Mahkamah Tidak Akan Bantu Sembunyi Hubungan Luar Nikah Kata Hakim


 
Hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar berkata pihak terlibat dalam saman itu tidak akan mendapat bantuan daripada mahkamah sebagai instrumen untuk menipu dan menyembunyikan ‘perlakuan tidak bermoral’ mereka. (Gambar Reuters)KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah dikemukakan bekas pembantu wanita seorang Ahli Parlimen pembangkang, meluahkan rasa terkilan kerana mahkamah dipergunakan untuk mencuci “kerja kotor” mereka di depan khalayak.
Azimah Omar berkata, beliau tidak boleh menerima perlakuan tidak bermoral itu mahupun cubaan pasangan terbabit untuk “mencemarkan mahkamah” memandangkan sikap mereka yang tidak jujur dan menipu, menafikan kebenaran dan fakta hubungan luar nikah yang keji, tidak bermoral dan tidak wajar oleh pasangan berkenaan.
Katanya, pihak berkenaan tidak akan mendapat sebarang bantuan daripada mahkamah sebagai instrumen untuk menipu dan menyembunyikan hubungan tidak bermoral mereka, yang merupakan penghinaan kepada dasar awam untuk menegakkan kesucian, ketenangan dan nilai murni perkahwinan.
Azimah berkata mana-mana kamar, sekecil mana pun, yang dibenarkan untuk melayan dakwaan palsu plaintif, hanya akan membawa keruntuhan nilai moral, kesopanan dan integriti masyarakat.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Katanya, dasar awam menetapkan bahawa mahkamah tidak seharusnya meluangkan masa atau sumber untuk memberikan sebarang remedi undang-undang kepada pihak yang datang ke mahkamah dengan penipuan untuk menyembunyikan penglibatan dan perbuatan tidak bermoral mereka.
Kenyataan keras Azimah terkandung dalam penghakiman setebal 43 muka surat yang dikeluarkan dua hari lalu bagi menolak saman R Indrani terhadap Ahli Parlimen Sungai Siput S Kesavan.
Azimah, yang menyampaikan alasan lisannya 30 Jun lalu, tidak mengarahkan Indrani membayar kos kepada Kesavan.
Indrani memfailkan saman itu selepas Ahli Parlimen berkenaan menafikan tuduhannya bahawa dia telah mengganggunya secara seksual.
Azimah berkata, kedua-dua pihak mempunyai hubungan luar nikah dan ini terbukti daripada perbualan mereka melalui mesej teks yang dikemukakan di mahkamah.
Laporan media pada 2019 menyebut, Kesavan dan Indrani masing-masing berusia 50 tahun, membuat laporan polis terhadap satu sama lain.
Dalam laporannya, Indrani mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan Kesavan sejak Disember 2018.
Sementara itu, Kesavan mendakwa Indrani menyebabkan dia mengalami gangguan mental dan trauma.
Azimah, dalam penghakiman itu juga berkata, ketika Indrani disoal balas mengenai kata-kata asmaranya (mesej teks) dengan Kesavan, dia cuba berhujah bahawa itu hanya “sandiwara” dengan persetujuan dan pengetahuan suaminya.
Katanya, tiada suami yang mempunyai harga diri akan membiarkan isterinya menghina perkahwinan dan keluarga selama bertahun.
Azimah berkata, pertukaran mesej itu juga mendedahkan bahawa Indrani dan Kesavan telah terlibat dalam perancangan menipu untuk mengelak dikesan oleh pasangan masing-masing.
Hakim berkata, ketika tahap kesedaran dan pendidikan untuk wanita terhadap gangguan seksual semakin kritikal, adalah sesuatu yang sangat menggerunkan bahawa Indrani akan secara melulu menggunakan “kad gangguan seksual” sebagai senjata untuk menyembunyikan “tingkah laku berahinya”.
Begitupun, Azimah berkata, adalah sesuatu yang “menjijikkan” bagi Kesavan untuk menepis penipuannya sendiri dengan menggambarkan Indrani sebagai penyerang seksual dan penggoda. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/mahkamah-tidak-akan-bantu-sembunyi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tambahan Bukti Baru Dipersembahkan Kepada Mahkamah Jadikan Hakim Nazlan Sebagai Orang Kena Tuduh

Tambahan Bukti Baru Dipersembahkan Kepada Mahkamah Jadikan Hakim Nazlan Sebagai Orang Kena Tuduh

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 520 hits
Oleh Sirajuddin AhmadJika sebelum ini Najib Razak menjadi Orang kena tuduh dimahkamah kini dengan penemuan bukti baru yang solid terhadap hakim Nazlan Mohd Ghazali maka kes menjadikan hakim Nazlan pula sebagai orang kena tuduh yang sedang d...
Tak Salah Pihak Luar Bantu Orang Miskin Di Kelantan Tapi Janganlah Masyarakat Hentam Kerajaan Pemimpin Kelantan Timb Mb

Tak Salah Pihak Luar Bantu Orang Miskin Di Kelantan Tapi Janganlah Masyarakat Hentam Kerajaan Pemimpin Kelantan Timb Mb

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 508 hits
Tak salah pihak luar bantu orang miskin di Kelantan tapi janganlah masyarakat hentam kerajaan pemimpin Kelantan Timb MBKerajaan Kelantan tidak menghalang mana mana pihak menyalurkan bantuan kepada masyarakat daif dan miskin di negeri itu te...
Bekalan Melebihi Permintaan Malaysia Perlu Eksport Semula Ayam Ke Luar Negara Kata Ngo

Bekalan Melebihi Permintaan Malaysia Perlu Eksport Semula Ayam Ke Luar Negara Kata Ngo

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 316 hits
Penafian Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan Kerajaan digesa untuk membenarkan semula eksport ayam ke luar negara memandangkan bekalan sudah pulih di pasaran selain pengeluaran melebihi permintaan Jurucakap sebuah
Dakwaan Najib Terhadap Hakim Nazlan Terdesak Tidak Berasas Kata Pendakwa Raya

Dakwaan Najib Terhadap Hakim Nazlan Terdesak Tidak Berasas Kata Pendakwa Raya

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 375 hits
Pendakwaan berkata dakwaan itu boleh dibangkitkan ketika perbicaraan namun bekas perdana menteri itu tidak berbuat demikian kerana isu tersebut adalah tidak sah Pihak pendakwaan mendakwa Najib Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk m...
Rentasan 1173 Kini Wujud Usaha Penyelesaian Luar Mahkamah Terhadap Kes

Rentasan 1173 Kini Wujud Usaha Penyelesaian Luar Mahkamah Terhadap Kes

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 365 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11731 PROJEK MUSANG KING DI PUNCAK GUNUNG INAS PUNCA BANJIR BALING 2 PENUNGGANG AGAMA MENYOKONG KEZALIMAN 3 APA SEBENARNYA YANG DIRUNDING DENGAN JHO LOW
Surat Luar Biasa Bodoh Hang Kata Najib Baca Ni Apa Tommy Kata

Surat Luar Biasa Bodoh Hang Kata Najib Baca Ni Apa Tommy Kata

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 430 hits
Pada 13 Mac lalu Najib mempersoalkan tindakan Tommy menyatakan rasa kesal kepada peguam Sulu selepas Malaysia memberhentikan bayaran RM5 300 setahun dalam surat kepada peguam di United Kingdom yang mewakili keturunan Sulu yang menyaman nega...
Mahkamah Putuskan Anak Lahir Di Luar Negara Oleh Wanita M Sia Tidak Layak Dapat Kerakyatan

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Di Luar Negara Oleh Wanita M Sia Tidak Layak Dapat Kerakyatan

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 552 hits
Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2 1 semalam memutuskan bahawa kanak kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang und...
Maal Hijrah Toleransi Elak Perbalahan Kata Pm

Maal Hijrah Toleransi Elak Perbalahan Kata Pm

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 462 hits
Ismail Sabri Yaakob berkata negara berjaya berhijrah memasuki fasa peralihan ke endemik selepas lebih dua tahun berjuang memerangi krisis berkembar kesihatan dan ekonomi akibat Covid 19 KUALA LUMPUR Sikap toleransi atau berlapang dada bukan...
Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sayonara Tokyo Masak Udang Dan Kisah Mesin Basuh

Resepi Stew Ayam

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi