Surat Terbuka Untuk Ayahanda Menteri Agama


Oleh : Afyan Mat Rawi
 
Warkah Terbuka Buat Ayahanda Menteri Agama

Pertama sekali Anakanda doakan Ayahanda berada di bawah rahmat Allah di bumi Cordova. Anakanda juga pernah ke sana dahulu. Memang cantik tempatnya. 



Ayahanda,

Tujuan Anakanda menulis warkah ini bertujuan memberi sedikit respon terhadap isu-isu kontroversi yang melanda Ayahanda semenjak Ayahanda menjawat jawatan Menteri Agama yang akhir-akhir ini dilihat seperti Menteri Nikah Kahwin.

Selepas beberapa bulan memegang jawatan tersebut, publik melihat Ayahanda agak gopoh dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan kepada publik.

Perkara ini juga sudah diberi teguran oleh Kakanda Fadzli Ramly dalam perbahasan beliau mewakili Pahang di Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2018 tempoh hari.

Banyak kenyataan-kenyataan Ayahanda terhadap kepada publik menimbulkan keresahan kepada rakyat dan kemudiannya back-fired balik kepada parti dan kerajaan dan akhirnya ia menjadi bahan untuk buli-siber dan troll.

Dari isu LGBT, isu tangkapan khalwat, isu ICERD, isu Zakir Naik, isu video lama Moorthy, isu kuil dan yang terkini isu Nurul Izzah - semuanya menimbul kontroversi yang tak berkesudahan.

Malah ada pun perkara yang tidak ada apa-apa isu, tiba-tiba Ayahanda keluarkan respon yang tidak perlu pun sebenarnya. Contohnya isu Zakir Naik, isu tangkapan khalwat, dan isu video lama Moorthy.

Malah juga, ada pula kenyataan yang hanya menambah petrol ke atas api, bukan untuk meredakan keadaan. Contohnya isu LGBT, isu ICERD dan isu kuil.

Ayahanda,

Memang tak dapat dinafikan, selaku menteri maka Ayahanda akan disoal oleh wartawan dan media tapi barang diingat bahawa ada pepatah yang menyebut bahawa “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”

Pepatah tersebut sangat sesuai dengan situasi Ayahanda. Suka Anakanda tambah pepatah moden; “Jika terlajak update status, print-screen dan kena troll jawabnya”.

Dalam hal ini, Anakanda respek Ayahanda Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad. Beliau fokus kepada tugasan dalam kementerian beliau dan tidak ada timbul langsung sebarang isu kontroversi yang tidak wajar.

Kontroversi yang tidak wajar bermaksud kontroversi yang wujud bukan kerana dasar dan isu utama.

Contoh paling terkini ialah isu warkah Ayahanda kepada Sdri Nurul Izzah.

Kontroversi penggunaan kata ganti diri Kakanda-Adinda adalah kontroversi yang tidak perlu.

Anakanda faham, penggunaan Kakanda - Adinda adalah format penulisan surat tidak rasmi dari orang yang lebih tua kepada orang yang lebih muda. Anakanda pun belajar format penulisan surat tidak rasmi ketika UPSR dahulu. Anakanda dapat A dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan ketika UPSR.

Bukan masanya untuk mempertahankan format surat karangan rasmi buat masa sekarang.

Dalam adat Melayu, penggunaan "Kakanda - Adinda" sinonim dengan pasangan suami - isteri, pasangan lelaki - perempuan. Juga ia digunakan dalam hubungan kekeluargaan, persaudaraan terutama adik beradik.

Jadi penggunaan tersebut dalam konteks Ayahanda dan Adinda Nurul Izzah, menimbulkan kepelikan dan kejelikan orang ramai.

Hilang terus fokus isi utama kandungan warkah tersebut.

Walhal boleh sahaja gunakan kata ganti diri Ayahanda - Anakanda atau gunakan saya - saudari.

Dalam konteks surat Ayahanda kepada Saudari Nurul Izzah yang berbeza jantina, sementelah Saudari Nurul Izzah juga mempunyai pesona wanita muda bujang dengan status janda manakala status Ayahanda pula selaku Menteri Agama dengan usia yang jauh lebih tua, anakanda kira kata ganti diri pertama dan kedua “Kakanda – Adinda”, sangat tidak sesuai.

Warkah itu dilihat mirip babak gedik dan gatal Datuk Menteri Nikah Kahwin dengan Puspawangi dalam filem Musang Berjanggut arahan Tan Sri P. Ramlee.

Lebih-lebih dengan ayat di perenggan pertama “Kakanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari". Anakanda dan rakyat marhaen nyaris muntah hijau membaca ayat tersebut.

Ayahanda,

Kesan daripada warkah itu, ia menjadi bahan troll dari rakyat Malaysia. Mungkin Ayahanda akan katakan bahawa musuh politik Ayahanda yang akan senantiasa cari salah Ayahanda.

Tapi sebenarnya troll yang datang bukan dari musuh politik Ayahanda. Ia datang dari pelbagai golongan yang bukan dari kumpulan politik.

Lihat sahaja komen-komen di warkah berkenaan yang mendapat like yang tinggi, bukan komen dari musuh politik Ayahanda tapi datang dari rakyat marhaen yang meluat membaca perenggan pertama warkah Ayahanda.

Rujuk status FB warkah berkenaan, komen ringkas “Hang gila ka?” yang mendapat lebih 4K like bukan datang dari musuh politik Ayahanda. Ia datang dari seorang tokoh industri buku indie, Sdra Mutalib.

Tak dapat dinafikan, musuh-musuh politik Ayahanda akan sentiasa mengambil kesempatan terhadap Ayahanda. Sama macam Ayahanda juga.

Yang paling memalukan adalah troll dari seorang kartunis yang selalu melukis isu-isu semasa dengan phsyco dan sinis. Kali ini beliau melukis seorang lelaki mirip Ayahanda siap berkopiah putih, berbaju melayu dan berkumis dan jambang sedang menulis "ke hadapan dinda Izzah" di atas meja dengan keadaan yang dilihat terangsang ghairah.

Anakanda yakin bahawa jika warkah itu tidak menggunakan ganti diri Kakanda - Adinda, kesannya tidak seteruk ini.

Ayahanda,

Nasi sudah menjadi bubur. Warkah Kakanda Mujahid kepada Adinda Nurul Izzah sudah menjadi bahan troll.

Barang yang lepas usah dikenang. Jadikan sebagai muhasabah.

Anakanda difahamkan banyak juga kenyataan-kenyataan ayahanda tidak dirujuk pun kepada pegawai-pegawai Ayahanda untuk disemak sebelum dikeluarkan kepada publik.

Anakanda tahu perkara ini daripada rakan-rakan Anakanda. Pegawai-pegawai yang bekerja di pejabat Ayahanda pun pernah menjadi rakan-rakan Anakanda suatu ketika dahulu. Terkejut juga Anakanda mendengarnya. Harap-harap tidak benar.

Jika benar, suka Anakanda cadangkan gunakan sebaiknya pegawai-pegawai yang bekerja di pejabat Ayahanda terutama pegawai yang berkaitan hal ehwal media, komunikasi dan public relation untuk memulihkan imej Ayahanda yang semakin lama semakin tercalar. Gunakan kepakaran mereka untuk membantu Ayahanda mengeluarkan sebarang kenyataan kepada publik.

Anakanda masih ada harapan sebesar zarah untuk melihat perkembangan syiar dan syariat Islam di bawah kepimpinan Ayahanda selaku menteri.

Akhir kata, suka Anakanda kongsikan kepada Ayahanda, kata-kata daripada Ayahanda kepada Ayahanda, Tuan Guru Yusuf Rawa pernah menyebut dahulu;

"...buktikan dengan kerja kamu, buatlah kebaikan kerana Allah, bersabar dan biarkan yang lain di tanganNya"

Ayat ini Anakanda kopipes dari tulisan warkah Ayahanda.

Sekian, wassalam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2018/12/surat-terbuka-untuk-ayahanda-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warkah Terbuka Untuk Menteri Agama Apa Yang Patut Dikenang Di Cordoba

Warkah Terbuka Untuk Menteri Agama Apa Yang Patut Dikenang Di Cordoba

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 319 hits
Ke hadapan kekandaku Dr Mujahid Yusof Rawa adinda di sini antara yang dicuit hati ketika membaca warkah penuh romantis kekanda kepada adinda Nurul Izzah dari bumi Cordoba Warkah tersebut telah menarik sekelumit perhatian adinda untuk mencor...
Ulasan Surat Terbuka Mufti Perlis Kepada Perdana Menteri

Ulasan Surat Terbuka Mufti Perlis Kepada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 349 hits
BERITA MALAYSIAMufti Perlis tulis surat terbuka kepada PM Menteri PendidikanRaja Hisyam Raja Zaid Astro Awani Disember 22 2018 23 28 MYTDr Maza semakin lantang mengkritik selepas kes babitkan Muhammad Adib Mohd KassimKUALA LUMPUR Selepas me...
Surat Terbuka Rafizi Buat Kj

Surat Terbuka Rafizi Buat Kj

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 473 hits
Saudara KhairySaya pasti Saudara menerima banyak mesej hari ini Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus terang Walaupun berita ahli ahli parlimen UMNO keluar parti beramai r...
Dari Cordova Ke Madrid Mujahid Sempat Tulis Surat Terbuka Untuk Nurul Izzah

Dari Cordova Ke Madrid Mujahid Sempat Tulis Surat Terbuka Untuk Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 776 hits
MALAYSIADATELINE Dari Cordova ke Madrid Mujahid sempat tulis surat terbuka untuk Nurul Izzah Keputusan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar melepaskan dua jawatan kanannya sebagai Naib Presiden dan Pengerusi Negeri Pulau Pinang da...
Surat Terbuka Kepada Nurul Izzah Martabat Bahasa Melayu Klasik Kata Mujahid

Surat Terbuka Kepada Nurul Izzah Martabat Bahasa Melayu Klasik Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 514 hits
December 29 2018 4 22 PM Mujahid berkata netizen patut berterima kasih kepadanya kerana rata rata mereka sudah mula menggunakan bahasa Melayu klasik selepas surat beliau tular di media sosial GEORGE TOWN Penggunaan bahasa Melayu klasik dala...
Surat Terbuka Meminta Pihak Keamanan Klarifikasi Korban Rakyat Sipil Papua

Surat Terbuka Meminta Pihak Keamanan Klarifikasi Korban Rakyat Sipil Papua

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 260 hits
KEPADA YANG TERHORMAT 1 PANGLIMA TNI DI JAKARTA2 KAPOLRI DI JAKARTA3 KAPOLDA PAPUA DI JAYAPURA4 PANGDAM CENDERAWASIH DI JAYAPURAPERIHAL MEMINTA PIHAK KEAMANAN KLARIFIKASI ADANYA INFORMASI KORBANNYA RAKYAT SIPIL PASCA OPERASI PELAKU PENEMBAK...
Isu Logo Ciplak Adinda Ultras Perlis Beri Surat Terbuka Kepada Kekanda Presiden Pfa

Isu Logo Ciplak Adinda Ultras Perlis Beri Surat Terbuka Kepada Kekanda Presiden Pfa

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 284 hits
FOTO Perlis Northern Lions LOGO baharu Perlis Northern Lions yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Perlis baru baru ini menerima kecaman segelintir penyokong Singa Utara selepas tersebarnya pendedahan gambar singa pada logo itu sebenarnya dic...
Menteri Agama Teringat Pesan Gus Dur Agama Harus Hadir Untuk Memanusiakan Manusia

Menteri Agama Teringat Pesan Gus Dur Agama Harus Hadir Untuk Memanusiakan Manusia

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 229 hits
Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin mengaku bersyukur bisa ikut memperingati wafat atau haul Presiden ke 4 RI Abdurrahman Wahid alias Gus Dur ke 9 di Ciganjur Jakarta Selatan Jumat malam Menurutnya banyak yang bisa diambil pelajaran dari G...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza