Surat Terbuka Rafizi Buat Kj




Saudara Khairy


Saya pasti Saudara menerima banyak mesej hari ini. Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus-terang.


Walaupun berita ahli-ahli parlimen UMNO keluar parti beramai-ramai ini sudah berlegar buat seketika, ia tetap mengejutkan. Saya faham kesannya kepada Saudara dan rakan-rakan saudara di dalam UMNO, kerana kami sendiri pernah melalui ketika ia berlaku kepada KEADILAN dalam tahun 2010 dahulu.


Sudah tentu ada yang menuduh saya menjadi penyokong UMNO sekarang, hanya kerana saya menyebut “saya faham kesannya kepada Saudara”.


Tidak ada pemimpin yang sayangkan partinya dan perjuangan yang diangkat oleh partinya, yang tidak terkesan apabila wakil rakyat (yang menang atas tiket partinya) keluar parti. 


Bukan atas alasan prinsip atau berbeza pandangan mengenai dasar yang pokok, tetapi kerana menjadi pembangkang (setelah sekian lama menjadi kerajaan) tidak semudah semasa menjadi kerajaan dahulu.


Tujuan saya menulis surat kepada Saudara ialah untuk meyakinkan Saudara untuk kekal berada di dalam UMNO, kerana saya percaya rakyat dan negara memerlukan barisan pembangkang yang cekap, cerdik, jujur, amanah dan ikhlas.


Sebuah kerajaan yang terlalu kuat kerana pembangkangnya lemah, akan terdorong ke arah pelbagai salah guna kuasa. Kita sudah melaluinya selama 61 tahun.


Kekalahan UMNO (walaupun perit kepada pemimpin dan penyokong UMNO) memberi peluang kepada UMNO untuk melalui pembaharuan. 


Saya berdoa UMNO menginsafi segala masalah yang lalu yang menyebabkan ia ditolak rakyat dan kembali untuk berkhidmat kepada rakyat dengan sejujurnya.


Saya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan untuk meranapkan mana-mana parti pembangkang. Saya mungkin tidak bersetuju atau tidak sehaluan dengan tindakan atau pendapat parti-parti pembangkang, tetapi saya menghargai peri pentingnya parti pembangkang yang berkesan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.


Beberapa hari, minggu dan bulan yang mendatang mungkin mendung buat Saudara dan sahabat-sahabat yang ikhlas ingin membantu rakyat atas platform UMNO.


Tetapi percayalah, jika Saudara berpegang kepada niat untuk berkhidmat dan membela rakyat, pemergian mereka yang meninggalkan UMNO ini akan menguatkan UMNO.


Dengan syarat pimpinan-pimpinan UMNO yang kekal mesti takut kepada Allah, menolak rasuah, menyeru ke arah persaudaraan rakyat pelbagai kaum yang membina, berjiwa progresif yang menggalakkan (bukan menidakkan), berkata benar dan benar-benar menjiwai rakyat.


Saudara menjadi harapan ramai orang muda yang mahu melihat politik Malaysia yang lebih baik dan mendamaikan di masa hadapan.


Untuk itu, Saudara perlu kekal di dalam UMNO dan terus bersuara agar UMNO menjadi parti pembangkang yang berkesan.


Saya akan dimaki kawan dan lawan kerana berpandangan begini. Tetapi itu peranan orang yang berjiwa bebas seperti kita, supaya ada orang yang terus bersuara walaupun pahit.


Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudara.


Rafizi Ramli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/surat-terbuka-rafizi-buat-kj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan 812 Surat Terbuka Untuk Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom

Himpunan 812 Surat Terbuka Untuk Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 311 hits
Himpunan Daulat 812 telah membakarkan semangat bangsa Melayu untuk sedar yang kuasa politik majoriti sebenarnya jauh lebih dahsyat daripada sangkaan Para penganjur telah melaksanakan inisiatif ini dengan jayanya Maka mereka sepatutnya diber...
Surat Terbuka Untuk Dr Maszlee Malik Sejarah Negara Sebenar Yang Patut Diberi Penekanan

Surat Terbuka Untuk Dr Maszlee Malik Sejarah Negara Sebenar Yang Patut Diberi Penekanan

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 340 hits
Kehadapan menteri pendidikan negara iaitu Dr Maszlee Malik yang ini gempar seluruh Malaysia kerana mencadangkan supaya kes 1MDB diletakkan di dalam buku teks sejarah Sebenarnya kami di The Patriots menentang cadangan tersebut kerana masih l...
Surat Rafizi Kepada Kj Susulan Pergolakan Umno

Surat Rafizi Kepada Kj Susulan Pergolakan Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 293 hits
Saudara KhairySaya pasti Saudara menerima banyak mesej hari ini Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus terang Walaupun berita ahli ahli parlimen UMNO keluar parti beramai r...
Surat Terbuka Ts Shahrir Samad Kepada Adun Dan Mp Umno

Surat Terbuka Ts Shahrir Samad Kepada Adun Dan Mp Umno

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 246 hits
Siapa Kita Kalau Kita Seorang WakilAhli Parlimen dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini Alasan yang di beri ialah kerana pucuk pimpinan UMNO tida...
Surat Terbuka Meminta Pihak Keamanan Klarifikasi Korban Rakyat Sipil Papua

Surat Terbuka Meminta Pihak Keamanan Klarifikasi Korban Rakyat Sipil Papua

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 244 hits
KEPADA YANG TERHORMAT 1 PANGLIMA TNI DI JAKARTA2 KAPOLRI DI JAKARTA3 KAPOLDA PAPUA DI JAYAPURA4 PANGDAM CENDERAWASIH DI JAYAPURAPERIHAL MEMINTA PIHAK KEAMANAN KLARIFIKASI ADANYA INFORMASI KORBANNYA RAKYAT SIPIL PASCA OPERASI PELAKU PENEMBAK...
Surat Terbuka Untuk Ulmwp

Surat Terbuka Untuk Ulmwp

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 246 hits
SURAT TERBUKA Penangkapan penculikan bahkan penghilangan orang Papua terjadi berulang ulang sampai saat ini Bahkan sampai hari ini saat peringatan Hut Kemerdekaan Politik Bangsa Papua pada 01 Desember 2018 kemarin Sekitar 500 lebih mahasisw...
Surat Terbuka Tpnpb Untuk Pemerintah Indonesia Tuntutan Tawaran Dan Penolakan

Surat Terbuka Tpnpb Untuk Pemerintah Indonesia Tuntutan Tawaran Dan Penolakan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 209 hits
Surat Terbuka Tentara Pembebasan Nasional Papua Barat ditujukan kepada Pemerintah Republik Indonesia cq presiden Joko Widodo Melalui surat terbuka ini ada beberapa hal yang disampaikan oleh pihak Tentara Pembebasan Nasional terkait perang a...
Rafizi Nasihat Semua Lebih Terbuka Selepas Laporan Polis Tabung Haji

Rafizi Nasihat Semua Lebih Terbuka Selepas Laporan Polis Tabung Haji

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 390 hits
December 2 2018 12 00 AMPETALING JAYA Rafizi Ramli hari ini menasihatkan semua pihak termasuk parti parti politik lebih terbuka menilai pendedahan isu penyelewengan susulan laporan polis oleh Lembaga Tabung Haji terhadap bekas pegawai tingg...
Pelik Izzah Rafizi Mahu Jumpa Penuduh Anwar Main Belakang

Pelik Izzah Rafizi Mahu Jumpa Penuduh Anwar Main Belakang

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 309 hits
MALAYSIAKINI N Surendran yang merupakan bekas peguam kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim mengkritik perjumpaan antara anggota parlimen BN Khairy Jamaluddin dengan dua bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar Surendran mengun...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah