Pemuda Umno Sabah Kepada Zahid Letak Jawatan Atau Disingkir


Diterbitkan 13 Dis 2018

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini menjadi sasaran susulan tindakan keluar beramai-ramai oleh wakil rakyat parti itu di Sabah.

Naib Ketua Pemuda Umno Sabah Ghazalie Ansing menyalahkan Zahid dan kurangnya hala tuju beliau sebagai presiden sebagai punca ia berlaku.

Beliau juga mendakwa Zahid - yang kini berdepan pendakwaan rasuah dan pecah amanah jenayah - menggunakan Umno sebagai perisai untuk menyelamatkan dirinya.

"Presiden tiada kuasa dan tidak dihormati di kalangan pemimpin dan anggota Umno," katanya dalam kenyataan, seperti dipetik FMT.

Justeru Ghazalie berkata Zahid patut meletakkan jawatannya secara segera, atau didesak untuk berbuat demikian.

"Jika beliau tidak bersetuju, saya meminta Majlis Tertinggi melakukannya secepat mungkin agar parti kita dapat melangkah ke depan," katanya lagi.

Beliau turut mengkritik mereka yang keluar Umno kerana meninggalkan perjuangan.

Selain anggota parlimen dan adun, pemimpin veteran parti itu di Sabah seperti bekas Ketua Menteri Salleh Said Keruak dan Pandikar Amin Mulia turut keluar Umno dan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Buat masa ini wakil rakyat yang keluar Umno itu akan kekal sebagai anggota parlimen dan adun bebas. Mereka dijangka akan menyertai Bersatu.

'Dr M, jangan kutip sampah'

Kebarangkalian itu telah mencetuskan kritikan dari dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Semalam, Anggota Parlimen Kepong dari DAP Lim Lip Eng menerusi twitter berkata berlaku "hujan katak di negeri di bawah bayu", dan menegaskan lompat parti tidak boleh dibiarkan berlaku.

Seorang lagi anggota parlimen dari DAP Ramkarpal Singh berkata tindakan menerima bekas pemimpin Umno dalam PH adalah pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat.

Tengah hari ini, Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu mengingatkan Mahathir bahawa beliau pernah memberitahu aktivis dan NGO dalam satu mesyuarat sebelum PRU ke-14 bahawa beliau tidak akan menerima "katak" dari Umno.

"Saya masih Ingat Mahathir menyifatkan mereka sebagai 'sampah' dan 'tidak berguna'. Jika mereka memang sampah yang tidak berguna, saya berharap anda (Mahathir) tidak akan menjadi pengutip sampah dan membawa mereka ke Bersatu," katanya.

Minggu lalu, Mahathir berkata PH tidak akan meneruskan rancangan menggubal undang-undang antilompat parti atas sebab demokrasi tidak melarangnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/pemuda-umno-sabah-kepada-zahid-letak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Dalam Proses Desak Zahid Letak Jawatan Presiden

Umno Dalam Proses Desak Zahid Letak Jawatan Presiden

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 555 hits
JELAPANG hendak bertanyakan kepada kawan kawan Umno Benarkah satu gerakan sedang diadakan di bahagian bahagian Umno untuk mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno
Lagi Desakan Zahid Letak Jawatan

Lagi Desakan Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 368 hits
Nampaknya gerakan untuk menurunkan Zahid semakin rancak berjalan Laporan dari peringkat ahli cawangan juga nampaknya tidak menyebelahi Zahid Kalau ada pun yang masih kuat menyokong ialah mereka yang terdiri sebagai Ketua Bahagian Kenapa Dak...
Zahid Tidak Bercuti Tidak Letak Jawatan

Zahid Tidak Bercuti Tidak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 365 hits
Sekadar menyerahkan tugas President kepada Timbalan President atas kepercayaan di satu majlis dialog Boleh membawa maksud bila masa boleh diambil balik dengan sekadar ISTIHAR sudah tidak percaya Bukan di Mesyuarat Majlis Tertinggi atau Majl...
Puashati Zahid Najib Melihat Umno Berkubur Di Sabah

Puashati Zahid Najib Melihat Umno Berkubur Di Sabah

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 503 hits
SALAH satu kepantangan pemain bolasepak ialah apabila kawan menyepak bola masuk celah kangkang mereka Hari ini Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak kena nutmeg dengan kawan kawan Umno mereka sendiri di Sabah Umno hari ini berKUBUR di Sabah be...
Hamzah Zainudin 10 Hari Tempoh Untuk Zahid Letak Jawatan

Hamzah Zainudin 10 Hari Tempoh Untuk Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 517 hits
KUALA LUMPUR Enam Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti hari ini mendesak Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dengan kadar segera Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mewakili mereka berkata Ahmad Z...
Sabah Umno Leaders Disappointed With Zahid Says State Youth Wing

Sabah Umno Leaders Disappointed With Zahid Says State Youth Wing

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 476 hits
KOTA KINABALU Many of the Sabah Umno senior leaders who left the party were unhappy with Ahmad Zahid Hamidi and claimed that the party president did not have a clear direction particularly for the state chapter said its youth wing Its chief...
Sabah Umno Youth Leader Wants Zahid To Quit Or Forced Out

Sabah Umno Youth Leader Wants Zahid To Quit Or Forced Out

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 438 hits
The daggers are out for Umno president Ahmad Zahid Hamidi following the exodus of more than a dozen Sabah Umno elected representatives Sabah Umno Youth vice chief Ghazalie Ansing blamed Zahid and his lack of direction for the latest develop...
Get Out Sabah Umno Youth Tells Zahid

Get Out Sabah Umno Youth Tells Zahid

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 399 hits
Sabah Umno Youth has blamed Ahmad Zahid Hamidi for the recent exodus from the party saying a lack of direction has left members in disarray The wing s vice chief Ghazalie Ansing also accused the Umno president who is facing charges of corru...
Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Unrestrained An All Out Yamaha Tr1 Caf Racer From France

Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return

Kpdn To Roll Out Compliance Programme At All Kl Public Markets

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

White House Scraps Cash Payments For Delayed Or Canceled Flights

Menu Malas Tapi Sedap Masa Cuti Hujung Minggu

Quick Corned Beef Recipe In Oven


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ronda Ronda Ferringhi Bay

Jepun Menjadi Tuan Rumah Deaflympics Buat Pertama Kali Di Tokyo

Pistols Of Legacy A Farewell Gift From Napoleon To His Son

Menteri Agama Sedang Teliti Ambil Tindakan Kepada Artis Islam Berpakaian Seksi

Hanya Orang Sabah Yang Boleh Pimpin Sabah Bukan Orang Luar Johari Ghani

Gila Mangsa Kemalangan Dibiar Meninggal Dunia Penduduk Sibuk Kebas Diesel