Tak Respond Pada Arahan Mudah Antara Simptom Anak Umur 2 Tahun Ada Masalah Speech Delay


Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa & pertuturan anak-anak. Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa. Diantara umur 12 – 24 Bulan, beberapa perkara yang perlu di beri perhatian oleh ibu bapa jika kanak-kanak: Masih belum menggunakan gesture seperti menunjuk atau melambai tangan untuk bye-bye pada usia 12 bulan Menggunakan gesture lebih daripada bercakap pada usia 18 bulan Mempunyai masalah untuk meniru bunyi pertuturan pada usia 18 bulan Sukar untuk memahami arahan yang mudah Ketika kanak-kanak mencecah usia 2 tahun, ibu bapa di nasihatkan untuk membawa anak-anak berjumpa dengan pakar yang terlibat untuk penilaian jika anak-anak: Hanya dapat meniru sebutan perkataan dan aksi tetapi masih belum menghasilkan perkataan atau ayat secara spontan Hanya menyebut bunyi atau perkataan secara berulang-ulang dan tidak boleh menggunakan bahasa verbal untuk berkomunikasi untuk menyampai dan memenuhi kehendak Tidak dapat melakukan arahan mudah yang diberikan Mempunyai tone suara yang berbeza (cth: sengau dsbg) Pertuturan yang sukar difahami. Ibu bapa atau penjaga biasanya boleh memahami 50% pertuturan kanak-kanak pada usia 2 tahun, dan lebih kurang 70% pada usia 3 tahun. Ketika mencecah usia 4 tahun, kebanyakan pertuturan kanak-kanak boleh difahami oleh ibu bapa dan orang lain. Sebab kelewatan BAHASA & PERTUTURAN Banyak faktor yang boleh menyebabkan kelewatan bahasa & pertuturan di kalangan kanak-kanak. Kelewatan pertuturan, bagi kanak-kanak yang mempunyai perkembangan bahasa  yang normal mungkin disebabkan oleh masalah pada oral motor itu sendiri seperti sumbing bibir dan lelangit, tongue tie, dsbg. Terdapat juga masalah-masalah pertuturan lain di kalangan kanak-kanak seperti kegagapan, masalah suara seperti serak dsbgnya. Masalah bahasa juga boleh disebabkan oleh banyak sebab. Mungkin ada dikalangan kanak-kanak yang mempunyai perkembangan fizikal yang normal, tetapi perkembangan bahasa tidak setara dengan umur mereka. Ada antaranya kelewatan bahasa ini hanyalah disebabkan oleh kurangnya stimulasi bahasa yang diberikan semasa dari kecil. Namun begitu, kebanyakan masalah bahasa adalah disebabkan masalah-masalah lain yang melibatkan perkembangan mental kanak-kanak itu sendiri. Antara masalah-masalah yang menyumbang kepada kelewatan bahasa adalah seperti : Kecelaruan genetic seperti down syndrome, DiGeorge syndrome Autism Attention deficit hyperactive disorder (ADHD) Kelewatan perkembangan Kecacatan pendengaran Kecederaan otak seperti semasa lahir seperti cerebral palsydan Traumatic brain injury Specific language impairment Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa? Sekiranya anda mengesyaki anak anda mempunyai masalah bahasa & pertuturan, penilaian oleh Terapis Pertuturan-bahasa (SLT)  adalah penting untuk melihat tahap semasa bahasa dan pertuturan anak anda. SLT juga akan menerangkan secara spesifik masalah yang dihadapi oleh anak anda dan bagaimana untuk membantu anak anda memperbaiki dan mengatasi masalah tersebut. Apabila kanak-kanak menghadapi masalah kelewatan bahasa & pertuturan ini, rawatan dan intervensi awal amatlah penting untuk membantu kanak-kanak memenuhi keperluan sosial dan emosi mereka. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa di rumah. 1) Luangkan banyak masa untuk berkomunikasi  Ibu bapa boleh membanyakkan komunikasi dengan kanak-kanak melalui bermain bersama, menyanyi, bersukan dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti ini kanak-kanak mempunyai lebih banyak model untuk ditiru. Galakkan anak-anak untuk meniru aksi dan bunyi-bunyi perkataan. Banyak perbendaharaan kata boleh diajarkan kepada anak-anak melalui aktiviti bersama. 2) Membaca bersama anak anda Anda boleh bermula untuk melihat buku dan gambar bersama seawal usia 6 bulan. Pastikan buku yang digunakan adalah sesuai dengan usia kanak-kanak. Anda boleh bermula dengan buku-buku yang mempunyai tekstur yang boleh disentuh dan dirasa oleh kanak-kanak.
Buku-buku yang mempunyai gambar yang banyak dan berwarna-warni juga akan membantu menarik minat anak-anak. Anda boleh menunjukkan kepada gambar dan menamakan gambar-gambar tersebut. Seterusnya anda boleh membiarkan anak anda pula untuk menunjuk dan menamakan gambar di dalam buku.
3) Gunakan situasi harian Anda juga boleh menggunakan situasi harian untuk merangsang bahasa dan pertuturan anak-anak. Contohnya, menamakan makanan di pasar raya semasa membeli belah, terangkan apa yang anda lakukan seperti ketika memasak, membersihkan rumah, semas mandi dan sebagainya. Anda juga boleh menunjuk dan menamakan objek di sekeliling rumah, semasa memandu kereta dan sebagainya.
Dedahkan juga anak-anak kepada bunyi-bunyi yang berbeza yang ada di persekitaran. Anda boleh bertanya soalan dan menggalakkan anak anda untuk bertanya. Beri respon setiap kali ana anda berkata sesuatu (walaupun mungkin anak anda sukar memahaminya). Gunakan ayat dan perkataan yang ringkas tetapi elakkan dari menggunakan “baby talk”
Apa jua umur anak anda, kenalpasti dan merawat masalah bahasa & pertuturan seawal yang mungkin adalah pendekatan yang terbaik. Dengan terapi, masa dan pendekatan yang sesuai akan membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan anda dan orang-orang lain di sekelilingnya. Sumber: Aishah Kassim Academy https://www.youtube.com/watch?v=sZuOeurE1_I&t=5s (Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
The post Tak ‘Respond’ Pada Arahan Mudah Antara Simptom Anak Umur 2 Tahun Ada Masalah ‘Speech Delay’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-respond-pada-arahan-mudah-antara-simptom-anak-umur-2-tahun-ada-masalah-speech-delay/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susah Faham Ingat Ikut Arahan Antara Tanda Anak Ada Masalah Pembelajaran

Susah Faham Ingat Ikut Arahan Antara Tanda Anak Ada Masalah Pembelajaran

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 155 hits
Masalah pembelajaran merupakan antara gangguan belajar yang boleh dialami oleh kanak kanak Namun terdapat 3 masalah yang paling utama penting untuk dikenal pasti oleh ibu bapa Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut Memah...
Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas Nak Mudah Ajarlah Awal

Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas Nak Mudah Ajarlah Awal

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 212 hits
Ibu bapa yang ada anak bakal masuk Tahun 1 tak lama lagi dah boleh mula ajar beberapa perkara penting terutama aspek pengurusan diri ketika berada di sekolah Ini untuk pastikan anak dah bersedia berdepan cabaran ketika di alam persekolahan ...
Anak Umur 2 Tahun Belum Boleh Cakap Tengok Kemahiran Ni Boleh Kuasai Atau Tak

Anak Umur 2 Tahun Belum Boleh Cakap Tengok Kemahiran Ni Boleh Kuasai Atau Tak

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 207 hits
Kebiasaannya bila anak dah mula usia setahun ke atas ramai ibu bapa tak kisah sangat kalau anak lambat bercakap Alasannya biasalah berat mulut Nanti bila anak dah bersedia lancarlah dia bercakap Bukan itu saja ada juga yang mengaitkan janti...
Umur 0 2 Tahun Pertama Anak Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak Mak Ayah Jangan Sia Siakan

Umur 0 2 Tahun Pertama Anak Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak Mak Ayah Jangan Sia Siakan

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 354 hits
Kita merasakan anak kita pada usianya di bawah dua tahun masih kecil Namun hakikatnya di waktu umur inilah waktu paling sesuai untuk merapakatkan bonding yang kuat kita dengan anak Mereka memahaminya Di ketika anak sedang membesar inilah lu...
Gelar Vaksinasi Massal Binda Gorontalo Sasar 14 000 Anak Usia 6 11 Tahun

Gelar Vaksinasi Massal Binda Gorontalo Sasar 14 000 Anak Usia 6 11 Tahun

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 179 hits
Pada akhir Bulan Januari 2022 Binda Gorontalo Bersama Pemda Boalemo menargetkan 100 persen capaian vaksinasi untuk anak usia 6 11 Tahun di Kabupaten Boalemo
Umur 8 Tahun Dah Telan 18 Biji Ubat Sehari

Umur 8 Tahun Dah Telan 18 Biji Ubat Sehari

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 216 hits
NAJA MENELAN 18 biji ubat sehari bukan lagi sesuatu yang luar biasa buat seorang kanak kanak berusia 8 tahun di Tasek Bakong Rantau Panjang Bagi Putri Noor Zafrina Batrisya Muhamad Azwan berita dia disahkan mengalami simptom masalah buah pi...
Jejaka Umur 28 Tahun Dah Kenal 5 Tahun Rupanya Ini Pekerjaan Suami Baru Syura

Jejaka Umur 28 Tahun Dah Kenal 5 Tahun Rupanya Ini Pekerjaan Suami Baru Syura

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 281 hits
Penyanyi Syura Badron meluahkan rasa syukur selepas selamat bergelar isteri kepada Muhd Farizat Ismail pada Sabtu Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron 36 sah bergelar
Baru 33 Tahun Ibu Ni Miliki 12 Anak Termasuk Kembar Tiga Tarik Perhatian Warganet

Baru 33 Tahun Ibu Ni Miliki 12 Anak Termasuk Kembar Tiga Tarik Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 291 hits
Memiliki anak ramai pastinya menjadi satu kebanggaan Seorang wanita di sebuah bandar di Arkansas Amerika Syarikat Britni Chuch menarik perhatian wargamaya bila mana sudah mempunyai 12 cahaya mata pada usianya kini yang baru sahaja memasuki ...
Hiburan Awas Pemeriksaan Sedang Dijalankan Umur Sudah 90 Tahun Telefon Lelaki Ini Tetap Dipantau Isteri

Hiburan Awas Pemeriksaan Sedang Dijalankan Umur Sudah 90 Tahun Telefon Lelaki Ini Tetap Dipantau Isteri

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 184 hits
Baru baru ini tular di aplikasi video seorang wanita warga emas yang menarik perhatian netizen apabila dilihat masih bersikap queen control terhadap suaminya walaupun sudah berusia Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama Annis...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco