Sup Gear Box Yang Terpaling Sedap




Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang siri 38 tokoh sufi 44 dan mutiara hikmah al iman Ahmad bin Muhammmad Ar Rudzabari tokoh ulamak di Mesir berasal dari Baghdad.
Kata beliau lagi, tidak dapat redha seorang yang tak sabar sampai rasa kemanisan redha. Sebelum redha kena sabar dulu. Sabar lah kamu sebagaimana sabar 5 Rasul Ulul Azmi dari kalangan Rasul. Kena sabar dan kuatkan sabar, baru datang redha. 
Bila Allah uji hambanya, mengeluh dulu. Bila terlanggar tiang, kita akan berkata Aduh sakit. Itu datang secara auto, baru kita istighfar. Itu fitrah, jadi mengeluh sakit tak ada masalah. Nabi juga pernah mengeluh sakit. Sakitnya kepala. Sakitnya kaki. Tak bermaksud kita tak sabar. Itu fitrah. Kita tahu ini ujian Allah di mana Allah nak angkat darjat kita. Ujian akan kembalikan kita pada Allah. Istidraj pula akan menjauhkan diri pada Allah dan putus asa dalam hidup. 
Allah datangkan ujian, seperti contoh seorang kerana asyik melihat seorang wanita cantik telah terlanggar tembok sehingga patah hidung. Kata Nabi, kamu hamba yang Allah nak bagi kebaikan. Allah bila sayang seorang hamba akan disegerakan balasan dosanya di dunia. Dosa kerana melihat wanita tadi.
Kalau Allah tak sayang, Allah biarkan dia buat dosa dan pegang dosa sampai hari kiamat, baru akan dihukum. Akan double hukumannya. Di dunia, bila ada ujian masih boleh di fix balik. Patah hidung, boleh operate. Hidung jadi lagi mancung. Kalau di akhirat, habis lah. Tak boleh lagi nak fix. 
Jika harta habis, akan dapat lebih baik. Allah ganti lebih baik selepas dah bertaubat. Kat dunia kita boleh baiki. Ada masalah suami isteri. Bila ujian perceraian, dapat isteri atau suami lebih baik. Kat dunia boleh baiki dengan taubat. 
Anak yang masa kecil, kita tak didik, akhirnya kita sedar dan kita didik cucu pula. Cucu penyebab ayah dia belajar agama. Ketika itu, kita dah bayar kesalahan kita dulu. Kita kena cepat sedar. Kat akhirat dah tak boleh baiki. Kerana tak ada gantian. Tsunami di Indonesia. Asbab tsunami, lebih baik tak ada lagi perang. Itu kebaikan. Ujian akhirat, tak boleh baiki. Bila Allah sayang, Allah segerakan hukumannya. 
Kata beliau lagi, tak akan redha, siapa yang tak sabar. Tak akan sempurna agama siapa yang tak bersyukur. Para wali bila mati, mengatakan ada hajat tak sampai. Contoh, ada seorang nak kawin dah book dewan, tiba tiba mati. Kita kata kesian arwah. Kempunan pada nikmat dunia yang tak habis habis. Kesian arwah. Itu budaya kita cerita kempunan pada nikmat dunia yang tak habis. Nak dapat cucu. Dah war war pada ramai orang. Tapi tiba tiba mati. Hajat nak tengok cucu tak sampai. 
Para Wali Allah ada 2 benda tak pernah selesai untuk mereka lakukan iaitu hajat tak pernah selesai bila mereka mati ialah pertama, menangisi diri mereka atas dosa mereka. Sampai nak mati masih dok fikir dosa walaupun dah banyak lakukan ketaatan. Teringat dosa dengan mak ayah, dosa dengan orang. Walaupun dah bertaubat tapi masih terkenang dosa. 
Kedua, pujian pada Allah. Saya tak puji Allah dengan sungguh sungguh dengan segala nikmat dan kebaikan yang Allah bagi. Bila diuji, Allah datangkan pertolongan. Tak ada duit, tiba tiba ada orang datang untuk tolong. Setiap ujian, Allah akan datang pakej pertolongan. Rahmatnya Allah di sebalik ujian. Tak habis lah puji Allah. Para Wali Allah rasa tak selesai menangisi atas dosa dan kedua, pujian pada Allah. 
Kita pula, tak habis habis cerita bab dunia. Keluar lah istilah kempunan. Bila mati, kita akan dihisab pertama dosa kita dan kedua, dihisab syukur kita. Contoh, kita beri macam macam pemberian pada orang tapi kita tunggu bila dia nak ucap terima kasih. Bila lama, masih tak ucap, kita akan tembak dia. Kita dah bagi macam macam. 
Agak agak kita macam mana di hadapan Allah. Malu kita pada Allah. Diberi macam macam nikmat tapi asyik mengeluh. Nikmat banyak. Hilang sikit dah punya sedih. Berapa banyak nikmat yang masih ada sehingga kamu nak mengeluh dengan nikmat yang hilang. Hilang sikit. Kami uji kamu sikit jer. 
Secara jujurlah dalam hidup kita, ujian kita banyak ke. Sebenarnya bukan banyak. Sikit jer. Setiap ujian, banyak pertolongan yang datang. Anak gagal exam, nak sedih. Kita lupa anak kita sihat dan mengembirakan kita. Tapi anak hafal juzuk al Quran lebih dari kita. Patut rasa anak dia hebat. 
Banyak nikmat yang Allah bagi. Jangan buta melihat nikmat. Allah ganti dengan yang lebih baik. Antara kata beliau lagi, siapa cuma melihat dirinya sahaja dia akan buta melihat pengajaran sekelilingnya. Dia rasa dia kaya kerana dia. Kalau gagal, kerana dialah dia gagal. Lupa lihat iktibar sekeliling. Ambil iktibar, saya bangun lambat menyebabkan terlepas bas. Kenapa bangun lambat? Kita harus melihat kerana dosa kita yang banyak.
Hanya tengok rezeki kurang. Tapi tak tengok iktibar kenapa rezeki kurang. Kita kata barangkali ramai orang berjimat cermat kot. Masak kat rumah. Itu analisis kita. Ekonomi slow. Bila ekonomi slow ada orang laju. Dia kaya masa tu. 
Kalau saya tak ada rezeki hari ini, lihat apa pengajarannya dulu. Dulu aku sombong, masa duit banyak. Sekarang Allah dah tegur. Kenapa Allah jadikan macam ni, mungkin sebab kurang zikir kurang taubat kurang syukur. Masa sihat kurang ibadah. Bila ibadah tak cukup, musibah datang. 
Allah dekat pahala kita dengan musibah. Musibah sampaikan darjat pada yang Allah kehendaki. Ada 2 iaitu ibadah dan musibah. Kita tak kuat, diangkat darjat dengan ibadah. Allah selamatkan diri kita dengan diberi musibah dan diangkat darjat. 
Dapat musibah sakit. Tak dapat pergi kuliah. Bila kita tahu kelemahan kita maka untuk elak musibah berlaku, perbanyakkan ketaatan dan ibadah. Kalau berlaku juga, maknanya belum cukup. Inilah keadaan orang beriman. 
Apa berlaku jangan buat analisis cara kita. Ada iktibarnya. Kita kata accident, sebab hujan jalan licin. Tapi ramai yang tak accident. Yang accident hanya 7 buah. Kalau betul, semua akan accident. 
Tujuan musibah untuk kita kembali pada Allah dan itulah tujuan musibah. Musibah tak akan datang sehingga hamba tahu dosanya dan bergantung pada Tuhannya. Setakat ini dahulu semoga bermanafaat.

Saya beli tulang beli ini dari Kelantan. Anak saudara saya, Rudy tolong bawakan. Kalau beli di sini yang dapat memang betul betul tulang lah. Sedikit sangat daging yang melekat di tulang. Tapi di Kelantan, selain harga murah, memang puashati. Kita dapat banyak daging yang melekat pada tulang.
Hari ini saya menyediakan sup yang lebih pekat dan banyak berempah kerana ada lauk yang perlu lebih rempah untuk hilangkan bau. Nak percepatkan masa, saya merebus kaki dengan menggunakan periuk tekanan. Daging tunjang atau urat keting akan memakan masa untuk lembut jika direbus cara biasa. 
Simpan dulu semalaman dalam peti ais untuk menjadikan lemak di permukaan beku. Jadi tak lah kita risau makan kuah sup ini akan memberikan masalah lemak dan jadikan saluran pada jantung tersumbat pulak. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….

Sup Gear Box Terpaling SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1-2 kg kaki lembuRempah 4 sekawan4 sudu besar rempah sup2 ulas bawang putih- tumbuk pecah pecah½ inci halia- tumbuk pecah pecahSerbuk perasaGaram
Bahan kisar:2 biji bawang besar merah4 ulas bawang putih1 inci halia
Bahan lain:Buah tomato - potong daduDaun sup - hiris Cili padi - hirisBawang goreng - sekali dengan minyak gorengan
Cara cara:Rebus tulang sehingga daging empuk. Biarkan sejuk dan ceduk keluar lemak yang membeku. Nota; nak cepat simpan dalam peti ais. 

Setelah empuk, hiris daging mengikut yang disukai. 
Tumis rempah 3 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah sup dan sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak. 



Masukkan daging dan tulang. Masukkan air secukupnya. 
Masukkan bawang putih dan halia yang dititik/pecah. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan serbuk perasa. 

Sebelum dihidangkan, panaskan atas dapur sehingga mendidih, masukkan daun sup, cili hiris, bawang goreng, buah tomato dsb. Akhir sekali, perah asam limau nipis.


Nota:1. Dihidangkan semasa sup masih panas
2. Goreng bawang goreng dan ceduk keluar minyak. Biarkan sedikit minyak dalam bawang goreng. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/08/sup-gear-box-yang-terpaling-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sup Ayam Ala Thai Mudah Dan Sedap

Sup Ayam Ala Thai Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 186 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan dengan kata kata mutiara tokoh sufi Siapa yang menyangka dia berhak dapat pahala kerana ibadah nya adalah salah Kalau bukan kerana rahmat dan kurniaan Allah bukan sahaja k...
Lodeh Terpaling Sedap Di Dapor Cik Oli

Lodeh Terpaling Sedap Di Dapor Cik Oli

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 167 hits
Hai lovely readers Siapa peminat lodeh ME Iye Saya memang peminat juadah nasi berbentuk kiub yang dimakan bersama kuah lemak warna kuning diraja ini Baru baru ini Misz ella jumpa lodeh sedap di Dapor Cik Oli Kat mana tu Kat Damansara Utama ...
Resipi Sup Telur Mudah Anak Kata Paling Sedap Di Dunia

Resipi Sup Telur Mudah Anak Kata Paling Sedap Di Dunia

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 142 hits
Pada seorang anak air tangan ibu adalah yang paling sedap Walau masakan paling ringkas seperti sup telur ini bagi anak anak empunya resipi ia tetap terpaling sedap di dunia Kalau yang lain nak cuba sup telur ini pun boleh disertakan sekali ...
Resipi Creampuff Kastard Sedap Pastri Tak Kecut Kembang Elok

Resipi Creampuff Kastard Sedap Pastri Tak Kecut Kembang Elok

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 113 hits
Sedapnya Creampuff Inti kastard gebu dan berkrim menjadikan manisan ini jadi kegemaran ramai Namun ramai yang takut takut nak cuba kerana fikir ia susah dihasilkan Anda pula macam mana Teringin nak cuba buat sendiri Resipi perkongsian sauda...
Mana Lebih Sedap Durian Kampung Atau Durian Musang King

Mana Lebih Sedap Durian Kampung Atau Durian Musang King

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 201 hits
nbsp Haa mana lebih sedap antara durian kampung atau durian musang king pada ampa Ceritanya macam nih minggu lepas abah kak ana maii rumah untuk celebrate birthday pertama cucu kami Dak Kimi Alhamdulillah dah setahun dah dia In Syaa Allah a...
Menu Paling Simple Dan Sedap

Menu Paling Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 155 hits
Menu paling simple dan sedap Kadang kadang malam yang konon kononnya tak nak makan malam tu kecundang juga dilewat malam tau tapi taklah selalu kadang kadang aje Nak menu yang simple dan sedap Inilah menu yang nieyl selalu masak kalau tenga...
Kek Coklat Moist Sedap Gebu Ikut Resipi Ni Pasti Jadi

Kek Coklat Moist Sedap Gebu Ikut Resipi Ni Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 202 hits
Sedapnya Kek Coklat Moist Kukus ni Anda nak cuba Saudari Hazila Baharudin ada kongsikan resipi yang sangat mudah dan terbaik Kek ni sangat sangat moist dan sedap terutamanya bila dimakan Lihatlah limpahan coklatnya mewah kan Bagi penggemar ...
Tip Buat Terung Masak Lemak Putih Makin Sedap Carik Kulitnya Supaya Kuah Menyerap

Tip Buat Terung Masak Lemak Putih Makin Sedap Carik Kulitnya Supaya Kuah Menyerap

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 197 hits
Sayur terung antara yang boleh diolah pelbagai cara termasuklah dibuat masak lemak Antara yang enak dan ringkas adalah terung masak lemak putih Jika berhasrat menyediakan lauk terung masak lemak putih ini boleh praktikkan sekali resipi dan ...
Mee Celup Stambung Di Tkt 4 Utc Kuala Terengganu Di Pb Square Memang Stambung Dan Sedap Kenyang Nyandar

Mee Celup Stambung Di Tkt 4 Utc Kuala Terengganu Di Pb Square Memang Stambung Dan Sedap Kenyang Nyandar

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 138 hits
Lama tak kena Mee Celup stambung sini di Foodcourt Tkt 4 UTC Sedap mee celup perut bulat sinning Perut banyak Molek wat tebal sikit perut hok nipis ni Ada 5 gerai yang beroperasi di sini Temapt makan bersih dan selesa Makan dalam aircond Se...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah