Surat Kos Sara Hidup Beban Yang Ditanggung Rakyat


malaysiakini.com
Darren Lai Chai En
Diterbitkan: Mar 17, 2024 8:00 AM
Selangkah ke kedai runcit dan pasaran telah menjadi satu beban kepada rakyat Malaysia.

Kejatuhan nilai mata wang Malaysia dan inflasi yang meningkat telah memberikan impak yang signifikan kepada rakyat negara ini dan ini tidak boleh diabaikan dengan pelbagai propaganda bagi menutup keluhan rakyat.

Kita mengambil contoh yang mudah, sehelai wang ringgit yang bernilai RM50 pada masa kini tidak lagi memiliki nilai yang sama seperti sepuluh tahun yang lalu.

Inflasi adalah norma bagi mana-mana negara namun natijahnya akan lebih terkesan terhadap rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana jika tiada langkah kawalan yang serius.
Kejatuhan nilai mata wang Malaysia, terutamanya berbanding mata wang asing seperti dolar AS, euro dan yen Jepun, telah menyebabkan barangan import menjadi lebih mahal.

Ini bermakna rakyat perlu membayar lebih banyak wang untuk mendapatkan barangan asing, seperti elektronik, kenderaan import, dan barangan mewah lain.

Tambahan pula, pengurangan nilai mata wang juga boleh memberikan tekanan kepada ekonomi domestik, menyebabkan harga barang tempatan juga naik.

Hentikan alasan dengan menyatakan rakyat Malaysia bukan selalu melancong ke luar negara tetapi mari melihat kepada aspek yang lain seperti barangan makanan dan keperluan lain yang diimport.
Malaysia memperoleh sayur-sayuran, buah buahan dan daging sekurang-kurangnya dari 120 negara, mengimport lebih daripada 50 jenis bahan segar dan beku bagi memenuhi keperluan rakyat

Inflasi yang meningkat juga memberikan tekanan tambahan kepada rakyat Malaysia.

Inflasi merujuk kepada peningkatan secara umum dalam harga barangan dan perkhidmatan, dan ini bermakna wang rakyat kurang bernilai dari semasa ke semasa.

Kenaikan harga barangan harian seperti makanan, minyak petrol, dan perkhidmatan asas lain menyebabkan rakyat perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk menampung kos hidup.
Walaupun ada yang mungkin mencari alasan dengan menyalahkan kekuatan matawang negara lain, namun antara faktor utama yang tidak boleh dinafikan adalah dengan hakikat bahawa kelemahan ringgit mencerminkan kelemahan ekonomi kita sendiri.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, kini bukanlah masa yang sesuai untuk mengenakan cukai tambahan kepada rakyat. Sebaliknya, adalah lebih baik untuk mencari cara-cara lain yang lebih

progresif untuk mengurangkan defisit fiskal dan mengawal kos sara hidup.

Ini termasuklah penambahbaikan dalam pengurusan kewangan negara, peningkatan dalam kecekapan perbelanjaan kerajaan, dan pemantauan yang teliti terhadap penggunaan dana awam.

Beban cukai

Peningkatan cukai SST dan cukai-cukai yang lain, juga memberikan beban.

“Compounding dan Domino Effect” semakin menggila di Malaysia. Makanan sememangnya tidak terkesan tetapi cukai yang meningkat di sepanjang “supply chain” semestinya memberikan kesan.

Tidak lupa juga dengan sentimen pengusaha yang terus sama meningkatkan harga barangan bagi mengekalkan margin keuntungan yang sama.

Selain itu, adalah penting bagi ahli politik untuk menghentikan permainan politik dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada membantu rakyat.
Malaysia masa kini memerlukan kesatuan dan kerjasama untuk menghadapi cabaran ekonomi yang dihadapi oleh negara.

Politik yang bermatlamat dan berpandangan jauh ke hadapan adalah kunci untuk membawa Malaysia keluar daripada krisis ini. Cukuplah Malaysia dan rakyatnya menyaksikan pergelutan kuasa, tebuk menebuk, dan lalu pintu belakang pasca PRU14.

Ahli-ahli politik harus jelas bahawa perebutan kuasa ini akan memberikan kesan yang berpanjangan, jangan hanya difikirkan tembolok masing-masing.

Secara kesimpulan, tindakan harus dilakukan sekarang walaupun sudah terlambat, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menstabilkan nilai mata wang dan mengawal inflasi.

Ini mungkin termasuk menambah baik dasar-dasar ekonomi, meningkatkan produktiviti dan daya saing, serta memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan.

Mantan perdana menteri Najib Razak telah menyediakan garis panduannya, ketepikan keegoan politik dan mula implikasikan.

DARREN LAI CHAI EN ialah bekas pegawai di Pejabat Menteri Besar Johor.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/surat-kos-sara-hidup-beban-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kos Sara Hidup Antara Punca Perceraian Tinggi Di Selangor

Kos Sara Hidup Antara Punca Perceraian Tinggi Di Selangor

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 211 hits
bharian com myOleh Mac 4 2024 11 31amMohammad Fahmi ketika menjawab soalan pada Sidang DUN Selangor di Wisma DUN Selangor Shah Alam hari ini Foto NSTP FAIZ ANUARSHAH ALAM Kos sara hidup yang tinggi di Selangor berbanding negeri lain menjadi...
Ramai Rakyat Russia Masih Setia Kepada Putin

Ramai Rakyat Russia Masih Setia Kepada Putin

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 103 hits
MOSCOW Presiden Russia Vladimir Putin dijangka kekal mentadbir buat penggal kelima di republik itu Malah sekiranya menang pemimpin disebalik tercetusnya peperangan di Ukraine akan terus memperluaskan kuasanya pada bila bila masa sejak 24 ta...
Masyarakt Dunia Sokong Usaha Pmx Membela Rakyat Palestiine

Masyarakt Dunia Sokong Usaha Pmx Membela Rakyat Palestiine

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 118 hits
Masyarakat antarabangsa nampak ketegasan PM kita dalam pertahankan walaupun berdiri di sebelah penyokong rejim Telah tular jawapan beliau terhadap soalan provokasi oleh media Jerman di mana beliau secara tegas telah dalam isu ini Inilah jaw...
Demi Rakyat Pmx Terus Gigih Menawan Hati Pelabur Jerman

Demi Rakyat Pmx Terus Gigih Menawan Hati Pelabur Jerman

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 184 hits
Oleh Noraini Nordin ULASAN BERITA Jadual yang padat di Jerman memperlihatkan sosok gigih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PMX yang konsisten menjadi jurujual terulung mempromosikan Malaysia kepada pelabur negara tersebut Usaha Anwar mengada...
Turn Golf Courses Into Rakyat Housing

Turn Golf Courses Into Rakyat Housing

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 186 hits
Can we transform run down perhaps crime ridden flats into flashy new condos This seems to be the thinking behind Malaysia s first Urban Redevelopment Act Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming said that once the is approved by P...
Mantap Sesi Soal Jawab Bersama Pmx Dengan Rakyat Malaysia Di German

Mantap Sesi Soal Jawab Bersama Pmx Dengan Rakyat Malaysia Di German

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 199 hits
Saya berpeluang beramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Jerman Dalam ucapan saya maklumkan bahawa Malaysia menerima pengiktirafan daripada para pemimpin industri dan perniagaan di Jerman dengan pelaburan berpotensi bernil...
Organisasi Bantu Rakyat Palestin Peminat Bangga Jisoo Bp Derma Keuntungan Youtube Peribadi Pada Save The Children

Organisasi Bantu Rakyat Palestin Peminat Bangga Jisoo Bp Derma Keuntungan Youtube Peribadi Pada Save The Children

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 153 hits
Bukan sahaja seorang artis berbakat Ji soo BLACKPINK juga turut disayangi ramai kerana sikapnya yang baik hati ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan pada 12 Mac Ji soo telah menyumbangkan semua keuntungan daripada saluran YouTube peribadinya ke...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri