Mohon Sumbangan Derma Ikhlas Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera
Mohon sumbangan & derma ikhlas untuk RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA | Rumah Bakti Nur Syaheera ini diilhamkan oleh jawatankuasa bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan ini terdapat ramai anak-anak yatim dan miskin, maka satu Jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini
Setelah mendapat kata sepakat, maka pada 7hb Mei 2009, Jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur dan menamakan rumah anak yatim dan miskin ini dengan nama Rumah Bakti Nur Syaheera. No pendaftarannya adalah 1379-09-WKL.
Pada ketika ini ,bilangan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal disini adalah seramai 30 orang dan bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan. Segala pengurusan, pentadbiran dan perbelanjaan anak-anak yatim ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pihak Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur
Objektif Penubuhan Rumah Bakti Nur SyaheeraMemberi keperluan asas kepada anak anak seperti makan, minum, tempat tinggal, peralatan sekolah dan lain-lain mengikut kemampuan pertubuhanMemberi pelajaran akademik dan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak di bawah jagaan pertubuhanMendidik anak-anak menjadi insan yang berguna di masa hadapan dan membantu memajukan diriMelatih dan mendidik anak-anak berdikari sendiri
Buat masa ini, sumber kewangan hanyalah bergantung semata-mata dari derma yang diterima daripada dermawan-dermawan yang budiman
Baru-baru ini, Tuan Rumah yang mereka sewa selama ini telah menyuarakan hasrat untuk menjual salah sebuah rumah daripada tiga buah rumah yang telah mereka menyewa daripada beliau iaitu rumah tengah yang bernombor 25 , manakala rumah bernombor 23 & 27 kekal dalam sewaan selepas hampir 11 tahun anak-anak mendiami rumah berkenaan
Justeru itu, Pihak Jawatankuasa amat mengalu-alukan dan mengharap akan dana sumbangan para dermawan mulia yang prihatin bagi menjayakan hasrat pembelian rumah ini. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya kepada para dermawan sekalian
MOHOM SUMBANGAN & DERMA IKHLAS DARI TUAN/PUAN SEMUABagi Tujuan Pembelian Rumah yang beralamat No 25 Jalan Jaya Baru 3, Taman Jaya Baru, 56000 Cheras Kuala Lumpur.
Kos Pembelian : RM670,000.00(Ringgit Malaysia Enam Ratus Tujuh Puluh Ribu Sahaja)
Status Terkini : Sewaan
Sumbangan boleh disalurkan ke :MAYBANK ISLAMIC ¦ 564856111166
Boleh menghubungi Pengerusi Rumah Bakti Nur Syaheera Johari Bin Haji Basri (012-2922542) /
Pengerusi Bersama Suzana binti Jafar (012-2002542) untuk pertanyaan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikrenex.com/2020/07/mohon-sumbangan-derma-ikhlas-untuk.html