Himpunan 812 Surat Terbuka Untuk Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom


Himpunan Daulat 812 telah membakarkan semangat bangsa Melayu untuk sedar yang kuasa politik majoriti sebenarnya jauh lebih dahsyat daripada sangkaan. Para penganjur telah melaksanakan inisiatif ini dengan jayanya. Maka mereka sepatutnya diberikan sepenuh penghargaan; sesungguhnya menguruskan himpunan yang aman, bersih dan ceria merupakan suatu kejayaan besar. Kesempurnaan himpunan ini atas kehebatan para adiwira putih telah mencetuskan definisi baharu dalam politik Malaysia. Dan seperti biasa, apabila ayat al-Qur’an didendangkan, syaitan semestinya akan kepanasan.
Berikutlah kiasannya, apabila hipokrasi dan kemunafikan sesetengah orang ditonjolkan. Sebelum ini mereka mendaulatkan semangat kebebasan bersuara demi Bersih. Namun kali ini mereka boleh pula timbul kegusaran terhadap tanggapan pelancong dan pertumbuhan ekonomi atas penutupan kedai. Tidak sangka salah seorang daripada mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, Victoria Treadell. Kenapa perkara ini mengejutkan? Kerana Victoria Treadell telah lama menetap di Malaysia, cukup untuk memahami keperluan status quo dan penetapan keistimewaan yang diamanahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Dan beliau mengeluarkan kenyataan jahil di Twitter bahawasanya penolakan ratifikasi ICERD telah menafikan dasar kesamarataan kepada semua warga di Malaysia. Sebenarnya memang wujud diskriminasi di Malaysia yang memenangkan Bumiputera. Sebelum diteruskan, izinkan masa untuk menjelaskan yang diskriminasi ialah lembing dua mata: positif (tindakan afirmatif) dan negatif (penindasan). Menafikan bangsa minoriti hak untuk berkahwin ialah penindasan. Menetapkan had membiak pada bangsa minoriti, sedangkan kaum majoriti dibebaskan pun aspek penindasan.
Sekecil-kecil penafian untuk mendapatkan jaminan penjagaan kesihatan universal di Malaysia pun sudah dikira diskriminasi. Namun perkara sedemikian tidak berlaku. Sebaliknya diskriminasi yang bersifatkan positif disediakan untuk menebatkan segala kekurangan dalam kalangan kaum majoriti yang dibedil rata oleh bangsa Treadell sendiri. Sesungguhnya penjajah-penjajah terlaknat Britishlah yang menyusahkan pelbagai negara akibat dasar kolonialisme imperialis satu masa dahulu.
Semua orang bersedia untuk melupakan jenayah silam, kerana anak-anak British sekarang tidak terikat kepada dosa nenek moyang masing-masing. Untuk menjaga masa depan masing-masing, seharusnya setiap orang bermuhasabah diri. Keistimewaan Melayu melalui Artikel 153 disediakan sebagai timbal balas kepada kerelaan orang Melayu untuk menerima bangsa-bangsa pendatang. Apabila Malaysia dilahirkan, tiada lagi istilah ‘pendatang’, kerana sesungguhnya semua orang ialah anak negara ini. Maka untuk menafikan Artikel 153 ialah galakan untuk mewujudkan semula konsep ‘pendatang’ itu sendiri.
Daripada Victoria Treadell buang masa fokus kepada Malaysia, lebih-lebih tumpukan perhatian kepada United Kingdom sendiri yang sekarang cacamarba angkara Brexit. Islamofobia semakin meruncing dalam kalangan umat Islam British. Benar garisan pemisah etnik dan kaum dilihat sudah tipis (mungkin tiada) dalam kalangan masyarakat United Kingdom. Namun usahlah berdusta diri dengan pendapat bahawa pemisah tersebut tidak wujud dalam aspek budaya dan agama. Referendum pada Jun 2016 telah mengeluarkan sifat dubuk dalam diri masing-masing apabila laporan kebencian anti-Islam mencanak sebanyak 326% berbanding insiden-insiden serupa tahun 2015.
Kritikan terhadap Islam pun semakin lantang. Nilai-nilai Islam dipijak. Amalan berniqab dihina sebagai penindasan terhadap wanita yang rela memakainya. Hak untuk membuka pakaian pula dijulang. Persepsi sedemikian bertunjangkan konflik antara Rantau Barat dan Dunia Islam – yang mana rakyat tempatan pula perlu membayar atas dosa orang lain. Sekurang-kurangnya bangsa Melayu tidak paksa kalian bayar pampasan atas dosa silam bangsa kalian. Anak-anak muda Islam pun didapati dibayar gaji rendah. Ramai yang tidak dapat pekerjaan pun.
Bukan umat Islam sahaja yang terpaksa berdepan dengan kezaliman rakyat British. Etnik Eropah sentiasa meneruskan kejahatan kalian terhadap bangsa Yahudi. Anti-semitisme dalam kalangan kalian pun semakin meningkat. Kegiatan seperti penghinaan verbal, graffiti anti-Yahudi dan serangan fizikal pun meningkat 10% pada awal tahun 2016 berbanding tahun sebelumnya. Polis London sendiri terpaksa berpakat dengan Community Security Trust yang mewakili komuniti Yahudi untuk memerangi kegiatan ini.
Kedua-dua situasi menggambarkan kebiadapan rakyat susulan Referendum Brexit 2016. Terlalu kritikal sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut memandang serius tentang keupayaan kepimpinan politik untuk membanteras anti-Semitisme dan Islamofobia. Malah Parlimen UK pun dituntut melaksanakan sedemikian yang masih belum mencukupi.
Di luar rangka agama, bangsa Cina turut menerima tempias dengan kenaikan 15% laporan diskriminasi. Tunjang rasisme telah mereputkan institusi British yang semakin tidak relevan sejak Referendum 2016. Pemerhati PBB menyentuh tentang masalah sosioekonomi dalam kalangan minoriti pun. Dasar penjimatan Teresa May telah banyak memberikan kesan terhadap komuniti minoriti. Wanita yang kononnya diperjuangkan didapati antara yang paling teruk menerima tamparan.
Maka perlulah Victoria Treadell diucapkan terima kasih juga kerana melihat rumput di Malaysia jauh lebih hijau berbanding United Kingdom. Mungkin lapan tahun pertamanya di Ipoh telah meresapkan barah dengki daripada rakyat Malaysia untuk menyelar negara ini berdasarkan perilaku adiwira-adiwira putih yang memperjuangkan hak suci Melayu. Jika itulah hakikatnya, maka terpaksalah kalian menerima hakikat:
ICERD tidak diundang di Malaysia.
Jika 550,000 orang boleh berkumpul pada 8 Disember 2018 pada ketika kerajaan menolak ratifikasi tersebut, bayangkan bencana yang menanti tatkala ICERD dilaksanakan.
Rujukan:
Al Jazeera. (2017, September 07). Britain’s Muslims faceworkforce discrimination: Report. Retrieved from https://ift.tt/2PqlofD
Discrimination and Racism in the UK. (n.d.). Retrieved from https://ift.tt/2zT5iGf
Doward, J. (2017, November 19). Chinese report highest levels of racial harassment in UK. Retrieved from https://ift.tt/2AbQK6n
Kopotsha, J. (n.d.). Yes, The UK Does Have A Race Problem. And Its Just As Troubling As Americas. Retrieved from https://ift.tt/2zPFHOI
Lizzie Dearden Home Affairs Correspondent @lizziedearden. (2018, May 12). Brexit has made racism more acceptable, UN warns. Retrieved from https://ift.tt/2I85lUN

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/12/himpunan-812-surat-terbuka-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liputan Langsung Himpunan Syukur Icerd 812

Liputan Langsung Himpunan Syukur Icerd 812

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 335 hits
The Star melaporkan kira kira 5 000 pelajar di seluruh negara akan menyertai perhimpunan ini kerana tidak berpuas hati terhadap skim potongan gaji berjadual bagi bayaran semula pinjaman PTPTN Kami tidak berpuas hati dengan perkembangan terk...
Himpunan 812 Hadi Awang Berterima Kasih Kepada Pm

Himpunan 812 Hadi Awang Berterima Kasih Kepada Pm

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 313 hits
BANGI 29 Rabiulawal 1440H Jumaat PAS menyambut baik nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada peserta yang bakal hadir pada Himpunan 812 esok Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan malam ini berkata parti...
Pesanan Ts Apandi Ali Kepada Semua Peserta Himpunan 812

Pesanan Ts Apandi Ali Kepada Semua Peserta Himpunan 812

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 400 hits
KUALA Lumpur Mantan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menerusi pejabat peguamnya dalam sokongan padunya kepada Himpunan 812 menurunkan beberapa Garis Panduan Awalan berikut untuk dipatuhi oleh semua peserta himpunan Berikut perkara yang perl...
Himpunan 812 Icerd T Kasihlah 1 Juta Tun M Senyum Sinis

Himpunan 812 Icerd T Kasihlah 1 Juta Tun M Senyum Sinis

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 695 hits
Puluhan ribu peserta perhimpunan aman kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi ICERD memenuhi jalan di ibu kota sekitar Dataran Merdeka Himpunan 812 yang sepatutnya bermula secara rasmi jam 2 petang tadi di Jalan Raja di sini bermula lebih ...
Gelombang Putih Banjiri Kl Demi Himpunan 812 Rileksmedia

Gelombang Putih Banjiri Kl Demi Himpunan 812 Rileksmedia

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 581 hits
MERIAH Buat julung kali dalam sejarah pagi Sabtu yang lazimnya tenang bertukar meriah apabila semua tren LRT menuju ke ibu kota dipenuhi penumpang berbaju T warna putih Bahkan petugas media yang selama ini tidak pernah kena berdiri ketika m...
Himpunan Icerd 812 Apa Sudah Jadi

Himpunan Icerd 812 Apa Sudah Jadi

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 761 hits
Atok mengucapkan terima kasih kepada peserta peserta Himpunan Kesyukuran Penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Atok tinjau ibu negara selepas perhimpunan Daripada 20 juta org Melayu Tapi depa...
Pemimpin Umno Pas Warnai Himpunan 812 Rileksmedia

Pemimpin Umno Pas Warnai Himpunan 812 Rileksmedia

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 554 hits
MERIAH Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara pemimpin parti politik yang hadiri himpunan DaulatHimpunan812 Turut kelihatan ialah Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan se...
Surat Terbuka Untuk Ulmwp

Surat Terbuka Untuk Ulmwp

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 253 hits
SURAT TERBUKA Penangkapan penculikan bahkan penghilangan orang Papua terjadi berulang ulang sampai saat ini Bahkan sampai hari ini saat peringatan Hut Kemerdekaan Politik Bangsa Papua pada 01 Desember 2018 kemarin Sekitar 500 lebih mahasisw...
Cerita Tabung Haji Keluar Di Saat Himpunan Daulat 812

Cerita Tabung Haji Keluar Di Saat Himpunan Daulat 812

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 442 hits
Ada satu laporan oleh media Singapura yang dimiliki kerajaan Singapura semalam yang tiba tiba memetik orang dalam yang tidak dinamakan bahawa Tabung Haji telah kekurangan dana RM4 bilion Tuduhan ini tidak mendakwa RM4 bilion telah dirompak ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025