Kekuatan Akar Umbi Sahaja Tak Akan Selamatkan Umno Dari Ppbm Kata Pemimpin


 
Robin Augustin -October 6, 2020 Ahli Umno mengadu parti itu kurang berperanan di Sabah.PETALING JAYA: Keputusan pilihan raya negeri (PRN) Sabah bulan lalu menunjukkan perlunya Umno membuat perubahan dalaman atau hadapi berisiko dilenyapkan PPBM, menurut seorang pemimpin muda.
Wan Agyl Wan Hassan, ketua penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, berkata ahli parti berhak marah kerana Umno berubah dari menjadi kuasa dominan dalam politik kepada pemain kecil dalam pentadbiran Perikatan Nasional.
“Lebih buruk lagi, PRN Sabah mengecilkan kemenangan pilihan raya Barisan Nasional sebelum ini dan membolehkan PPBM menunggang usaha kita menekankan kegagalan Pakatan Harapan selepas menjadi sebahagian daripada pentadbiran PH,” katanya.

Katanya, dalam politik hari ini orang tidak akan ingat pencapaian masa lalu dan akan tumpu pada prestasi semasa parti politik. Di situlah katanya Umno dan BN “dilupakan”.
“Salah satu sebabnya kerana kepemimpinan gagal merunding perjanjian yang lebih baik untuk kita dalam pakatan besar itu dan kegagalan mereka untuk faham kemahuan akar umbi dan penyokong.
“Kita nampak seperti selesa menjadi ‘adik kecil’ walaupun mempunyai kerusi terbanyak. Kurangnya pandangan jauh dan hala tuju yang strategik dari kepemimpinan semasa menyebabkan kita bermain ikut rentak PPBM.”
Wan Agyl Wan Hassan.Kenyataan Wan Agyl ini menyusuli teguran pemimpin Umno, Nazri Aziz, agar hubungan antara parti Melayu itu dengan PPBM ditamatkan, dan mendakwa demikianlah kemahuan akar umbi Umno.
Wan Agyl berkata pandangan akar umbi sememangnya penting namun Umno tidak boleh mengukur kekuatan berdasarkan akar umbi semata-mata kerana “politik sudah berubah”.
Memetik contoh DAP, katanya, parti itu berjaya meletakkan ia sebagai parti berbilang kaum walaupun merupakan parti yang didominasi orang Cina. Parti itu mendapat sokongan orang ramai kerana memenangi permainan persepsi, katanya.
“Jumlah keahlian yang besar mungkin berkesan beberapa dekad lalu tetapi di Malaysia hari ini, parti politik semakin kurang penting,” katanya. Orang ramai kini lebih cenderung kepada hujah berdasarkan fakta dan isu yang mempengaruhi kehidupan seharian.
Wan Agyl berkata walaupun ramai ahli Umno mahu parti itu berpisah dengan PPBM, persoalan sebenar ialah sama ada Umno dan BN sudah cukup berubah untuk meraih kepercayaan rakyat dan berdiri sendiri.
“Umno dan BN memerlukan perubahan struktur, ini banyak dibincangkan selepas kita kalah pada PRU-14, tetapi tiada yang konkrit berlaku.
“Bagi saya, kita memerlukan peralihan kepemimpinan, untuk membolehkan perubahan generasi yang sangat diperlukan dalam parti. Parti ini perlu berkembang menjadi sebuah organisasi idea, platform memupuk ahli, penyokong, dan rakyat yang berfikir.”
Umno harus menjadi sebuah parti yang membolehkan setiap segmen keahlian dan masyarakat umum membincangkan dan mengembangkan dasar yang baik untuk menangani isu yang melanda negara dan dibelenggu rakyat dengan berkesan.
Malah sebagai sebahagian daripada kerajaan, para pemimpin Umno perlu menyuarakan isu sebenar dan menekan kerajaan untuk membuat dan melaksanakan dasar yang lebih baik berdasarkan bukti dan bukannya retorik.
“Tanpa kemahuan politik untuk benar-benar berubah dari dalam ke luar, perbincangan dan strategi tanpa henti untuk menjadikan Umno lebih baik akan jadi sia-sia.”
Katanya, pemimpin dan ahli Umno mesti ingat PPBM ditubuhkan untuk menggantikannya.
“Sekiranya kita tidak bertindak sekarang, objektif untuk melenyapkan Umno dari politik Malaysia mungkin akan tercapai dan lebih buruk lagi, kita tidak sedar.”






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/kekuatan-akar-umbi-sahaja-tak-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Presiden Mkt Umno

Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Presiden Mkt Umno

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 288 hits
Salam sejahtera kepada presiden dan MKT Umno Malaysia Saya mewakili diri dan ini pendirian saya sebagai ahli Umno Kepada Datuk Seri presiden dan MKT yang bijaksana Suara keluhan risau gelisah dan pelbagai macam yang dilontarkan oleh ahli ak...
Sokongan Ahli Parlimen Umno Kepada Anwar Perlu Dirai Kata Pemimpin Pemuda Pkr

Sokongan Ahli Parlimen Umno Kepada Anwar Perlu Dirai Kata Pemimpin Pemuda Pkr

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 378 hits
October 10 2020 8 24 AMPETALING JAYA Sokongan wakil rakyat Umno kepada Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu perlu dirai kata seorang pemimpin Pemuda PKR mengulas khabar angin mengatakan semakin ramai wakil rakyat parti itu menyokon...
Nazri Gesa Pimpinan Dengar Suara Akar Umbi Tamatkan Hubungan Dengan Ppbm

Nazri Gesa Pimpinan Dengar Suara Akar Umbi Tamatkan Hubungan Dengan Ppbm

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 276 hits
PETALING JAYA Pemimpin Umno Nazri Aziz menyeru hubungan antara parti Melayu itu dengan PPBM ditamatkan mendakwa demikianlah kemahuan akar umbi Umno Akar umbi sangat merasakan Umno hanya perlu bekerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional t...
Akar Umbi Umno Menyifatkan Bersatu Dan Pas Sebagai Pengkhianat Penipu Dan Tukang Fitnah

Akar Umbi Umno Menyifatkan Bersatu Dan Pas Sebagai Pengkhianat Penipu Dan Tukang Fitnah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 504 hits
Surat terbuka akar umbi kepada presiden MKT Umno Tandiko Dalusin Salam sejahtera kepada presiden dan MKT Umno Malaysia Saya mewakili diri dan ini pendirian saya sebagai ahli Umno Kepada Datuk Seri presiden dan MKT yang bijaksana Suara keluh...
Pemimpin Perlu Rekonsiliasi Ketepi Ideologi Politik Selamatkan Sabah Kata Najib

Pemimpin Perlu Rekonsiliasi Ketepi Ideologi Politik Selamatkan Sabah Kata Najib

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 294 hits
Najib Razak hari ini mengingatkan pemimpin di Sabah supaya mengambil sikap rekonsiliasi mengetepikan perbezaan ideologi politik demi membangunkan dan membantu rakyat negeri itu Najib berkata rakyat Sabah sudah memberi kepercayaan kepada Gab...
Keluar Ppbm Masuk Semula Umno Untuk Selesai Isu Km Sabah Kata Shahrir

Keluar Ppbm Masuk Semula Umno Untuk Selesai Isu Km Sabah Kata Shahrir

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 356 hits
Shahrir Samad menggesa bekas ahli parti di Sabah supaya keluar PPBM dan menyertai semula Umno Dalam catatan di Facebook beliau berkata ia adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah mengenai siapakah yang akan menjadi ketua menteri Saba...
Pemuda Umno Ingatkan Ppbm Jangan Angkuh

Pemuda Umno Ingatkan Ppbm Jangan Angkuh

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 428 hits
freemalaysiatoday com September 28 2020 11 36 PMKetua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ahli Umno juga ada maruah dan tidak selamanya parti itu boleh mengalah PETALING JAYA Pemuda Umno mengingatkan PPBM supaya tidak angkuh selepas par...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization