Suri Rumah Mampu Jana 4 Angka Sebulan Di Ebay


Siapa sangka, keropok 'Super Ring' merupakan antara barang yang mendapat permintaan tinggi daripada rakyat di luar negara! Bunyinya seperti lucu, tapi itulah hakikatnya. Perkara itu didedahkan oleh seorang peniaga dalam talian (online) yang berjualan barangan menerusi platform eBay.


Wanita bernama Rabiatul Adilah Ibrahim ini berkata makanan ringan tersebut juga mendapat permintaan tinggi daripada pembeli di luar negara.

"Sejak menjalankan perniagaan menerusi platform eBay hampir setahun lalu, saya dapat permintaan daripada rakyat luar negara khususnya Amerika Syarikat untuk membeli barang yang langsung tak terfikir dek akal.

"Contohnya, saya dapat permintaan tinggi untuk jajan Super Ring. Pelik juga sebenarnya.

"Permintaan itu memang banyak datang dari Amerika Syarikat sebab saya jual di eBay.

"Bayangkan, jajan yang berharga RM1.60 di sini mampu dijual sehingga mencecah AS$12 dolar di sana," ujarnya yang lebih dikenali sebagai Adilah.

Berkongsi lebih lanjut mengenai pengalamannya sebagai peniaga dalam talian, surirumah yang juga ibu kepada tiga anak ini berkata dia pernah menerima permintaan daripada warga negara Uncle Sam itu yang mahu membeli daun pandan.

"Pada mulanya ingat ada orang Malaysia yang tinggal di sana nak beli daun pandan sebab nak buat nasi lemak.

"Tapi bila lihat namanya, rupa-rupanya mat salih pula. Tapi tak hairanlah sebab daun pandan baunya wangi.

"Saya fikir mereka mungkin membelinya untuk dibuat pot pouri atau di sini kita panggil bunga rampai. Mungkin juga digunakan dalam masakan.

"Cuma kini saya sudah tidak menjual daun pandan sebab ia rupa-rupanya termasuk dalam kategori life plant yang dilarang untuk dijual. Selepas tahu, memang tak jual dah," kata wanita berusia 40 tahun ini lagi.

Bukan sahaja daun pandan dan Super Ring, dedah Adilah, dia juga pernah mendapat permintaan yang tinggi untuk ubat nyamuk!

"Pernah satu ketika, saya dapat permintaan untuk ubat nyamuk yang berbentuk kepingan itu sehingga 24 bungkusan dalam masa dua hingga tiga hari.

"Dan permintaan itu datang dari Finland. Dalam kepala terlintas 'banyak sangat ke nyamuk dekat sana'. Itulah antara barang unik yang pernah saya jual," ujarnya sambil berkata, permintaan terhadap petai dan tempe juga tidak kurang hebatnya.

Adilah sudah setahun berkecimpung sebagai peniaga dalam talian menerusi platform eBay.

Menceritakan secara ringkas bagaimana dia mula berkecimpung dalam perniagaan di platform tersebut, ujar Adilah, segala-galanya bermula selepas dia melihat rakan-rakannya mampu menjana pendapatan yang tidak kurang lumayannya.

"Bila lihat kawan-kawan yang mampu jana pendapatan sehingga empat angka, saya teringin nak cuba. Sebelum ini saya hanya suri rumah dan ada juga menjalankan perniagaan menerusi Facebook.

"Selepas itu, saya belajar menerusi e-book. Alhamdulillah bila dah hampir setahun terlibat, memang kalau setakat empat angka tu, kita boleh dapat.

"Kini saya juga ada jual e-book untuk sesiapa yang nak belajar meniaga di eBay dan ada juga buat bengkel. Kalau boleh, saya mahu kongsikan dengan orang ramai agar sama-sama dapat menjana pendapatan.

"Tapi apa-apapun, ia perlulah diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan konsisten," ujarnya mengakhiri bicara.

TIPS SURI RUMAH: Rahsia Jual Barang Murah Dari Supermarket Anda Ke Pasaran Antarabangsa dan Untung Besar Hanya Dari Rumah!
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Rahsia Cara Terbaik Buat Duit Secara Online Dari Rumah!12 Aplikasi Buat Duit Yang Benar-benar Membayar Anda Wang
sumber: mstar



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/08/suri-rumah-jana-4-angka-di-ebay.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Suami Pun Lagi Suka Saya Duduk Rumah Falisha Crossley Akui Selesa Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Hiburan Suami Pun Lagi Suka Saya Duduk Rumah Falisha Crossley Akui Selesa Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1003 hits
Mengakui semakin mula selesa menjalani kehidupan baru sebagai suri rumah sepenuh masa selepas mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu pelakon Falisha Crossley dedah dirinya langsung tidak kekok jalani perubahan itu Meskipun sudah lama tidak...
Belum Ada Sebulan Menikah Rizki D Academy Dan Nadya Dikabarkan Sudah Pisah Rumah

Belum Ada Sebulan Menikah Rizki D Academy Dan Nadya Dikabarkan Sudah Pisah Rumah

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 295 hits
Belum ada sebulan Rizki D Academy dan Nadya Mustika Rahayu dikabarkan sudah berpisah rumah Sebagai pengantin baru meskinya Rizki dan Nadya tengah berbahagia Namun sayangnya setelah menikah pada 17 Juli 2020 lalu rumah tangga mereka harus re...
Cara Terkini Jana 4 Hingga 5 Angka Dengan Video Rahsia Income Affiliate Power

Cara Terkini Jana 4 Hingga 5 Angka Dengan Video Rahsia Income Affiliate Power

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 504 hits
Rahsia Bagaimana Sifu Sifu Di Malaysia Jana 4 Hingga 5 Angka Dengan Affiliate Kini Didedahkan Anda Tidak Tahu Jana Komisen Affiliate Yang Lumayan Seperti Mereka Saya pasti anda tertanya tanya bagaimana nak jana komisen yang masyuk dengan af...
Cara Mohon I Suri Untuk Suri Rumah Bantuan Kerajaan Rm480 Setiap Tahun

Cara Mohon I Suri Untuk Suri Rumah Bantuan Kerajaan Rm480 Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 354 hits
i Suri adalah perlindungan kewangan bagi suri rumah Golongan suri rumah ini sudah boleh memilih untuk mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan insentif khas di bawah i Suri Cara Mohon i Suri Untuk Suri Rumah Bantuan Kerajaan RM480 ...
Suri Rumah Sepenuh Masa Atau Suri Rumah Bisnes

Suri Rumah Sepenuh Masa Atau Suri Rumah Bisnes

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 304 hits
Suri rumah sepenuh masa atau Suri rumah bisnes Assalamualaikum dan salam sayang Ciktom ada terbaca wall kawan facebook ciktom
Rumah Musa Aman Diceroboh

Rumah Musa Aman Diceroboh

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 519 hits
PENGGUNAAN DRON DI RUMAH TAN SRI MUSA AMAN PENGAMBILAN GAMBAR PERSEKITARAN RUMAH DAN KENDERAAN KENDERAAN YANG BERADA DI PREMIS TERSEBUT BESERTA DENGAN BUTIRAN BUTIRAN PEMILIK Kemarin telah tular sebuah posting berhubung dengan penggunaan Dr...
Mohon Sumbangan Derma Ikhlas Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera

Mohon Sumbangan Derma Ikhlas Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 786 hits
Mohon sumbangan derma ikhlas untuk RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA Rumah Bakti Nur Syaheera ini diilhamkan oleh jawatankuasa bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan yatim dan miskin Memandangkan di kawasan ini terdapat ra...
Hiburan Hasil Simpanan 10 Tahun Achey Berjaya Beli Rumah Tiga Tingkat

Hiburan Hasil Simpanan 10 Tahun Achey Berjaya Beli Rumah Tiga Tingkat

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 415 hits
Bagai mampu menarik nafas lega pelawak dan usahawan Achey Bocey zahir rasa syukur dan gembira apabila impiannya untuk memiliki kediaman sendiri buat keluarganya kini tercapai Menurut Achey rumah teres tiga tingkat yang terletak di Sungai Bu...
Dipercayai Baru Pulang Dari India Taukey Nasi Kandar Dikompaun Selepas Langgar Arahan Kuarantin Di Rumah

Dipercayai Baru Pulang Dari India Taukey Nasi Kandar Dikompaun Selepas Langgar Arahan Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 281 hits
ALOR SETAR 23 Julai Seorang pengusaha restoran nasi kandar di Pekan Napoh dekat Jitra telah ditahan dan dikenakan kompaun RM1 000 selepas didapati melanggar syarat kuarantin di rumah pagi tadi Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Anwar Ibrahim Watak Utama Misi Gila

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Islam Agama Rantau Tanah Melayu 40 Tahun Selepas Nabi

Ugreen Nexode Rg 65w Robot Pengecas Peneman Aktiviti Anda

Wordpress Website Speed Build The Masters Golf Tournament

Hikayat Budak Pening Sebuah Legasi

Bayu Somerset Pakaian Tradisional Untuk Gaya Harian

Pengalaman Pertama Alami Kesesakan Di Lebuhraya Hingga 10 Jam