Kos Sara Hidup Antara Punca Perceraian Tinggi Di Selangor


bharian.com.my
Oleh Ruwaida Md Zain 
[email protected] Mac 4, 2024 @ 11:31am
Mohammad Fahmi ketika menjawab soalan pada Sidang DUN Selangor di Wisma DUN Selangor, Shah Alam hari ini. - Foto NSTP/ FAIZ ANUAR
SHAH ALAM: Kos sara hidup yang tinggi di Selangor berbanding negeri lain menjadi antara punca utama kes perceraian di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Beliau berkata, peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup itu mendatangkan pelbagai implikasi buruk kepada psikologi mahupun sosial.

"Apabila pendapatan isi rumah tidak dapat menampung perbelanjaan, maka rakyat perlu keluar mencari pekerjaan sambilan atau tambahan bagi menampung keperluan perbelanjaan yang tidak mencukupi.

"Disebabkan kesibukan bekerja, masa berkualiti bersama anak berkurangan terutama bagi mereka yang berumah tangga dan akhirnya akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan dengan berlakunya perceraian," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Wisma DUN Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Mu'izzuddeen Mahyuddin (PN-Hulu Bernam) mengenai faktor yang mendorong perceraian tertinggi di Selangor berbanding negeri lain pada 2023.

Mohammad berkata, migrasi dalaman membabitkan penduduk dari luar Selangor, migrasi antarabangsa yang datang bekerja di Lembah Klang, selain tawaran peluang pekerjaan tinggi menyumbang kepada bilangan penduduk yang tinggi di negeri ini.

"Penduduk luar yang bernikah di luar negeri ini dan kemudiannya bekerja dan bermastautin di sini sudah tentunya akan mendaftarkan perceraian mereka di Selangor.

"Ini kerana setiap masalah berkaitan institusi kekeluargaan yang timbul akan didaftarkan dan diselesaikan berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di tempat mastautin pihak yang memohon," katanya.

Beliau berkata, pembangunan pesat di Selangor juga salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian di negeri itu.

"Pertumbuhan ekonomi yang rancak di Lembah Klang mengakibatkan Selangor menjadi hub utama bagi semua sektor pembangunan ekonomi. Banyak peluang pekerjaan ditawarkan mengakibatkan kadar komposisi penduduk di Selangor meningkat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, informasi berkaitan hak dan tanggungjawab dalam rumah tangga banyak dikongsikan melalui platform media sosial turut menjadi faktor kepada masyarakat untuk lebih memahami hak dan tanggungjawab mereka dalam rumah tangga.

"Akses kepada perkhidmatan peguam syarie sama ada disediakan oleh agensi kerajaan ataupun swasta dilihat banyak membantu masyarakat di Selangor mendapatkan hak mereka melalui sistem kehakiman dan perundangan yang betul seterusnya menyumbang kepada jumlah perceraian tinggi di Selangor.

"Justeru, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mencadangkan supaya satu kajian yang menyeluruh dilakukan oleh pakar penyelidik dari mana-mana institusi atau agensi untuk mengenal pasti punca perceraian di Selangor.

"Hasil kajian ini kelak boleh diguna pakai oleh kerajaan negeri atau agensi yang berkaitan untuk membuat dasar atau program bagi mengurangkan kadar perceraian di Selangor," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/kos-sara-hidup-antara-punca-perceraian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Anda Kena Bayar Perbandingan Antara Hidup Di Kampung Pedalaman Vs Bandar

Apa Yang Anda Kena Bayar Perbandingan Antara Hidup Di Kampung Pedalaman Vs Bandar

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 201 hits
Di medsos saya tulis betapa hidup di pedalaman amat membahagiakan berbanding hidup di bandar terutamanya dari segi kos hidup nbsp Ada kawan komen itu hanya sesuai untuk mereka yang dah pencen Bagi anak muda masuk pedalaman hanya untuk aktiv...
Bersatu Rep Said To Back Selangor Mb Vows To Champion Party S Struggle

Bersatu Rep Said To Back Selangor Mb Vows To Champion Party S Struggle

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 149 hits
Sungai Kandis assemblyman Wan Dzanahurin Ahmad says he has no intention of leaving Bersatu PETALING JAYA A Bersatu assemblyman has vowed to champion his party s struggle and remain an elected representative for the opposition while denying ...
Discontent With Leadership Among Some Selangor Bersatu Reps Says Source

Discontent With Leadership Among Some Selangor Bersatu Reps Says Source

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 179 hits
A source claims that five Bersatu assemblymen are being wooed to support the Pakatan Harapan Barisan Nasional administration in Selangor PETALING JAYA Several assemblymen from Bersatu in Selangor are said to be dissatisfied with the party l...
Selangor Sultan Relinquishes Role As Mki Chairperson

Selangor Sultan Relinquishes Role As Mki Chairperson

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 192 hits
Selangor ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah has relinquished his role as the chairperson of the Malaysian National Council for Islamic Religious Affairs His Highness has chaired the MKI for a tenure of almost two years since March 10 2022 ...
Adun Selat Kelang Dakwa Bersatu Selangor Dikuasai Kartel

Adun Selat Kelang Dakwa Bersatu Selangor Dikuasai Kartel

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 151 hits
Abdul Rashid Asari mendakwa ada kartel mahu membawa orang masing ma sing sebagai calon Bersatu pada PRN tahun lalu PETALING JAYA Adun Selat Kelang Abdul Rashid Asari mendakwa Bersatu Se langor dikuasai kumpulan kartel dipimpin individu baru...
Tinggi 167cm Muat Naik Pelbagai Foto Kasual Peminat Kagum Berat Song Jihyo Hanya 48kg

Tinggi 167cm Muat Naik Pelbagai Foto Kasual Peminat Kagum Berat Song Jihyo Hanya 48kg

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 238 hits
Song Ji hyo menayangkan bentuk badan yang langsing dan elegan semasa di Bangkok ARTIKEL BERKAITAN Terbaru dia berkongsi beberapa gambar yang diambil di Bangkok dengan kapsyen Kenangan perjalanan kerja ke Bangkok Song Ji hyo memakai pelbagai...
Bersatu Leader Denies 4 More State Reps Set To Back Selangor Mb

Bersatu Leader Denies 4 More State Reps Set To Back Selangor Mb

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 226 hits
Following a shift in support by Selat Klang representative Abdul Rashid Asari Bersatu supreme council member Dr Afif Bahardin has dismissed a rumour that four more Selangor assemblypersons will pledge their support for Menteri Besar Amirudi...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus