnya untuk belajar Ajarkan kepadanya cara untuk mengatasi kegelisahan Anda juga dinasihatkan untuk berbincang keadaan anak dengan guru mereka. Ini pastinya akan dapat membantu anak untuk mengatasi gangguan ini dengan sokongan dan bantuan daripada guru di sekolah. Sekiranya anak anda mengalami gangguan pembelajaran, anda tidak harus membeza-bezakan mereka dengan adik-beradik yang lain. Ini kerana mereka tetap mempunyai kelebihan tersendiri dan boleh mencapai kejayaan sama seperti kanak-kanak lain.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Susah Faham, Ingat & Ikut Arahan Antara Tanda Anak Ada Masalah Pembelajaran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susah-faham-ingat-ikut-arahan-antara-tanda-anak-ada-masalah-pembelajaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Respond Pada Arahan Mudah Antara Simptom Anak Umur 2 Tahun Ada Masalah Speech Delay

Tak Respond Pada Arahan Mudah Antara Simptom Anak Umur 2 Tahun Ada Masalah Speech Delay

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 173 hits
Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa pertuturan anak anak Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa Diantara umur 12 24 Bulan beberapa perkara yang perlu di beri perhatian ...
Makin Susah Nak Patuh Arahan Anak Jadi Keras Kepala Mak Ayah Perbetulkan Cara Didikan

Makin Susah Nak Patuh Arahan Anak Jadi Keras Kepala Mak Ayah Perbetulkan Cara Didikan

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 234 hits
Apa sahaja teguran dari mak ayah tidak langsung diendahkannya anak Ada sahaja jawapannya Bukan salah anak seratus peratus ada kalanya sikap kita sendiri menyebabkan anak menjadi makin tak dengar kata Tersalah cara dan percakapan kita ada wa...
Ikut Kerje Sebab Nak Cari Duit Beli Wallet Ps5 Ozlynn Didik Anak Cari Rezeki Sendiri

Ikut Kerje Sebab Nak Cari Duit Beli Wallet Ps5 Ozlynn Didik Anak Cari Rezeki Sendiri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 183 hits
Keinginan anak anak tidak sewenang wenangnya kita penuhi Biar anak rasa hidup susah dan tahu erti kesukaran untuk mencari wang Bagi isteri kepada Johan Rajalawak Ozlynn Wati inilah yang dilakukan kepada anak anaknya sejak mereka kecil lagi ...
Pkr Akan Diundi Jika Dilihat Selesai Masalah Anak Muda

Pkr Akan Diundi Jika Dilihat Selesai Masalah Anak Muda

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 269 hits
Mengadapi Undi 18 dalam Pilihan Raya Umum ke 15 sesuatu yang amat mencabar Bagi aktivis politik dan ikon anak muda Adam Adli cabaran yang menanti parti politik ialah untuk menarik undi generasi berumur 18 hingga 21 tahun yang dijangka jumla...
Fitri Haris Ikut Misi Ke Syria Cekalkan Hati Tinggal Anak Usia 8 Bulan

Fitri Haris Ikut Misi Ke Syria Cekalkan Hati Tinggal Anak Usia 8 Bulan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 158 hits
Fitri Haris ikut misi ke Syria cekalkan hati tinggal anak usia 8 bulanSource https www mstar com my spotlight hiburan 2022 01 20 fitri haris ikut misi ke syria cekalkan hati tinggal anak usia 8 bulan FitriHaris ikut misi Syria cekalkan hati
Kurang Menyusu Muntah Demam Sawan Antara Gejala Shaken Baby Syndrome Selepas Anak Digoncang Dilambung

Kurang Menyusu Muntah Demam Sawan Antara Gejala Shaken Baby Syndrome Selepas Anak Digoncang Dilambung

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 299 hits
Selain daripada kecederaan kepala yang teruk disebabkan oleh kemalangan jalan raya 95 adalah disebabkan oleh penderaan kanak kanak yang berusia 1 tahun Pendarahan yang berlaku di bahagian lapisan luar otak kanak kanak yang berumur 2 tahun k...
Kongsi Foto Anak Kese0rangan Ketika Bercuti Hashtag Indah Khabar Dari Rupa Mawar Cetus Tanda Tanya

Kongsi Foto Anak Kese0rangan Ketika Bercuti Hashtag Indah Khabar Dari Rupa Mawar Cetus Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 241 hits
Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim mendakwa anak perempuanya Wan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama ayah dan ibu tirinya baru baru ini
Hiburan Ingat Kita Object Ke Ustaz Pesan Wanita Ada Masalah Zuriat Jangan Demand Bab Hantaran

Hiburan Ingat Kita Object Ke Ustaz Pesan Wanita Ada Masalah Zuriat Jangan Demand Bab Hantaran

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 153 hits
Sememangnya kita tahu hantaran merupakan salah satu perkara yang penting apabila hendak berkahwin dimana kedua dua belah akan saling memberi Jumlah hantaran itu terpulang kepada pasangan sendiri untuk menentukannya dan ia juga mengikut kema...
Cara Kita Tegur Anak Mungkin Tak Tegas Anak Jadi Tak Dengar Arahan

Cara Kita Tegur Anak Mungkin Tak Tegas Anak Jadi Tak Dengar Arahan

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 214 hits
Adakah kita tahu cara kita mendidik anak supaya mendengar arahan kita itu adalah salah Selalu ibu ayah akan salahkan anak dahulu Ada yang sampai melabelkan anak degil Sebelum nak marah anak cuba kita selidik dulu cara yang kita lakukan Mung...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga