Surat Luar Biasa Bodoh Hang Kata Najib Baca Ni Apa Tommy Kata



Pada 13 Mac lalu,Najib mempersoalkan tindakan Tommy menyatakan rasa kesal kepada peguam Sulu selepas Malaysia memberhentikan bayaran RM5,300 setahun dalam surat kepada peguam di United Kingdom (UK) yang mewakili keturunan Sulu yang menyaman negara pada tahun 2019.
Najib tidak faham mengapa Tommy mengaku Malaysia kesal dalam surat kepada peguam Sulu yang disifatkannya sebagai 'Luar Biasa Bodoh' sedangkan bayaran tersebut dihentikan pada tahun 2013 selepas insiden pencerobohan Lahad Datu.
”Yang saya tak faham ialah Peguam Negara masa kerajaan PH telah tulis surat pada tahun 2019 kepada peguam UK mewakili keturunan Sulu yang sedang saman negara kita untuk mengaku Malaysia kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar “tunggakan” dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes.
“Saya memang tak faham kenapa dia kesal. Dia kesal bahawa ‘hanya’ 10 ahli anggota keselamatan kita terbunuh atau apa?” soal Najib lagi.
Najib juga mempersoalkan adakah Tommy dan PH fikir keturunan Sulu akan menghentikan kes setelah dibayar pampasan RM48,300 sahaja.
Sedangkan mereka sanggup mengupah peguam UK untuk saman Malaysia untuk pampasan berpuluh bilion ringgit di negara Sepanyol.
Najib turut kesal kerana selain kerajaan PH tidak menghantar wakil bagi kes Mahkamah Sepanyol, surat Tommy pada tahun 2019 telah dijadikan bukti dan alasan utama oleh peguam keturunan Sulu.
Ini kerana surat tersebut disifatkan sebagai pengakuan bahawa negara telah “salah” dan Malaysia “kesal”.
Surat tahun 2019 itu juga digunakan oleh peguam UK untuk menyangkal pendirian Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun bahawa identiti waris terbabit diragui.
”Sekiranya kamu kata Malaysia sudah mengaku salah dan kesal, adakah kami masih berpeluang untuk menang kes ke?” soal Najib.
Banyak betul soalan Najib mengenai isu ini nampaknya..
Setelah buat bodo saja bila ramai pihak mempersoalkan tindakannya menulis surat itu bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akhirnya buka mulut berhubung isu tuntutan waris Kesultanan Sulu.
Berikut adalah penjelasannya..
Semalam, Tommy berkata, kandungan Perjanjian 1878 berhubung penyerahan sebahagian besar Sabah oleh Sultan Sulu, Sultan Mohamet Jamal Al-Alam kepada dua wakil dan ejen Syarikat Borneo Utara British dideraf dengan jelas.
Katanya, perjanjian itu mempunyai kesan perundangan yang menujukkan hasrat kedua-dua belah pihak supaya ia dikuatkuasakan mengikut undang-undang.
Beliau menjelaskan, tiada sebarang kandungan utama dalam perjanjian itu yang menunjukkan ia mempunyai maksud samar-samar, sebaliknya jelas menyatakan tanah yang dikenal pasti dalam dokumen berkenaan diserahkan untuk selama-lamanya.
Perenggan dalam perjanjian itu, katanya, tidak boleh ditafsirkan untuk membawa maksud lain, selain ia adalah pemberian secara terang-terangan yang mempunyai kesan undang-undang berhubung pemindahan hak milik tanah terbabit daripada Sultan Sulu kepada Syarikat British.
Tommy berkata, ia bukan pajakan dan tidak pernah bertujuan bagi tempoh sementara dengan pertimbangan bagi penyerahan itu ialah pampasan sebanyak 5,000 dolar setahun, yang secara tersiratnya juga adalah untuk selama-lamanya.
"Jumlah itu adalah tetap dan tidak tertakluk kepada sebarang kenaikan atau semakan. Sepanjang pengetahuan saya, kerajaan tidak menjelaskan secara terbuka pada 2013 mengapa ia menghentikan pembayaran pampasan tahunan kepada pihak yang menuntut (Kumpulan Sulu).
"Penjelasan tidak rasmi diberikan ialah ia berikutan pencerobohan bersenjata pengganas Sulu di Lahad Datu di Sabah pada 2013. Bagaimanapun, tiada bukti boleh mengaitkan pihak menuntut yang menerima pampasan tahunan dengan penceroboh itu.
"Jika kerajaan ada bukti sedemikian, cara yang bijak adalah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Sabah di Kota Kinabalu bagi mendapatkan perintah bahawa kumpulan itu telah kehilangan hak untuk menerima bayaran pada masa hadapan dan bahawa Perjanjian 1878 tidak lagi berkuat kuasa.
"Jika itu berlaku, tindakan kerajaan untuk menghentikan pembayaran akan dibenarkan mahkamah, malangnya pihak yang bertanggungjawab ketika itu tidak mengambil langkah ini," katanya.
Katanya, tanpa sebarang alasan menghentikan pembayaran kepada pihak yang menuntut selepas 50 tahun dan tanpa meminta kebenaran mahkamah, kerajaan sudah memungkiri perjanjian berkenaan dan pihak menuntut berhak bagi pelaksanaan spesifik melalui perjanjian yang dipertikaikan itu.
"Ia secara praktikalnya bermaksudMalaysia mesti membayar tunggakan pampasan tahunan sebanyak RM5,300 daripada 2013 hingga 2022 dan mengaku janji untuk membayar jumlah sama setiap tahun selepas itu," katanya lagi.
Thomas memberi penjelasan mengenai pertikaian antara kumpulan Sulu dan kerajaan yang membawa kepada aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas kumpulan itu yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, seperti dilaporkan Financial Times.
Menurutnya, perbincangan awam mengenai isu berkenaan dicemari dengan pelbagai maklumat salah dan penipuan.
Bagaimanapun, Thomas berkata, oleh kerana perjanjian itu tidak menyatakan sebarang klausa berhubung penimbang tara dan oleh kerana Pejabat Konsul Her Britannic Majesty bagi Borneo sudah tidak wujud, forum paling sesuai untuk menyelesaikan pertikaian adalah mahkamah di Sabah.
Katanya, keputusan yang diputuskan oleh mana-mana forum lain yang dikata menjalankan bidang kuasa terhadap pertikaian ini adalah tidak sah dan sepatutnya tidak diendahkan sepenuhnya oleh kerajaan.
Selanjutnya, beliau berkata, kerajaan memohon untuk mengetepikan semua keputusan Mahkamah Tinggi Madrid, termasuk pelantikan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa (yang membenarkan tuntutan kumpulan Sulu), di mana mahkamah Sepanyol pada 21 Jun tahun lalu berpihak kepada Malaysia dengan mengetepikan semua keputusan sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi.
Dipetik dari Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/07/surat-luar-biasa-bodoh-hang-kata-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Tommy Thomas Punca Keputusan Ancam Aset Malaysia Di Luar Negara

Surat Tommy Thomas Punca Keputusan Ancam Aset Malaysia Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 305 hits
Kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara tersebut Surat bekas peguam negara Tommy Thomas kepada peguam yang dilantik oleh pihak ya...
Umno Perlu Bertindak Secara Luar Biasa Untuk Moral Support Kepada Najib

Umno Perlu Bertindak Secara Luar Biasa Untuk Moral Support Kepada Najib

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 166 hits
Menjelang keputusan mahkamah PERSEKUTUAN ke atas kes rayuan SRC NAJIB Umno PERLU lakukan sesuatu yang luar biasa Serahkan semula kuasa Dan jawatan Presiden kepada Najib dan serahkan semula jawatan dan kuasa PM kepada Najib Ini sahaja yang m...
Tuntutan Sulu Surat Tommy Beri Pengiktirafan Waris Sulu

Tuntutan Sulu Surat Tommy Beri Pengiktirafan Waris Sulu

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 153 hits
Ibarat menjadi duri dalam daging kepada Malaysia isu Sulu timbul lagi Kemuncak konflik dengan Sulu berlaku pada Februari 2013 apabila segerombolan waris Kesultanan Sulu menceroboh Lahad Datu Sabah Akibat daripada pencerobohan itu Kerajaan M...
Dakwaan Najib Terhadap Hakim Nazlan Terdesak Tidak Berasas Kata Pendakwa Raya

Dakwaan Najib Terhadap Hakim Nazlan Terdesak Tidak Berasas Kata Pendakwa Raya

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 205 hits
Pendakwaan berkata dakwaan itu boleh dibangkitkan ketika perbicaraan namun bekas perdana menteri itu tidak berbuat demikian kerana isu tersebut adalah tidak sah Pihak pendakwaan mendakwa Najib Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk m...
Mahkamah Tidak Akan Bantu Sembunyi Hubungan Luar Nikah Kata Hakim

Mahkamah Tidak Akan Bantu Sembunyi Hubungan Luar Nikah Kata Hakim

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 178 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar berkata pihak terlibat dalam saman itu tidak akan mendapat bantuan daripada mahkamah sebagai instrumen untuk menipu dan menyembunyikan perlakuan tidak bermoral mereka KUALA LUMPUR Hakim Mahkamah Tinggi yang...
Mahathir Dan Tommy Tidak Mampu Respon Terhadap Kenyataan Najib Berkenaan Tuntutan Sulu

Mahathir Dan Tommy Tidak Mampu Respon Terhadap Kenyataan Najib Berkenaan Tuntutan Sulu

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 208 hits
Oleh Sirajuddin AhmadApakah Mahathir sangka dengan berdiam diri maka semua masalah yang muncul akibat perbuatannya dan Tommy Thomas Ketika menjadi pemimpin kerajaan 22 bulan akan berlalu pergi begitu sahaja Najib Razak sudah beberapa kali m...
Apa Kata Najib Jho Low Pernah Tawarkan Rm1 5b Untuk Selesaikan Pertuduhan 1mdb

Apa Kata Najib Jho Low Pernah Tawarkan Rm1 5b Untuk Selesaikan Pertuduhan 1mdb

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 138 hits
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dilaporkan pernah menawarkan RM1 5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya The Edge memetik sumber yang tidak dinamakan mengatakan bahawa kerajaan tel...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah