Jauh sekali kami bukan ada kepentingan dalam jawatan kerajaan yang ada.
Dato presiden dan MKT,
Umno sudah lama berlembut dan mengalah kepada Bersatu. Tapi nampaknya Bersatu tidak jujur dan makin terlihat kelakuan mereka membuli Umno. Mereka mulai kuatkan parti mereka dengan menjadikan Umno sebagai batu loncatan untuk mereka menguasai arena politik dan kerajaan. Apakah presiden dan MKT tidak melihat perkara ini?Prestasi Umno BN di PRN Sabah merosot kerana pemimpin bertolak ansur memberikan kerusi tradisi kepada PN (Bersatu). Kini siapa yang susah dan siapa yang dah mulai bongkak? Bersatu sudah mulai pandai mengugut dan meminta jawatanketua menteri Sabah padahal Bersatu hanya menang 10 kerusi berbanding BN 14. Apa tindakan presiden dan MKT?Kedudukan BN semakin merosot. Tanda aras di PRN Sabah baru berlalu. Komponen BN seperti MCA sudah tidak diterima oleh pengundi. Lagi teruk hilang deposit pun ada. Ini tidak merisaukan presiden dan MKT ke bila memikirkan PRU15 akan datang?Apakah presiden dan MKT akan teruskan formula pembahagian kerusi dalam BN menghadapi PRU15? Jika ya, bersedia untuk hilang banyak kerusi BN dari MCA dan MIC.Apakah presiden dan MKT akan terus beralah beri kerusi tradisi kepada Bersatu di kalangan bekas pemimpin Umno yang lari tempoh hari? Lihat apa nasib BN di Sabah yang berikan kerusi tradisi kepada Bersatu? Sudah la komponen BN (MCA) bertanding dikawasan yang ditandingi juga oleh PBS dalam gabungan GRS. Apa semua ini presiden dan MKT Umno?
Ahli akar umbi sudah letih dan penat bekerja bermatian di bawah tapi orang atasan seperti tidak melihat bahaya dan bahana yang akan melanda parti Umno. Tindakan seperti di Sabah telah jelas dan apakah masih tidak mahu belajar dan mengambil pengajaran darinya.Jika tidak mahu mendengar pandangan orang bawah yang masih cintakan parti, tidak ada kepentingan bagi pemimpin atasan maka tunggu la nasib apa akan terjadi pada parti Umno dan BN.Presiden dan MKT Umno jangan buang masa buat itu ini segala eksperimen dan ujikaji. Mesyuarat dan putuskan segera apa tindakan yang perlu untuk memulihkan imej dan sokongan rakyat kepada Umno dan BN.Jika tidak ada jalan lain, kalaulah jalan bersendirian itu jalan terakhir perlu dilalui, maka kami ahli akar umbi akan terus menyokong parti tanpa berbelah bagi. Lebih baik hidup bermaruah daripada menjadi kuda tunggangan dan dibuli oleh pengkhianat, penipu dan tukang fitnah.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |