Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph


 



Pakatan Harapan Johor (PH) menyelar kenyataan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang memberi bayangan akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan majoriti tipis kerajaan BN - PN di Johor selepas pemergian ADUN Kempas, baru baru ini.

Menurut pimpinan utama PH Johor, Kerajaan Negeri sepatutnya mengutamakan nasib hidup rakyat yang perlu dibantu kerana kesempitan hidup akibat Covid 19 juga mangsa banjir besar minggu lalu berbanding mengadakan PRN.
"PH Johor berpandangan, langkah melaksanakan sebarang PRN pada masa ini sebagai tidak sensitif terhadap realiti yang sedang rakyat lalui.
"Krisis kesihatan akibat Covid-19 yang memberi dampak kelembapan ekonomi masih belum selesai. Bahkan kemunculan varian Omicron menambah lagi kebimbangan rakyat.
"Ramai rakyat biasa yang terkesan. Dari sudut ekonomi domestik, ramai hilang pekerjaan seterusnya mengubah kehidupan rakyat ibarat kais pagi makan pagi. Tambah mendukacitakan, kegagalan kerajaan menstabilkan harga barangan mutakhir ini juga telah 'menambah cuka pada luka'
"Pada masa yang sama, negara turut sedang bergelut dengan bencana banjir yang telah mengorbankan puluhan nyawa rakyat biasa serta melibatkan kemusnahan harta benda mencecah jutaan ringgit. Ini suatu sejarah hitam," kata mereka.
Oleh itu, PH Johor berpandangan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar berkaitan kemungkinan perlaksanaan PRN sebagai tidak empati dengan nasib yang sedang dideritai rakyat.
"PH Johor berpendirian, segala usaha, tenaga, komitmen dan dana haruslah disalurkan untuk membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan, meskipun kedudukan Dewan Negeri berada pada angka 28-27 selepas pemergian ADUN Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.
"Hal ini kerana, PH Johor telah sebulat suara menyatakan komitmen sepenuhnya untuk memberikan fokus membela nasib rakyat berbanding sepak terajang politik seputar soal perebutan kuasa semata mata," kata mereka lagi.
Tambah PH Johor, kerajaan BN - PN akan menambah mual rakyat terhadap perangai politikus pada saat mereka sedang bergelut bertarung nyawa dan berusaha mencari sesuap nasi manakala politikus 'menangguk di air keruh' untuk mempertahankan kuasa.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi PH Negeri Johor merangkap Pengerusi Amanah Aminolhuda Hassan, Pengerusi KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Liew Chin Tong





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/prn-johor-bantu-mangsa-banjir-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Indonesia Bantu Bukan Agensi Kerajaan Mangsa Banjir Sekolahkan Noh Omar

Rakyat Indonesia Bantu Bukan Agensi Kerajaan Mangsa Banjir Sekolahkan Noh Omar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 338 hits
FAZLI RADZISeorang mangsa banjir di Hulu Langat Selangor meluahkan rasa kecewanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkenaan ketiadaan bantuan segera daripada agensi kerajaan pada hari pertama penduduk terpe...
Rakyat Sebar Bantuanbanjir Selepas Geram Kerajaan Lembap Bantu Mangsa Banjir

Rakyat Sebar Bantuanbanjir Selepas Geram Kerajaan Lembap Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 271 hits
Oleh FAZLI RADZI December 24 2021Tidak hanya mengecam menteri dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang lembap membantu mangsa banjir rakyat dalam masa sama sepakat menyebarkan pertolongan melalui tanda pagar BantuanBanjirTanda pagar BantuanB...
Balas Jasa Rakyat Malaysia Bapa Ainul Mardhiah Tekad Bantu Mangsa Banjir

Balas Jasa Rakyat Malaysia Bapa Ainul Mardhiah Tekad Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 333 hits
Masih ingat kisah adik Ainul Mardhiah bayi yang menghidap tumor di bahagian mulut dan menjalani rawatan pembedahan di London pada tahun 2019 Kini alhamdulillah Ainul dah semakin sihat dan membesar seperti kanak kanak lain Disebabkan kepriha...
Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 388 hits
Saifulannuar mengetuai DRR menyediakan makanan tengah hari kepada mangsa banjirNGO pro reformasi RAPAT Rakyat terus menggerakan program Dapur Rapat Rakyat sejak minggu lalu bagi membantu mangsa mangsa banjir di Subang dan Paya Jaras Selango...
Abang Viva Bukitkan Bantu Mangsa Banjir Dengan Bot Dan Rm50

Abang Viva Bukitkan Bantu Mangsa Banjir Dengan Bot Dan Rm50

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 603 hits
Banjir yang melanda secara mengejut di Selangor pada 18 Disember cukup membuat rakyat Malaysia terkejut Mana taknya secara tiba tiba banjir besar yang mengorbankan kediaman dan nyawa penduduk Umi cukup bersimpati dengan mereka yang dilanda ...
Hiburan Ramai Teruja Lihat Michelle Yeoh Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

Hiburan Ramai Teruja Lihat Michelle Yeoh Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 306 hits
Ramai tidak menyangka bintang Hollywood kelahiran Malaysia turut turun padang membantu mangsa banjir dengan menyertai kerja kerja pembersihan di Taman Sri Muda Shah Alam semalam 1 bulan laluMichelle Yeoh Sebagai Penerbit Bersama Siri Televi...
Hiburan Ia Benar Benar Buka Mata Saya Sufie Rashid Sudah Tujuh Hari Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Hiburan Ia Benar Benar Buka Mata Saya Sufie Rashid Sudah Tujuh Hari Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 294 hits
Penyanyi bersama pasukan bantuan yang dikelolanya sudah masuk hari ketujuh turun padang untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi di Selangor 1 year laluTak Pernah Khatam Al Quran Penyanyi Sufie Rashid Tak Segan Baru...
Pulau Pinang Jadikan Pengalaman Tsunami 2004 Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pahang

Pulau Pinang Jadikan Pengalaman Tsunami 2004 Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pahang

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 257 hits
Oleh MOHD ALI HASHIM December 26 2021Berbekalkan pengalaman Pulau Pinang berhadapan dengan banjir besar pada November 2017 serta penglibatan dalam misi bantuan bencana banjir di Pantai Timur pada 2014 kerajaan negeri terus bertindak pantas ...
Khalid Samad Antara Yang Banyak Terima Sumbangan Untuk Bantu Mangsa Banjir

Khalid Samad Antara Yang Banyak Terima Sumbangan Untuk Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 321 hits
MALAYSIA DATELINERakyat Malaysia dan juga penghuni muka bumi ini yang lain memang pemurah tetapi mereka hanya akan memberikan sumbangan kepada orang yang mereka percaya sahaja Itulah yang berlaku ketika banjir melanda negara ini Ketika Appl...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point