75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir


Oleh SAFINA RAMLI CHOW KON YEOWGEORGETOWN: Kesemua 35 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Pulau Pinang berada dalam keadaan siap siaga yang mana 75 peratus daripada anggotanya kini berada di Selangor dan Pahang bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang turut menghantar anggota perubatan Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) dan pasukan sukarelawan, Save City Volunteers bagi memenuhi keperluan dalam misi kemanusiaan khas kerajaan negeri.
Jelas beliau, berbekalkan pengalaman Pulau Pinang yang pernah berdepan banjir besar pada November 2017 dan penglibatan dalam misi bantuan bencana banjir di Pantai Timur pada 2014, pelbagai agensi kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini telah bertindak pantas.
“Mereka bukan hanya tiba di lokasi kejadian sejak peringkat permulaan, malah bantuan makanan, perubatan serta kelengkapan menyelamat juga dihantar tanpa henti secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Kon Yeow, sebagai tambahan, badan-badan korporat, orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak berkaitan turut bersama-sama kerajaan negeri dalam membantu apa yang diperlukan.
“Pulau Pinang akan terus berhubung dan membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang.
“Malah walaupun 17 tahun telah berlalu, Pulau Pinang tidak pernah lupa tarikh keramat 26 Disember 2004 yang mana bencana tsunami Laut Andaman telah memusnahkan sebahagian kehidupan penduduk negeri ini,” katanya.
Tambahnya, atas semangat kekitaan, Pulau Pinang berjaya bangkit semula dan suntikan itu menjadi tulang belakang untuk terus bersama-sama dengan mereka yang menghadapi kesusahan.
Dalam pada itu Kon Yeow berkata, sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri melalui Agenda Hijau merangkumi pendekatan Daya Tahan Terhadap Kecemasan Iklim atau ‘Resilience to Climate Emergency’ telah menubuhkan Unit Bencana.
“Penyelidikan dan pengumpulan data berhubung perkara berkaitan akan dijalankan oleh agensi negeri, Penang Green Council (PGC).
“Selaras itu juga, pelan latihan secara besar-besaran melibatkan 299 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berhubung teknik resusitasi kardiopulmonari (CPR), penggunaan automated external defibrillator (AED), asas pertolongan cemas dan lain-lain akan dijalankan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/75-peratus-pbs-pulau-pinang-berada-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Jadikan Pengalaman Tsunami 2004 Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pahang

Pulau Pinang Jadikan Pengalaman Tsunami 2004 Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pahang

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 217 hits
Oleh MOHD ALI HASHIM December 26 2021Berbekalkan pengalaman Pulau Pinang berhadapan dengan banjir besar pada November 2017 serta penglibatan dalam misi bantuan bencana banjir di Pantai Timur pada 2014 kerajaan negeri terus bertindak pantas ...
Ngo Reformis Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

Ngo Reformis Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 325 hits
Beberapa NGO reformasi tidak ketinggalan menyumbang bantuan kepada mangsa banjir di Selangor Pada 24 dan 25 Disember lalu NGO Rapat Rakyat bersama Gabungan Reformis Malaysia menghulurkan bantuan berupa makanan bermasak kepada mangsa mangsa ...
Seramai 13 389 Mangsa Banjir Daripada 4 275 Keluarga Masih Berada Di 101 Pps Di Pahang

Seramai 13 389 Mangsa Banjir Daripada 4 275 Keluarga Masih Berada Di 101 Pps Di Pahang

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 212 hits
KUANTAN Seramai 13 389 mangsa banjir daripada 4 275 keluarga masih berada di 101 pusat pemindahan sementara di enam daerah di negeri ini sehingga jam 4 petang pada Isnin Situasi itu menunjukkan situasi banjir di negeri ini semakin pulih apa...
Syarikat Balak Perlu Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Anwar

Syarikat Balak Perlu Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Anwar

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 259 hits
Tanggungjawab membantu mangsa banjir di Pahang tidak perlu dilepaskan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja sebaliknya syarikat syarikat balak yang sedikit sebanyak menjejaskan alam sekitar perlu turut sama menghulur bantuan Ketua P...
Abang Viva Viral Kini Di Pahang Titip Pesan Supaya Orang Berkemampuan Bantu Mangsa Banjir

Abang Viva Viral Kini Di Pahang Titip Pesan Supaya Orang Berkemampuan Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 347 hits
Oleh Azwan melayan kerenah orang ramai yang teruja bertemu dengannya selepas sampai di Pahang petang tadi ABANG Viva viral Azwan Omar 29 yang sudah sampai ke Pahang dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu sempat menitipkan pes...
Muak Menunggu Tentera Turun Bantu Mangsa Banjir

Muak Menunggu Tentera Turun Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 314 hits
PETALING JAYA Ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu tentera bertindak pada Jumaat membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara Sumber mendedahkan agensi itu yan...
Rakyat Indonesia Bantu Bukan Agensi Kerajaan Mangsa Banjir Sekolahkan Noh Omar

Rakyat Indonesia Bantu Bukan Agensi Kerajaan Mangsa Banjir Sekolahkan Noh Omar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 295 hits
FAZLI RADZISeorang mangsa banjir di Hulu Langat Selangor meluahkan rasa kecewanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkenaan ketiadaan bantuan segera daripada agensi kerajaan pada hari pertama penduduk terpe...
Mb Pahang Tak Benar Saya Cuma Lambai Mangsa Banjir

Mb Pahang Tak Benar Saya Cuma Lambai Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 198 hits
MB Pahang Tak benar saya cuma lambai mangsa banjir Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata dakwaan bahawa dia sekadar melambai mangsa banjir adalah tidak benar Dia berkata demikian sebagai menjawab laporan seorang penduduk Taman C...
Bawa 3 Bot Rentas Negeri Demi Bantu Mangsa Banjir

Bawa 3 Bot Rentas Negeri Demi Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 249 hits
Oleh Mohd Shahril membawa tiga botnya untuk menyertai misi bantuan banjir di Lembah Klang Foto ihsan Mohd Shahril Mustafa TELUK INTAN Mungkin hari ini hari mereka mana tahu esok lusa hari kita pula kata pengusaha River Cruise Teluk Intan Mo...
Tested American Metal S The Disciple Sonic Infused Whiskey

The Disciple A Mixed Metal Harley Bobber With El Knucklehead Power

The Incredible Tale Of The Talking Tortoise A Fifth Century Ethiopian Exploration Of Wisdom And Humility

Aquarius Career Horoscope December 2021

Xhensa And The Whispering Stones A Tale Of Courage Curiosity And Talking Rocks

Leo Promise Report 2021

Mighty White Blackpepper Chicken Bun

10 Health Benefits Of Cashew Nuts


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih


Mereka Yang Tertewas Filem Genre Keagamaan Kini Di Pawagam

Mengenal Pesona Kerajinan Tangan Bali Keunikan Dan Daya Tarik Wisata Yang Memikat

Fakultas Matematika Dan Ilmu Pengetahuan Alam Jantung Ilmu Pengetahuan Dan Teknologi

Barakallah Fii Umrik Along

Surrender Polisi Medical Card Aia Yang Semakin Mahal

Abbott Melancarkan Kempen Glucerna Startswithyou Dan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna