Dakwaan Najib Terhadap Hakim Nazlan Terdesak Tidak Berasas Kata Pendakwa Raya



Pendakwaan berkata dakwaan itu boleh dibangkitkan ketika perbicaraan, namun bekas perdana menteri itu tidak berbuat demikian kerana isu tersebut adalah tidak sah. (Malaysia Now) – Pihak pendakwaan mendakwa Najib Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dengan membangkitkan dakwaan tidak berasas terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak dapat membela dirinya sendiri.
Timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang menjawab afidavit sokongan lanjutan permohonan Najib, berkata isu konflik kepentingan membabitkan hakim itu seperti yang didakwa Najib sepatutnya boleh dibangkitkan ketika perbicaraan, tetapi bekas perdana menteri itu memilih untuk tidak berbuat demikian kerana isu berkenaan adalah tidak sah.
Nazlan yang kini merupakan hakim Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, selepas beliau yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, mendapati Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Menyentuh mengenai kenyataan Najib berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Nazlan, Ashrof menegaskan bahawa ia dipenuhi skandal yang bertujuan mencemarkan nama baik Nazlan sebagai hakim perbicaraan.
“Pengetahuan Najib yang dikatakan sebagai pengetahuan peribadi mengenai siasatan SPRM adalah tidak benar kerana SPRM sebagai agensi penguatkuasaan bebas tidak akan mendedahkan maklumat rahsia berhubung siasatan yang masih berjalan,” katanya.
Ashrof berkata demikian bagi menjawab afidavit sokongan lanjutan Najib dalam permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa perbicaraan SRC batal dan tidak sah serta memohon mahkamah menimbangkan supaya diadakan perbicaraan semula.
Beliau menambah, tiada konflik kepentingan apabila Nazlan mendengar perbicaraan kes SRC, malah Najib membuat pengakuan bahawa tiada dakwaan rasuah terhadap hakim itu, tetapi hanya sama ada wujudnya konflik kepentingan apabila Nazlan mendengar perbicaraan kes terbabit.
Katanya dakwaan pembabitan Nazlan dalam kapasiti sebelumnya sebagai ketua kaunsel dan setiausaha syarikat kumpulan Maybank dalam pinjaman RM140 juta kepada Puncak Perdana Sdn Bhd dan RM4.17 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak dibuktikan dan sangkaan semata-mata.
“Dalam apa jua keadaan, keterangan yang didakwa adalah tidak relevan kepada pertuduhan yang dihadapi oleh pemohon (Najib) dalam rayuan ini. Tujuan sebenar (dokumen berhubung dakwaan konflik kepentingan) dikemukakan, iaitu satu dokumen yang tidak bernilai, adalah untuk memburukkan Nazlan pada pendapat umum sebelum pendengaran permohonan ini,” katanya.
READ MORE HERE
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/07/21/dakwaan-najib-terhadap-hakim-nazlan-terdesak-tidak-berasas-kata-pendakwa-raya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
21 07 2022 Panas Najib Mengaku Tiada Dakwaan Rasuah Terhadap Hakim N

21 07 2022 Panas Najib Mengaku Tiada Dakwaan Rasuah Terhadap Hakim N

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 255 hits
Datuk Seri Najib Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dengan membangkitkan dakwaan tidak berasas terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghaza...
Apa Kata Najib Jho Low Pernah Tawarkan Rm1 5b Untuk Selesaikan Pertuduhan 1mdb

Apa Kata Najib Jho Low Pernah Tawarkan Rm1 5b Untuk Selesaikan Pertuduhan 1mdb

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 334 hits
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dilaporkan pernah menawarkan RM1 5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya The Edge memetik sumber yang tidak dinamakan mengatakan bahawa kerajaan tel...
Najib Guna Alasan Hakim Disiasat Sprm Perlu Batalkan Kes Src Nya

Najib Guna Alasan Hakim Disiasat Sprm Perlu Batalkan Kes Src Nya

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 498 hits
Tok Mat ter cakap benar Sabit kesalahan bila Disiasat SPRM bila Ada Pendakwaan Ada hukuman Bukankah seseorang itu tidak bersalah selagi mahkamah tidak belum putuskan sedemikian Bagaimana keputusan Mahkamah Rayuan kekal hukuman Mahkamah Ting...
Ph Gila Serang Kerajaan Hari Hari Tapi Takut Tarik Balik Mou Kata Najib

Ph Gila Serang Kerajaan Hari Hari Tapi Takut Tarik Balik Mou Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 273 hits
Najib Razak berkata Pakatan Harapan tidak berani menarik sokongan terhadap memorandum persefahaman walaupun menyerang pentadbiran Ismail Sabri Yaakob setiap hari PETALING JAYA Najib Razak mempersoalkan keengganan Pakatan Harapan menarik bal...
There S Underlying Reason Nazlan Brought In To Hear Src Case Najib

There S Underlying Reason Nazlan Brought In To Hear Src Case Najib

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 385 hits
Najib Abdul Razak noted that it was peculiar that the prosecution conceded that a judge initially set to hear the RM42 million SRC International corruption case against him had a brother who was an Umno member The former prime minister said...
Najib Berjaya Checkmate Nazlan Dan Mahkamah

Najib Berjaya Checkmate Nazlan Dan Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 462 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPerkembangan terbaru perbicaraan kes SRC Datuk Seri Najib Razak semakin menarik apabila kedua mahkamah dan hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap Najib Razak telah berjaya di Checkmate oleh pihak pembela Kes dimana DSN...
Rafizi Ketuai Lebih 100 Cabang Pkr Lapor Polis Terhadap Najib

Rafizi Ketuai Lebih 100 Cabang Pkr Lapor Polis Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 337 hits
Lebih 100 cabang Parti Keadilan Rakyat di seluruh negara hari ini tampil membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri Najib Razak Tindakan itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat berhubung dakwaan kecuaian Najib semasa menghentik...
Najib Demonising Nazlan To Shape Public Opinion Ahead Of His Final Bid To Free Himself

Najib Demonising Nazlan To Shape Public Opinion Ahead Of His Final Bid To Free Himself

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 335 hits
Datuk Seri Najib Razak s bid to nullify his SRC International Bhd conviction by accusing trial judge Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali of being biased has been described as nothing more than a ludicrous and desperate attempt to exonerate himse...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing