Susah Cari Pekerjaan Mafi Bantu Graduan


Hajar Umira Md Zaki PROGRAM Biokerjaya @ My Future Agro menyediakan peluang pekerjaan kepada semua peserta supaya mereka mempunyai pekerjaan dalam tempoh yang mencabar ini. FOTO Ihsan Mafi Kuala Lumpur: Sukar mendapatkan pekerjaan bagi golongan siswazah selain 'syarat' ketat ditetapkan majikan yang memilih hanya pekerja berpengalaman. Itu antara masalah utama dihadapi kebanyakan graduan dalam mencari peluang pekerjaan sepanjang tempoh pandemik ini.
Menyedari masalah dihadapi golongan muda ini Biokerjaya @ My Future Agro diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) bermula Oktober 2020 di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak menjelaskan, antara matlamat utama program Biokerjaya @ My Future Agro adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada semua peserta supaya mereka mempunyai pekerjaan dalam tempoh yang mencabar ini.
"Di samping itu, kami juga mahu memberikan motivasi kepada golongan belia untuk sentiasa meningkatkan kemahiran diri dengan pengetahuan dan kemajuan teknologi terkini supaya mereka mampu kekal relevan dan memenuhi permintaan pasaran kerja.
"Melalui Biokerjaya @ My Future Agro, ia mampu menjadi landasan buat bakal pekerja menambah baik kemahiran dan penempatan kerja.
"Biokerjaya @ My Future Agro dan program latihan lain di bawah program BioAcademy membolehkan mereka melaksanakannya kerana latihan berkaitan memberi tumpuan kepada penerimaan dan aplikasi teknologi di tempat kerja," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, selain penempatan pekerjaan dan penambahbaikan kemahiran peserta, program ini menggalakkan peserta untuk bersikap terbuka dalam memperoleh pengetahuan dan pengalaman baharu dalam bidang yang mungkin tidak menjadi kebiasaan sebelum ini seperti bioteknologi, teknologi berasaskan bio atau teknologi pertanian.
"Pemikiran ini sememangnya penting supaya peserta dan negara mampu melangkah ke hadapan dan berkembang maju dalam dunia yang pantas berubah kini.
"Menerusi program ini, peserta juga akan menyedari bahawa bidang ini tidak sukar untuk diterokai. Kami mahu menunjukkan tanpa mengira kelayakan atau latar belakang seseorang, sentiasa ada ruang untuk meningkatkan kemahiran dan pekerjaan dalam bidang ini menerusi program kendalian BioAcademy," katanya.
Antara peserta program, Maithly Selgan yang berkhidmat sebagai Juruteknik Akuakultur di GK Aqua Sdn Bhd, membuktikan bahawa program berkenaan ternyata membuka peluang pekerjaan sekali gus mempertingkatkan kemahiran dalam bidang tugasnya.
Beliau mengakui latihan yang dijalani menerusi program berkenaan membantu dirinya untuk menambah baik kemahiran insaniah memandangkan latar belakangnya terarah ke bidang teknikal.
"Latihan berkaitan memberikan keyakinan untuk mengetengahkan diri saya dan menzahirkan pandangan di hadapan khalayak. Sepanjang program ini, saya mempelajari pelbagai perkara dari segi penambahbaikan diri dan kerja berpasukan.
"Malah saya sangat berterima kasih kepada Biokerjaya @ My Future Agro kerana saya sudah diambil bekerja sebagai kakitangan tetap selepas enam bulan menjalani program latihan ini," katanya.
Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Reszon Nurul Hassanah Mohd Hassan mengakui sebagai graduan baharu yang mencari pekerjaan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini, sukar mencari pekerjaan dengan tiada pengalaman kerja justeru tiada salahnya mencuba platform berbeza untuk meneroka prospek kerjaya.
Menurutnya, Biokerjaya didapati sangat bermanfaat dalam menghubungkan calon dengan majikan berpotensi. Program berkenaan membolehkan beliau berhubung dengan syarikat yang bersesuaian dengan latar belakang pendidikannya dan pada masa sama, berpadanan dengan keperluan syarikat.
Menerusi program Biokerjaya @ My Future Agro sehingga Oktober 2021 lalu, seramai 941 individu berjaya memperoleh pekerjaan di 78 syarikat, dan sejumlah 1,961 kekosongan ditawarkan menerusi portal Biokerjaya.
Maklumat lanjut mengenai program Biokerjaya @ My Future Agro boleh dilayari menerusi laman sesawang https://biokerjaya.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/susah-cari-pekerjaan-mafi-bantu-graduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Boleh Bantu Cari Abang Viva Tanya Usahawan

Siapa Boleh Bantu Cari Abang Viva Tanya Usahawan

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 425 hits
Siapa boleh bantu cari Abang Viva tanya usahawan nak sumbang kereta baharu Seorang usahawan barangan penjagaan kesihatan meminta bantuan warganet untuk berhubung dengan individu yang tular baru baru ini atas usaha ikhlasnya datang membawa b...
Selepas Orang India Cuci Masjid Hari Ini Orang Melayu Pula Bantu Bersihkan Kuil

Selepas Orang India Cuci Masjid Hari Ini Orang Melayu Pula Bantu Bersihkan Kuil

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 239 hits
Sebelum ini telah tular satu video yang memaparkan sekumpulan sukarelawan pemuda berbangsa India membantu membersihkan masjid yang terjejas akibat banjir di daerah Klang Selangor sehingga meraih pujian ramai Terbaharu sebuah lagi video tela...
Hiburan Ramai Teruja Lihat Michelle Yeoh Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

Hiburan Ramai Teruja Lihat Michelle Yeoh Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 264 hits
Ramai tidak menyangka bintang Hollywood kelahiran Malaysia turut turun padang membantu mangsa banjir dengan menyertai kerja kerja pembersihan di Taman Sri Muda Shah Alam semalam 1 bulan laluMichelle Yeoh Sebagai Penerbit Bersama Siri Televi...
Hiburan Ia Benar Benar Buka Mata Saya Sufie Rashid Sudah Tujuh Hari Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Hiburan Ia Benar Benar Buka Mata Saya Sufie Rashid Sudah Tujuh Hari Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 273 hits
Penyanyi bersama pasukan bantuan yang dikelolanya sudah masuk hari ketujuh turun padang untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi di Selangor 1 year laluTak Pernah Khatam Al Quran Penyanyi Sufie Rashid Tak Segan Baru...
Yb Rina Harun Bantu Cuci Kesan Najis Unggas Dan Cicak

Yb Rina Harun Bantu Cuci Kesan Najis Unggas Dan Cicak

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 301 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Sejak semalam netizen mempertikaikan tindakan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun yang dilihat sedang membersihkan kawasan yang tid...
75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir

75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 291 hits
Oleh SAFINA RAMLI CHOW KON YEOWGEORGETOWN Kesemua 35 Pasukan Bomba Sukarela di Pulau Pinang berada dalam keadaan siap siaga yang mana 75 peratus daripada anggotanya kini berada di Selangor dan Pahang bagi meringankan beban yang ditanggung m...
Pulau Pinang Jadikan Pengalaman Tsunami 2004 Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pahang

Pulau Pinang Jadikan Pengalaman Tsunami 2004 Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pahang

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 227 hits
Oleh MOHD ALI HASHIM December 26 2021Berbekalkan pengalaman Pulau Pinang berhadapan dengan banjir besar pada November 2017 serta penglibatan dalam misi bantuan bencana banjir di Pantai Timur pada 2014 kerajaan negeri terus bertindak pantas ...
Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph

Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 206 hits
Pakatan Harapan Johor menyelar kenyataan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang memberi bayangan akan mengadakan Pilihan Raya Negeri berikutan majoriti tipis kerajaan BN PN di Johor selepas pemergian ADUN Kempas baru baru ini Menurut pimpi...
Jawi Bantu Keluarkan Dokumen Nikah Musnah Banjir

Jawi Bantu Keluarkan Dokumen Nikah Musnah Banjir

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 165 hits
Oleh JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan telah diminta untuk membantu mendapatkan semula dokumen nikah di Wilayah Persekutuan yang musnah akibat banjir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad berkata dokumen nikah itu akan diberi...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025