Nazri Gesa Pimpinan Dengar Suara Akar Umbi Tamatkan Hubungan Dengan Ppbm




PETALING JAYA: Pemimpin Umno, Nazri Aziz, menyeru hubungan antara parti Melayu itu dengan PPBM ditamatkan, mendakwa demikianlah kemahuan akar umbi Umno.
“Akar umbi sangat merasakan Umno hanya perlu bekerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional, tanpa PPBM,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu kepada FMT.
Perkembangan ini menyusuli gesaan Timbalan Presiden Mohamad Hasan kepada Presiden Zahid Hamidi, meminta beliau memberikan pedoman kepada parti selepas pilihan raya Sabah, yang menyaksikan Umno daripada berkuasa kepada pemain terpencil dalam Gabungan Rakyat Sabah.
Zahid berkata majlis tertinggi Umno akan membincangkan perkara itu.
Menyahut seruan Mohamad dan jawapan Zahid, Nazri mengingatkan PPBM tiada sokongan akar umbi di Semenanjung seperti di Sabah.
“Umno dan PAS ada sokongan akar umbi, dan ini terbukti pada kemenangan besar dalam 6 pilihan raya kecil sejak PRU-14, 2 kali menewaskan PPBM,” katanya.
“Jadi kita mesti dengar suara akar umbi.”
Komen Nazri senada pendapat Mohamad pada Ogos, ketika beliau beritahu FMT maklum balas daripada akar umbi menunjukkan mereka tidak selesa dengan hasrat PPBM sertai Muafakat Nasional.
“Ramai ahli Umno masih ingat dengan penghinaan dan kata-kata kesat yang dilemparkan kepada kami (oleh pemimpin PPBM sebelum PRU14) dan masih terasa sakit sehingga kini,” kata Mohamad, merujuk kenyataan pemimpin PPBM sebelum PRU-14.
Muafakat Nasional adalah pakatan antara Umno dan PAS. Bersama PPBM, pakatan tersebut membentuk gabungan Perikatan Nasional, di mana, dengan sokongan gabungan kerajaan GPS Sarawak, kini mentadbir kerajaan persekutuan.
Kata Nazri, selaku ketua bahagian Umno, beliau tahu sentimen di lapangan, dan menambah kepimpinan parti perlu dengar suara akar umbi, iaitu “orang yang akan pilih kita”.
Sementara itu, penganalisis politik Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya percaya Umno perlu buat keputusan yang berani lagi tegas mengenai kerjasamanya dengan PPBM.
“Isunya bukan Umno mahu jadi dominan, tetapi Umno tidak diberi pengiktirafan dan penghormatan sepatutnya,” katanya. “Umno sudah beri banyak laluan dari segi kerusi dan jawatan.”
“Saya percaya pemimpin dan akar umbi Umno kecewa dengan apa yang mereka anggap sebagai kurang keikhlasan” di pihak PPBM.
Beliau juga nampak ada perpecahan dalam Umno, mengambil maklum komen secara terbuka mengatakan beberapa ahli Kabinet nampaknya tidak sehaluan dengan mereka di luar kerajaan.
Tambahnya, Umno harus memikirkan semula kedudukannya berkaitan pembahagian kuasa sekiranya bercita-cita mahu menjadi parti dominan.
“Saya fikir jika Umno teruskan kerjasama dengan PPBM, ia akan rasakan kesan kehilangan banyak kerusi-kerusi tradisi kepada PPBM atas nama kerjasama politik.”
Ahli sains politik, Chandra Muzaffar, berkata jelas sekali terdapat beberapa kumpulan dalam Umno yang berbeza pandangan, namun semuanya bercakap tentang kuasa dan dominasi.
“Pada saya, ini salah,” katanya. “Sebagai sebuah parti yang berkuasa selama beberapa dekad kemudian hilang kuasa kerana dianggap korup, Umno perlu bermuhasabah tentang apa yang salah dengannya dan cuba perbaikinya.
“Ini perlu jadi agenda utama. Tetapi sekiranya anda lihat Umno hari ini, nampaknya tidak ada orang yang mahu bermuhasabah atau baiki kekurangan. Mereka tetap sokong pemimpin yang mempunyai rekod prestasi yang boleh dipersoalkan dan berebut kuasa.”
Katanya, sekiranya Umno sudah tidak relevan, itu bukan kerana PPBM tetapi kerana ia tidak dapat bersatu untuk bermuhasabah dan melakukan perubahan yang perlu.
#Sumber :  FMT  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/nazri-gesa-pimpinan-dengar-suara-akar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tamatkan Hubungan Dengan Ppbm Gesa Nazri

Tamatkan Hubungan Dengan Ppbm Gesa Nazri

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 372 hits
Nazri gesa pimpinan dengar suara akar umbi tamatkan hubungan dengan PPBM Pemimpin Umno Nazri Aziz menyeru hubungan antara parti Melayu itu dengan PPBM ditamatkan mendakwa demikianlah kemahuan akar umbi Umno Akar umbi sangat merasakan Umno h...
Kekuatan Akar Umbi Sahaja Tak Akan Selamatkan Umno Dari Ppbm Kata Pemimpin

Kekuatan Akar Umbi Sahaja Tak Akan Selamatkan Umno Dari Ppbm Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 253 hits
October 6 2020 Ahli Umno mengadu parti itu kurang berperanan di Sabah PETALING JAYA Keputusan pilihan raya negeri Sabah bulan lalu menunjukkan perlunya Umno membuat perubahan dalaman atau hadapi berisiko dilenyapkan PPBM menurut seorang pem...
Kah Abah Nak Dengar Kah Suara Umno

Kah Abah Nak Dengar Kah Suara Umno

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 227 hits
Kalau Perdana Menteri menghormati suara UMNO yang ada kerusi Parlimen terbanyak dalam kerajaan PN tentu beliau tiada masalah menimbang desakan Zahid Hamidi Namun adakah suara Umo akan didengari sedangkan selama ini Umno diketepikan malah ka...
Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Presiden Mkt Umno

Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Presiden Mkt Umno

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 289 hits
Salam sejahtera kepada presiden dan MKT Umno Malaysia Saya mewakili diri dan ini pendirian saya sebagai ahli Umno Kepada Datuk Seri presiden dan MKT yang bijaksana Suara keluhan risau gelisah dan pelbagai macam yang dilontarkan oleh ahli ak...
Sebak Je Dengar Suara Tan Sri Netizen Sedih Lihat Wajah Penat Dg Hisham

Sebak Je Dengar Suara Tan Sri Netizen Sedih Lihat Wajah Penat Dg Hisham

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 470 hits
Sudah tentu ramai yang bimbang dan terkejut dengan jumlah kes positif Covid 10 dalam negara pada hari ini 691 kes yang dicatatkan sungguh tinggi kerana sebelum ini negara hampir menang dalam melawan pandemik tersebut Walaupun pihak kerajaan...
Pimpinan Dpr Metode Kotak Suara Keliling Tidak Memungkinkan Di Luar Pulau Jawa

Pimpinan Dpr Metode Kotak Suara Keliling Tidak Memungkinkan Di Luar Pulau Jawa

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 221 hits
Wakil Ketua DPR RI Azis Syamsuddin menilai wacana penggunaan metode tambahan dalam pemungutan suara di Pilkada Serentak 2020 yaitu dengan menggunakan kotak suara keliling tidak memungkinkan diterapkan di wilayah luar Pulau Jawa
Nazri Tells Umno To Heed Grassroots And End Ties With Ppbm

Nazri Tells Umno To Heed Grassroots And End Ties With Ppbm

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 243 hits
Padang Rengas MP and Umno member Nazri Aziz has called for the termination of ties between his party and PPBM claiming the Umno grassroots are asking for this The grassroots strongly feel we should work only with PAS in Muafakat Nasional mi...
Akar Umbi Umno Menyifatkan Bersatu Dan Pas Sebagai Pengkhianat Penipu Dan Tukang Fitnah

Akar Umbi Umno Menyifatkan Bersatu Dan Pas Sebagai Pengkhianat Penipu Dan Tukang Fitnah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 517 hits
Surat terbuka akar umbi kepada presiden MKT Umno Tandiko Dalusin Salam sejahtera kepada presiden dan MKT Umno Malaysia Saya mewakili diri dan ini pendirian saya sebagai ahli Umno Kepada Datuk Seri presiden dan MKT yang bijaksana Suara keluh...
Masuk Saja Ppbm Kata Nazri Kepada Annuar Musa

Masuk Saja Ppbm Kata Nazri Kepada Annuar Musa

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 333 hits
Pemimpin Umno Nazri Aziz yang menyeru parti itu menamatkan hubungannya dengan PPBM membidas Annuar Musa yang dilihat menyokong Perikatan Nasional pimpinan PPBM Annuar membantah kenyataan timbalan presiden Mohamad Hasan Umno mesti mengkaji s...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Mastura Kemuka Rayuan Lebih Rm830 000 Diserah Ke Peguam