Demi Rakyat Pmx Terus Gigih Menawan Hati Pelabur Jerman
Oleh: Noraini Nordin
ULASAN BERITA: Jadual yang padat di Jerman
memperlihatkan sosok gigih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PMX yang konsisten
menjadi 'jurujual' terulung mempromosikan Malaysia kepada pelabur negara
tersebut.
Usaha Anwar mengadakan pertemuan demi pertemuan dengan
peneraju-peneraju industri dan perniagaan supaya para pelabur Jerman memilih
Malaysia sebagai destinasi pilihan utama mereka membuahkan hasil.
Pastinya satu lagi berita baik yang ditunggu-tunggu oleh Malaysia
Madani.
Malaysia telah meraih pelaburan berpotensi bernilai RM45.4 bilion
dari Jerman.
Menyusuri lanjut lawatan Anwar di Jerman, sebagaimana biasa dalam
semua lawatan rasmi ke luar negara, PMX sentiasa mempunyai aturcara yang padat,
terutama bertemu pelabur dan peneraju industri perniagaan.
Tidak terkecuali dalam lawatan ke Jerman ketika ini yang kebetulan
diadakan pada bulan puasa, kepadatan jadual beliau dalam konteks tersebut tidak
langsung berbeza.
Tujuannya tidak lain untuk memastikan Malaysia terus menjadi tapak
pelaburan asing yang sentiasa berkembang dan diminati.
Ketika bertemu rakan sejawatnya, Canselor Olaf Scholz di Berlin,
Anwar mengalu-alukan lebih banyak perniagaan Jerman untuk memanfaatkan lokasi
Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dan infrastrukturnya yang dibangunkan,
sebagai destinasi pelaburan pilihan.
"Dalam Kesatuan Eropah (EU), sudah tentu, Jerman adalah rakan
dagang terbesar kami dan anda telah melabur jumlah yang cukup besar iaitu
hampir AS$15 bilion (RM70.24 bilion)," katanya.
Fokus latihan pelajar
Sehubungan itu, katanya Malaysia berharap kepada kerjasama yang
lebih luas, bukan sahaja dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan, malah
untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam semua bidang.
DS Anwar bersama ketua ketua industri Jerman
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia turut berminat
untuk memberi fokus terhadap latihan pelajar.
"Kami mempunyai kira-kira 1,000 pelajar di seluruh Jerman
untuk menjalani latihan di pelbagai syarikat Jerman sebagai pendedahan awal
kepada mereka," katanya.
Ketika menyampaikan ucaptama pada acara SME Future Day 2024
(Mittelstand) khusus untuk kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Anwar
secara terbuka mempelawa kalangan firma Jerman serta perniagaan di serata
Eropah untuk turut mengambil bahagian, melabur dan menjalin kerjasama dengan
Malaysia yang menurutnya sebuah negara dinamik, strategik dan pesat berkembang.
Tawarkan latihan tenaga mahir
Beliau berkata, Malaysia juga menawarkan barisan tenaga kerja
mahir, infrastruktur moden, persekitaran kawal selia yang jelas selain potensi
pertumbuhan yang besar.
"Kami adalah sebuah ekonomi dinamik yang sesuai dan menepati
abad ke-21, malah rakan kongsi yang sempurna untuk kalangan perniagaan
Jerman," katanya dalam ucaptama di SME Future Day 2024 dianjurkan oleh
Persatuan PKS Jerman (BVMW), menghimpunkan kira-kira 5,000 usahawan Perusahaan
Kecil dan Sederhana selain turut disertai oleh wakil kerajaan dan tokoh
korporat terkemuka negara itu.
Tidak terkecuali, Anwar juga turut menghadiri mesyuarat meja bulat
bersama barisan peneraju industri perniagaan Jerman, selain mesyuarat peribadi
dengan pengurusan atasan beberapa syarikat terpilih.
Pertemuan tersebut dihadiri wakil hampir 40 syarikat yang
memfokuskan pelbagai bidang termasuklah pembuatan, automotif, angkasa dan
farmaseutikal.
Ia termasuk wakil dari Schott AG; Siemens AG; B. Braun; X-Fab
Silicon Foundries, Melexis, Volkswagen; Oldenburger Interior; PCC SE; Oryx
Stainless; Fresenius; DELO Industries Klebstoffe; Airbus Asia Pacific serta
Airbus Malaysia; Infineon Technology, DHL; Bayer AG dan lain-lain.
Pertemuan peribadi dengan Anwar
Antara yang mengadakan pertemuan peribadi bersama Anwar pula
termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat semikonduktor mikro-elektrik
Melexis, Marc Biron; dan Rudi de Winter yang juga CEO X-FAB Silicon Foundries,
syarikat aplikasi semikonduktor analog/campuran isyarat.
Berdasarkan usaha gigih Perdana Menteri itu, nilai pelaburan
berpotensi Jerman yang dijangka dibawa masuk adalah bernilai RM45.4 bilion.
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelaburan berpotensi itu
merangkumi projek baharu serta projek peluasan dan pempelbagaian.
"Pelaburan berpotensi itu daripada pelbagai industri seperti
semikonduktor, aeroangkasa, peranti perubatan, kimia dan perkhidmatan,"
ujarnya.
Ketika berpeluang beramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat
Malaysia di Jerman, Anwar memaklumkan, Malaysia menerima pengiktirafan daripada
para pemimpin industri dan perniagaan di Jerman dengan pelaburan berpotensi
bernilai RM45.4 bilion kerana disokong kestabilan politik yang merupakan elemen
penting bagi pelabur.
Anwar seterusnya mengulangi iltizam bersama rakan Jemaah Menteri
untuk berkhidmat dengan lebih baik buat rakyat keseluruhannya.
_______________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/03/demi-rakyat-pmx-terus-gigih-menawan.html