Kurang Menyusu Muntah Demam Sawan Antara Gejala Shaken Baby Syndrome Selepas Anak Digoncang Dilambung


Selain daripada kecederaan kepala yang teruk disebabkan oleh kemalangan jalan raya, 95% adalah disebabkan oleh penderaan kanak-kanak yang berusia 1 tahun. Pendarahan yang berlaku di bahagian lapisan luar otak kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah dipanggil “subdural haemorrhage”. Pendarahan subdural berserta dengan keretakan tulang dada (ribs) dan pendarahan dalam mata dipanggil ‘Shaken Baby Syndrome’.

Sebab-sebab
Goncangan yang kuat berulang kali adalah penyebab kepada keadaan “Shaken Baby Syndrome”, penyebab ini telah diterima pakai buat masa sekarang. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai kawalan leher yang lemah disertai dengan tekanan yang kuat, keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan. Goncangan yang kuat terhadap bahagian lembut tengkorak dan otak boleh menyebabkan tekanan kepada saluran darah dan ianya akan pecah menyebabkan perdarahan subdural. Pada ketika ini, keadaan kanak-kanak yang mengalami “Shaken Baby Syndrome” disebabkan oleh goncangan yang kuat dan berulang, lalu mengalami kecederaan akibat dari goncangan tersebut.
Kesan Kecederaan – apabila kanak-kanak di campak dengan kuat ke dinding, ke lantai atau pada objek lain atau terkena kepada kepala/muka.
Keadaan ini biasanya terjadi apabila ibu bapa atau penjaga tidak tahu berbuat apa-apa terhadap bayi yang menangis berterusan sehingga kehendak/keperluan mereka dipenuhi.
Ini menyebabkan ibu bapa atau penjaga menjadi bosan dan tidak sabar semasa menjaga bayi tersebut. Ibu bapa atau pun penjaga dengan tidak secara sedar akan menggoncang bayi tersebut dengan kuat beberapa ketika atau pun menampar bayi tersebut dalam usaha untuk membuatkan bayi tersebut berhenti menangis. Terdapat beberapa kejadian di mana penjaga menggoncang buaian anak dengan kuat menyebabkan bayi terjatuh keluar daripada buaian.
Epidemiologi
Terdapat 20-30 bayi “Shaken Baby Syndrome” dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Ini mewakili sebahagian kecil sahaja sedangkan sebahagian mungkin kanak-kanak mati di rumah atau sebelum ianya dirujuk di hospital lain. Lain-lain bayi berkemungkinan juga mempunyai “Shaken Baby Syndrome” yang ringan dan dirawat disebabkan oleh keadaan resah gelisah, muntah-muntah yang diklasifikasikan sebagai “infantile colic”.
Tanda-tanda dan gejala
Bayi yang dimasukkan ke hospital biasanya memberi sejarah seperti berikut ;-
kurang menyusu, muntah-muntah, demam yang rendah dan kemudian diikuti dengan sawan. keadaan resah gelisah yang akut, muntah-muntah, sawan, kurang tindak balas, tidak sedarkan diri (koma) dan pernafasan yang tidak sekata. Kebanyakan bayi-bayi ini kelihatan sihat, tiada keretakan di tengkorak dan tiada lebam-lebam di badan. Lain-lain tanda di badan adalah ;
kanak-kanak ini selalunya kelihatan pucat 75-90% bayi mengalami perdarahan di dalam lapisan mata “retinal haemorrhage”
vitreous haemorrhage (bleeding in the vitreous part of the eye) Retakan-retakan di tulang dada (disebabkan oleh tekanan di dada) Retakan tulang tengkorak (kesan daripada kecederaan)
Kesan/Akibat
Akibat daripada keadaan ini adalah bergantung kepada keterukan goncangan yang dilakukan kepada kanak-kanak tersebut. Oleh kerana otak bayi ini sangat sensitif dan mudah lebam, dengan itu kecederaan daripada goncangan yang kuat dan kekurangan bekalan darah kepada otak semasa kanak-kanak mengalami sawan yang berpanjangan, berkemungkinan besar boleh menyebabkan kematian, kesukaran untuk belajar atau fungsi motor berkurangan. Akibatnya akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri (unconscious).
Pencegahan
“Shaken Baby Syndrome” boleh dicegah daripada berlaku. Sekiranya ibu bapa atau penjaga merasa tertekan atau kecewa dengan bayi mereka. INGAT! JANGAN sekali-kali anak anda tersebut digoncang. Sekiranya anak anda menangis dengan tidak berhenti-henti, dan anda dalam keadaan kebingungan, dapatkan bantuan dengan;
Tempatkan bayi anda di tempat yang selamat seperti di atas katil bayi yang mempunyai pengadang di kedua-dua belah, atau di bilik permainan, dan pastikan bayi dalam keadaan selesa. Tinggalkan bayi sebentar dan tenangkan fikiran anda.
Dapatkan bantuan daripada kawan ataupun saudara-mara untuk menjaga bayi tersebut buat sementara waktu, ataupun membantu anda dalam kerja-kerja di rumah atau menjaga anak-anak anda yang lain.
Ibu bapa atau penjaga seharusnya tidak merasa bersalah kerana tidak dapat memujuk bayi mereka supaya berhenti daripada menangis setelah beberapa kali mencuba. Kajian telah menunjukkan bahawa keadaan bayi menangis yang berterusan ini adalah perkara biasa terutama yang berumur 6-8 minggu. Ini dikenali sebagai ” PURPLE cry “
P : Peaks around two months.
U : Unpredictable, often happening for no apparent reason.
R : Resistant to soothing.
P : Pain-like expression on the baby’s face, even without any source of pain.
L : Long bouts, lasting 30 to 40 minutes or more.
E : Evening crying is common – what many parents know as the “witching hour” is now a scientifically proven fact
Bayi tidak akan mati disebabkan oleh menangis yang berpanjangan tetapi berkemungkinan mati disebabkan oleh goncangan.
Bayi anda janganlah dilambung ke atas atau diayun semasa anda bermain dengan mereka.

Rawatan
Bagi bayi yang mengalami “Shaken Baby Syndrome” mereka ini memerlukan rawatan perubatan yang berterusan untuk memastikan kemajuan perkembangan dan tumbesaran bayi tersebut. Begitu juga dengan rawatan penyakit sawan atau sawan babi (epilepsy), fisioterapi dan ‘occupational therapy’ untuk cerebral palsy. Hanya peratusan yang kecil di kalangan bayi dapat disembuhkan kerana otak mereka hanya mengalami sedikit pembengkakan dan kecederaan semasa kejadian.
Kumpulan Sokongan
Bayi boleh dibawa ke klinik atau hospital. Anda boleh membuat permohonan untuk memasukkan anak anda ke hospital sekiranya anda tidak dapat menjaga anak anda di rumah.
Kredit: MyHealth Portal
Laman web
US National Center on Shaken baby syndrome http://www.dontshake.com/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Kurang Menyusu, Muntah, Demam & Sawan Antara Gejala “Shaken Baby Syndrome” Selepas Anak Digoncang/Dilambung appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kurang-menyusu-muntah-demam-sawan-antara-gejala-shaken-baby-syndrome-selepas-anak-digoncang-dilambung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas 5 Minit Masuk Ubat Badan Kejang Bapa Kongsi Pengalaman Anak Demam Sawan

Lepas 5 Minit Masuk Ubat Badan Kejang Bapa Kongsi Pengalaman Anak Demam Sawan

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 228 hits
Demam biasanya satu tanda sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan Untuk anak kecil dan bayi suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keada...
Selepas Berderet Anak Lelaki Akhirnya Dapat Juga Baby Girl Aidil Zafuan Luah Rasa Syukur

Selepas Berderet Anak Lelaki Akhirnya Dapat Juga Baby Girl Aidil Zafuan Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 257 hits
Pemain bola sepak terkenal Aidil Zafuan memanjatkan rasa syukur di atas kelahiran bayi perempuannya hari ini Berita gembira tersebut dikongsi olehnya di laman Instagram pada satu jam yang lalu Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahir...
Empat Bulan Merana Alahan Insyaallah Baby Boy Bakal Bersalin Bulan Depan Ezzaty Sarat Hamil Anak Kedua

Empat Bulan Merana Alahan Insyaallah Baby Boy Bakal Bersalin Bulan Depan Ezzaty Sarat Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 270 hits
Pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak kedua mereka di laman Instagram semalam Menurut Ezzaty bulan hadapan mereka bakal menambah ahli keluarga baru memandangkan dia bakal bersalin ...
Meninggal Ketika Bantu Mangsa Banjir Suami Tak Sempat Tengok Anak Selepas 10 Tahun Menanti Zuriat

Meninggal Ketika Bantu Mangsa Banjir Suami Tak Sempat Tengok Anak Selepas 10 Tahun Menanti Zuriat

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 281 hits
Menerusi satu perkongsian yang tular oleh seorang wanita dikenali sebagai Laila telah memuat naik sebuah video di laman TikTok menceritakan dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung Namun wanita ini...
Salah Sikit Baby Mesti Terjaga Balik Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Untuk Daddy Tidurkan Anak

Salah Sikit Baby Mesti Terjaga Balik Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Untuk Daddy Tidurkan Anak

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 174 hits
Selain masalah anak sakit menidurkan anak juga begitu menguji kesabaran mak ayah Ada waktunya anak begitu mudah untuk tidur namun sebalik ada waktu yang begitu memenatnya sehingga dua jam pun anak mata masih celik Sukar Dato Dr Sheikh Musza...
Roti Ada Kulat Buang Terus Kalau Makan Anak Boleh Demam Panas

Roti Ada Kulat Buang Terus Kalau Makan Anak Boleh Demam Panas

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 230 hits
Roti yang dibeli kemudian tidak dihabiskan sebelum tarikh luput adalah perkara biasa Biasanya sehari dua selepas tarikh luput permukaan roti masih elok dan boleh dimakan Tetapi ada juga keadaan di mana permukaannya sudah mula ditumbuhi kula...
Isu Penjagaan Anak Suhakam Jangan Dilema Antara Mahu Jaga Hak Kanak Kanak Atau Lgbt

Isu Penjagaan Anak Suhakam Jangan Dilema Antara Mahu Jaga Hak Kanak Kanak Atau Lgbt

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 198 hits
Aminuddin Yahaya PEMBELA minta penjelasan kerajaan status anak angkat Sajat 1 PEMBELA merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia yang menyatakan kebimbangan mengenai status pengangkatan kanak kanak yan...
5 Potret Menggemaskan Baby Claire Anak Shandy Aulia Bermain Salju Di Aspen Colorado

5 Potret Menggemaskan Baby Claire Anak Shandy Aulia Bermain Salju Di Aspen Colorado

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 155 hits
Shandy Aulia bersama suami dan sang buah hati Baby Claire tengah menikmati liburan di Aspen Colorado Sederet potret Baby Claire saat bermain salju yang diunggah oleh Shandy benar benar menggemaskan Berikut beberapa fotonya
Hiburan Kebaikan Semakin Diperkatakan Rupanya Abang Viva Jaga Anak Buah Selepas Kakak Meninggal

Hiburan Kebaikan Semakin Diperkatakan Rupanya Abang Viva Jaga Anak Buah Selepas Kakak Meninggal

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 222 hits
Sanggup datang dari Melaka ke Lembah Klang untuk membantu mangsa banjir Azwan Omar memang selayaknya digelar sebagai wira Dia mula mendapat perhatian ramai apabila sanggup mengambil cuti kecemasan dan hanya berbekalkan wang poket bernilai R...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord