Suntikan Vaksin Tambahan Covid 19 Mungkin Perlu Diambil Setiap Tahun


Seorang pelajar menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 3 Jun 2021. (Foto: Kementerian Pendidikan)
SINGAPURA: Dalam usaha Singapura bergerak ke fasa endemik, suntikan vaksin tambahan COVID-19 setiap tahun adalah antara langkah yang mungkin diambil pemerintah. Demikian menurut Presiden Persatuan Karyawan Jagaan Kesihatan Muslim (MHPA) Dr Norhisham Main.

Beliau menambah bahawa pengambilan suntikan tambahan bagi lebih melindungi diri bukanlah sesuatu konsep yang asing.


Malah penggunaan jenis vaksin yang berbeza juga kemungkinan dilakukan untuk melawan varian-varian baru COVID-19 yang muncul pada masa depan.

"Kalau kita melihat dari segi virus flu, kita tahu tiap-tiap tahun mungkin kita akan mendapat suntikan vaksinasi.

"Tetapi kalau kita mengatakan dalam perjalanan kita untuk menjadikan pandemik COVID-19 menjadi endemik, ini antara langkah yang mungkin kita akan ambil di mana mungkin selain daripada suntikan tambahan, kita juga akan mengadakan perubahan dari segi jenis vaksinasi di mana kita boleh melawan varian-varian yang tertentu tiap-tiap tahun," jelas Dr Norhisham.

Minggu lalu (3 Sep), pemerintah mengumumkan akan menawarkan suntikan vaksin tambahan kepada golongan 60 tahun dan ke atas serta golongan dengan imun tubuh yang lemah seperti pesakit barah. Suntikan vaksin ketiga itu akan diberikan sekitar enam hingga sembilan bulan selepas mereka mengambil dos kedua.

Kohort pertama warga tua berusia 60 tahun dan ke atas yang sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin awal tahun ini layak untuk menerima suntikan ketiga dalam bulan September ini.

Bagi golongan dengan imun tubuh yang lemah pula seperti pesakit barah, mereka disarankan mengambil suntikan ketiga jenis vaksin yang sama dua bulan selepas menerima suntikan dos kedua.


Maka itu Dr Norhisham, yang juga Ketua Divisyen dan Konsultan Kanan Perubatan Paliatif Hospital Besar Ng Teng Fong, menekankan pentingnya orang ramai terutama golongan lebih berisiko, mengambil suntikan vaksin dan suntikan tambahan.

Selain dapat menghindar daripada jatuh sakit lebih teruk, pengambilan vaksin juga mampu mengurangkan komplikasi dan mempercepat proses penyembuhan daripada COVID-19. KEMUNGKINAN BAYI BARU LAHIR DIBERI SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 Ditanya sama ada bayi-bayi juga mungkin perlu mengambil suntikan vaksin COVID-19 sebagai sebahagian daripada program imunisasi negara untuk bayi-bayi yang baru lahir, Dr Norhisham tidak menolak kemungkinannya pada masa depan.

"Pada masa sekarang bagi kaum wanita yang hamil, mereka boleh mendapatkan vaksinasi dan bagi mereka yang menyusukan anak, mereka juga boleh meneruskan untuk mendapatkan vaksinasi.


"Dan mereka pun mendapati antibodi yang dikeluarkan sesudah mereka mendapat vaksinasi boleh mempertahankan bayi-bayi yang disusukan. Saya rasa mungkin akan terjadi tetapi pada masa sekarang kita tak pasti kerana kita tak ada maklumat yang mencukupi. Tetapi ini mungkin satu hasrat yang kita impikan." tambah beliau.

Sehingga 5 September ini, 81 peratus penduduk Singapura sudah lengkap mengambil dua dos vaksin.

Kongsikan artikel ini:

***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/suntikan-vaksin-tambahan-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Di New Zealand Maut Selepas Suntikan Vaksin Covid 19 Comirnaty Pfizer

Wanita Di New Zealand Maut Selepas Suntikan Vaksin Covid 19 Comirnaty Pfizer

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 216 hits
Vaksin pfizer Gambar fail REUTERS SM sm New Zealand Lapor Kematian Pertama dikaitkan dengan Vaksin Covid 19 Pfizer WELLINGTON New Zealand hari ini melaporkan seorang wanita meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin Comirnaty Pfizer C...
Jangan Kecam Mak Ayah Bawa Anak Keluar Main Mungkin Rumah Dia Bertingkat Mya Cadangkan Ambik Vaksin Tambahan Untuk Anak

Jangan Kecam Mak Ayah Bawa Anak Keluar Main Mungkin Rumah Dia Bertingkat Mya Cadangkan Ambik Vaksin Tambahan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 391 hits
Pengacara TV Mya Zulkifli berkongsi pandangan tentang kesihatan mental dan fizikal kanak kanak yang banyak terganggu setelah berbulan bulan lamanya terkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan Akhirnya terdapat sedikit kelonggaran dalam SOP...
Hanya 20 Minit Selesai Suntikan Dose Pertama Vaksin Covid 19

Hanya 20 Minit Selesai Suntikan Dose Pertama Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 302 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah penantian cucuk vaksin Covid 19 untuk dose yang pertama telah pun selesai pada kelmarin petang 3 September 2021 Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar tanpa perlu bersesak dengan ...
Penyelia Kontrak Dipenjara 3 Tahun Denda Rm16 000 Kerana Reka Cerita Keluarga Maut Akibat Covid 19

Penyelia Kontrak Dipenjara 3 Tahun Denda Rm16 000 Kerana Reka Cerita Keluarga Maut Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 224 hits
Tipu 8 ahli keluarga mati kerana covid untuk kutip derma kena 4 tahun penjara denda RM16 000 2 sebat rotan Lelaki reka cerita keluarga maut akibat Covid 19 dipenjara 3 tahun KOTA TINGGI Penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang dihuk...
Kerajaan Kaji Turunkan Harga Kit Ujian Kendiri Covid 19 Akhir Tahun Ini Tengku Zafrul

Kerajaan Kaji Turunkan Harga Kit Ujian Kendiri Covid 19 Akhir Tahun Ini Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 216 hits
Kerajaan sedang mengkaji untuk menurunkan lagi harga Kit Ujian Kendiri COVID 19 menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan ia mudah diakses oleh semua orang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Kementerian Per...
Ahli Ingatkan Kebutuhan Vaksin Non Covid 19 Anak Harus Tetap Dipenuhi

Ahli Ingatkan Kebutuhan Vaksin Non Covid 19 Anak Harus Tetap Dipenuhi

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 290 hits
Dokter spesialis anak Profesor Soedjatmiko menyarankan agar anak anak menjalani vaksinasi Covid 19 dan non Covid 19 Namun pelaksanaannya dianjurkan tidak dilakukan secara bersamaan
Hubungi Wapres As Menkes Minta 10 Juta Vaksin Covid 19

Hubungi Wapres As Menkes Minta 10 Juta Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 209 hits
Budi menyebut AS sempat tidak mau memberi hibah vaksin Covid 19 untuk Indonesia Namun setelah dilakukan negosiasi akhirnya AS memberikan vaksin Moderna secara gratis
Vaksin Covid 19 Luar Negara 12 Facts You Need To Know About The Vaccine

Vaksin Covid 19 Luar Negara 12 Facts You Need To Know About The Vaccine

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 346 hits
Coronavirus vaccine will not be a cure all virologist warnsA vaccine for the new coronavirus will not be a cure all solution to the pandemic a virologist has cautioned Speaking to CNBC s Squawk Box Europe on Friday Robert Lambkin Williams a...
Keberkesanan Vaksin Covid 19 Merosot Dalam 6 Bulan Kata Penyelidik Uk

Keberkesanan Vaksin Covid 19 Merosot Dalam 6 Bulan Kata Penyelidik Uk

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 204 hits
Pelajar Universiti Antarabangsa Florida menerima vaksin Pfizer Covid 19 dalam kampusnya di Miami semalam LONDON Penyelidik di Britain berkata perlindungan daripada Covid 19 oleh vaksin dua dos Pfizer BioNTech dan Oxford AstraZeneca mula mer...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih