Surat Rafizi Kepada Kj Susulan Pergolakan Umno


Saudara KhairySaya pasti Saudara menerima banyak mesej hari ini. Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus-terang.Walaupun berita ahli-ahli parlimen UMNO keluar parti beramai-ramai ini sudah berlegar buat seketika, ia tetap mengejutkan. Saya faham kesannya kepada Saudara dan rakan-rakan saudara di dalam UMNO, kerana kami sendiri pernah melalui ketika ia berlaku kepada KEADILAN dalam tahun 2010 dahulu.Sudah tentu ada yang menuduh saya menjadi penyokong UMNO sekarang, hanya kerana saya menyebut “saya faham kesannya kepada Saudara”.Tidak ada pemimpin yang sayangkan partinya dan perjuangan yang diangkat oleh partinya, yang tidak terkesan apabila wakil rakyat (yang menang atas tiket partinya) keluar parti. Bukan atas alasan prinsip atau berbeza pandangan mengenai dasar yang pokok, tetapi kerana menjadi pembangkang (setelah sekian lama menjadi kerajaan) tidak semudah semasa menjadi kerajaan dahulu.Tujuan saya menulis surat kepada Saudara ialah untuk meyakinkan Saudara untuk kekal berada di dalam UMNO, kerana saya percaya rakyat dan negara memerlukan barisan pembangkang yang cekap, cerdik, jujur, amanah dan ikhlas.Sebuah kerajaan yang terlalu kuat kerana pembangkangnya lemah, akan terdorong ke arah pelbagai salah guna kuasa. Kita sudah melaluinya selama 61 tahun.Kekalahan UMNO (walaupun perit kepada pemimpin dan penyokong UMNO) memberi peluang kepada UMNO untuk melalui pembaharuan. Saya berdoa UMNO menginsafi segala masalah yang lalu yang menyebabkan ia ditolak rakyat dan kembali untuk berkhidmat kepada rakyat dengan sejujurnya.Saya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan untuk meranapkan mana-mana parti pembangkang. Saya mungkin tidak bersetuju atau tidak sehaluan dengan tindakan atau pendapat parti-parti pembangkang, tetapi saya menghargai peri pentingnya parti pembangkang yang berkesan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.Beberapa hari, minggu dan bulan yang mendatang mungkin mendung buat Saudara dan sahabat-sahabat yang ikhlas ingin membantu rakyat atas platform UMNO.Tetapi percayalah, jika Saudara berpegang kepada niat untuk berkhidmat dan membela rakyat, pemergian mereka yang meninggalkan UMNO ini akan menguatkan UMNO.Dengan syarat pimpinan-pimpinan UMNO yang kekal mesti takut kepada Allah, menolak rasuah, menyeru ke arah persaudaraan rakyat pelbagai kaum yang membina, berjiwa progresif yang menggalakkan (bukan menidakkan), berkata benar dan benar-benar menjiwai rakyat.Saudara menjadi harapan ramai orang muda yang mahu melihat politik Malaysia yang lebih baik dan mendamaikan di masa hadapan.Untuk itu, Saudara perlu kekal di dalam UMNO dan terus bersuara agar UMNO menjadi parti pembangkang yang berkesan.Saya akan dimaki kawan dan lawan kerana berpandangan begini. Tetapi itu peranan orang yang berjiwa bebas seperti kita, supaya ada orang yang terus bersuara walaupun pahit.Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudara.Rafizi Ramli

#CelahGelegar 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/surat-rafizi-kepada-kj-susulan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Terbuka Rafizi Buat Kj

Surat Terbuka Rafizi Buat Kj

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 479 hits
Saudara KhairySaya pasti Saudara menerima banyak mesej hari ini Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus terang Walaupun berita ahli ahli parlimen UMNO keluar parti beramai r...
Surat Terbuka Ts Shahrir Samad Kepada Adun Dan Mp Umno

Surat Terbuka Ts Shahrir Samad Kepada Adun Dan Mp Umno

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 253 hits
Siapa Kita Kalau Kita Seorang WakilAhli Parlimen dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini Alasan yang di beri ialah kerana pucuk pimpinan UMNO tida...
In Open Letter Rafizi Hopes Kj Remains With Umno

In Open Letter Rafizi Hopes Kj Remains With Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 380 hits
Former PKR vice president Rafizi Ramli has urged Khairy Jamaluddin to remain with Umno in order to forge a credible opposition In an open letter to Khairy Rafizi said that a country without a strong opposition would be prone to abuses and M...
Rafizi Minta Kj Kekal Dalam Umno

Rafizi Minta Kj Kekal Dalam Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mahu Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin kekal dalam UMNO di sebalik kemelut melanda parti itu ketika ini Melalui surat terbuka ditujukan khas buat Khairy yang disapa saudara Rafizi berka...
Ahli Parlimen Umno Sertai Ph Satu Perkembangan Berbahaya Ramkarpal

Ahli Parlimen Umno Sertai Ph Satu Perkembangan Berbahaya Ramkarpal

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan berpaling kesetiaan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap satu perkembangan berbahaya selain menentang sepenuhnya kehendak rakyat yang menolak kerajaan Bar...
Pemuda Umno Sabah Kepada Zahid Letak Jawatan Atau Disingkir

Pemuda Umno Sabah Kepada Zahid Letak Jawatan Atau Disingkir

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 366 hits
Diterbitkan 13 Dis 2018Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini menjadi sasaran susulan tindakan oleh wakil rakyat parti itu di Sabah Naib Ketua Pemuda Umno Sabah Ghazalie Ansing menyalahkan Zahid dan kurangnya hala tuju beliau sebagai preside...
Nazri Claims Umno Can Cooperate With Anwar Bypass Dr M

Nazri Claims Umno Can Cooperate With Anwar Bypass Dr M

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 360 hits
PETALING JAYA An Umno faction is allegedly paving the way for a unity government with ruling parties PKR and DAP And the man in the driver s seat is said to be Barisan Nasional secretary general Datuk Seri Nazri Aziz This follows the exodus...
Sabah Umno Quitters Took The Easy Way Out Khaled

Sabah Umno Quitters Took The Easy Way Out Khaled

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 340 hits
The Sabah Umno lawmakers who left the party en masse yesterday took the easy way out by quitting when the party is at its lowest point said Umno vice president Mohamed Khaled Nordin In a statement today Khaled said following the exodus Umno...
Umno Sabah Leaders Never Asked To Join Pkr

Umno Sabah Leaders Never Asked To Join Pkr

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 367 hits
Umno is now the battleground between Mahathir and Anwar And it looks like Mahathir is winning If Mahathir outvotes Anwar by getting the highest number of Umno defectors then Anwar s plan to oust Mahathir and take over as Prime Minister in e...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi