Suntikan Flu Orang Dewasa Perlu Ambil Kesian Anak Bawah 6 Bulan Jika Ramai Tak Vaksin


Selain musim jerebu, terdapat juga sebab lain untuk rakyat Malaysia menggunakan topeng muka – musim flu. Memakai topeng muka adalah pilihan yang bijak khususnya jika rakan sepejabat atau ahli keluarga terdekat anda sudah mula mengalami simptom flu. Selain alat perlindungan fizikal, terdapat juga pencegahan melalui pengambilan suntikan flu. Persoalannya, siapa yang perlu mendapatkannya?

Apa itu flu?
Influenza atau lebih dikenali dengan terma flu, merujuk kepada penyakit respiratori mudah berjangkit yang disebabkan oleh virus-virus influenza. Penting untuk diingatkan bahawa flu dan selesema adalah dua perkara berbeza. Pelbagai jenis virus boleh menyebabkan selesema tetapi hanya beberapa virus sahaja yang bertanggungjawab untuk menyebabkan flu. Jangkitan boleh merebak apabila seseorang itu terdedah kepada titisan cecair yang tersebar semasa batuk, bersin atau melalui sentuhan dengan tangan/permukaan yang tercemar. Jangkitan melalui titisan cecair dalam udara ini lebih mudah berlaku dalam keadaan tertutup atau bersesak.
Influenza boleh berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Kawasan yang paling teruk terjejas dengan penularan jangkitan ini adalah negara-negara yang berada dalam zon iklim sederhana (temperate climate). Di kawasan tersebut, epidemik influenza lazimnya berlaku ketika musim sejuk, iaitu sekitar bulan November hingga Mac untuk hemisfera Utara dan dari April hingga September di hemisfera Selatan.
Antara sebab utama mengapa flu lazimnya berlaku ketika musim sejuk adalah seperti berikut:
-Majoriti individu akan menghabiskan masa yang sangat banyak di dalam rumah bersama dengan individu lain ketika musim sejuk. Ini meningkatkan kemungkinan sentuhan dan penularan jangkitan untuk berlaku.
-Virus tersebut hidup lebih lama dalam kawasan tertutup (indoor) kerana udara yang kurang lembap berbanding udara di luar.
-Ketika berada di udara musim sejuk, lebih mudah untuk ia disedut masuk (ketika bernafas) atau terkena mata, hidung dan mulut manusia.
Penyebab flu
Virus-virus yang menjadi penyebab kepada epidemik influenza adalah seperti berikut:
-Influenza A
-Influenza B
-Influenza C
-Influenza A mampu untuk menyebabkan epidemik manakala virus influenza B pula berupaya untuk menyebabkan wabak yang tular dalam satu rantau (beberapa buah negara). Influenza C pula Influenza C pula mempunyai insiden dan beban penyakit dalam manusia yang paling sedikit berbanding influenza yang lain.
Simptom flu
Selain suntikan flu dan langkah pencegahan lain (penggunaan topeng), penting untuk anda cakna tentang simptom flu. Ini membolehkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekitar orang yang disyaki menghidapnya.
Antara simptom flu adalah:
-Demam secara tiba-tiba
-Menggigil
-Batuk
-Sakit tekak
-Hidung berair dan/atau tersumbat
-Kerap bersin
-Sakit sendi
-Sakit otot
-Rasa letih dan lesu
-Sakit kepala
-Muntah dan cirit-birit (lebih kerap berlaku dalam kanak-kanak)
Penting untuk diingati bahawa bukan semua orang akan mengalami demam atau kesemua simptom-simptom di atas. Penyakit ini mampu mengakibatkan keterukan pada pelbagai tahap (dari sederhana sehinggalah teruk) di samping berupaya untuk menyebabkan kematian. Kaedah pencegahan seperti pengambilan suntikan flu dan juga penggunaan topeng muka adalah kaedah berkesan dalam melindungi diri daripada dijangkiti.
Pemantauan influenza di Malaysia
Untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia, insiden penyakit influenza boleh berlaku bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Secara amnya, insiden jangkitan pernafasan (termasuk influenza) di Malaysia sentiasa dipantau rapi oleh pihak Kementeriaan Kesihatan Malaysia (KKM). Pemantauan ini dilakukan bagi mengenal pasti sebarang corak insiden yang luar biasa. Pemantauan ini meliputi kadar konsultasi kes penyakit persis influenza atau influenza-like illness (ILI) dan juga pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat severe acute respiratory infection (SARI).
Sebarang perubahan kepada virus influenza yang terdapat di Malaysia dipantau rapi oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Berdasarkan trend yang direkodkan, rakyat Malaysia mungkin boleh menarik nafas lega kerana peningkatan kes ILI sejak bulan jun 2019 berada dalam julat yang normal. Insiden yang diperhatikan ini adalah hampir sama dengan trend pada tahun-tahun sebelumnya. Lebih melegakan lagi, pemantauan genetik virus-virus ini juga tidak menunjukkan sebarang mutasi yang mampu mencetuskan virus influenza yang baru.
Keperluan suntikan flu
Virus-virus influenza mudah membiak dan menukar ciri antigen mereka. Oleh itu, kebanyakan ubat antivirus yang lama seperti amantadine, tidak lagi berkesan dalam melawan penyakit ini. Berbeza dengan demam atau selesema yang biasa, influenza bukanlah jangkitan yang boleh hilang dengan masa atau dengan sekadar mendapatkan rehat yang mencukupi. Tambahan lagi, di Malaysia, penularan wabak influenza tidak mempunyai musim kerana ia boleh berlaku sepanjang tahun. Untuk itu, suntikan flu adalah langkah perlindungan yang sangat penting dalam mencegah keterjadiannya.
Kumpulan populasi yang berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza adalah:
-Kanak-kanak bawah usia 5 tahun (khususnya bawah usia 2 tahun)
-Wanita mengandung
-Warga emas berusia 65 tahun dan ke atas
-Pesakit yang menghidap penyakit kronik
-Individu yang menghidap penyakit respiratori
Anda juga sangat disarankan untuk mendapatkan suntikan flu jika merancang untuk melancong ke negara-negara beriklim sederhana. Walau bagaimanapun, terdapat juga kumpulan populasi yang tidak boleh mendapatkan suntikan flu. Mereka adalah:
-Bayi yang berusia bawah 6 bulan
-Individu yang mempunyai tindak balas alahan yang teruk terhadap suntikan flu dan bahan yang terkandung di dalamnya
Selain kumpulan di atas, terdapat juga kumpulan khas yang perlu mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan untuk menerima suntikan. Mereka adalah:
-Individu yang alah kepada telur
-Mereka yang pernah menghidap sindrom Guillain-Barré
Suntikan flu yang diluluskan adalah berbeza mengikut kumpulan populasi. Sebagai contoh, terdapat vaksin (inactivated influenza vaccines) yang boleh digunakan untuk bayi seawal usia 6 bulan. Terdapat juga suntikan yang hanya diluluskan untuk orang dewasa berusia 18 tahun dan ke atas. Oleh itu, penting untuk anda berunding dengan doktor bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan suntikan yang sesuai dengan usia dan indikasi anda.
Dalam menangani masalah penularan wabak influenza, langkah pencegahan yang mampan adalah amat penting. Persis bidalan, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Memilih untuk mengambil suntikan flu bukan sahaja melindungi diri sendiri, ia juga merupakan ihsan kepada golongan masyarakat tertentu yang tidak boleh menerima suntikan.
Sumber: Hello Doktor
The post Suntikan Flu, Orang Dewasa Perlu Ambil! Kesian Anak Bawah 6 Bulan Jika Ramai Tak Vaksin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suntikan-flu-orang-dewasa-perlu-ambil-kesian-anak-bawah-6-bulan-jika-ramai-tak-vaksin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kecil Baru 8 Bulan Wanita Meninggal Dunia Selepas Koma Beberapa Bulan Kerana Diragut

Anak Kecil Baru 8 Bulan Wanita Meninggal Dunia Selepas Koma Beberapa Bulan Kerana Diragut

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 385 hits
Ohmedia cukup geram bila dengar kes ragut sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian individu yang tak bersalah Lagi lagi bila ia melibatkan seorang wanita tua atau muda yang bergelar ibu Baru baru ini tersebar di media sosial yang dikong...
Tersepit Dirempuh Treler Ibu Anak 8 Bulan Maut Kemalangan

Tersepit Dirempuh Treler Ibu Anak 8 Bulan Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 882 hits
Seorang wanita dan bayi perempuan berusia lapan bulan maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 160 9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi ini Mangsa Siti Khadijah Haron 33 dan anaknya Nur Qaireen Marissa Nor A...
Mangsa Ragut Menghembuskan Nafas Terakhir Tinggalkan Anak 8 Bulan

Mangsa Ragut Menghembuskan Nafas Terakhir Tinggalkan Anak 8 Bulan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 265 hits
Ohmedia paling tak suka bila dengar kes ragut ni sebab setiap kali terjadi mesti perempuan yang jadi mangsa tau Menerusi page Penang Kini di Facebook seorang wanita yang sudah bergelar ibu kepada bayi 8 bulan meninggal dunia akibat patah 3 ...
Ni Lah Reason Mommy Stop Bf Kongsi Foto Bulan Madu Mia Ahmad Hamil Anak Kedua

Ni Lah Reason Mommy Stop Bf Kongsi Foto Bulan Madu Mia Ahmad Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 384 hits
Menerusi laman sosial Instagram Mia Ahmad ada memuat naik sekeping foto miliknya sekaligus ia menjadi tanda tanya kepada peminat Samilah Ahmad Bader atau lebih mesra disapa Mia Ahmad menerusi entrinya telah memaklumkan telah berhenti member...
Sebab Itu Jangan Kesian Dengan Peragut Disebabkan Peragut Bayi Berusia 8 Bulan Ini Kehilangan Ibunya

Sebab Itu Jangan Kesian Dengan Peragut Disebabkan Peragut Bayi Berusia 8 Bulan Ini Kehilangan Ibunya

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 268 hits
Seorang wanita yang juga ibu kepada bayi berusia 8 bulan dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan selepas diragut Menurut laman Facebook Penang Kini mangsa Nur Farahdila Zulkifli Amin diragut pada 23 November 2019 di Seberang Jaya Mangs...
Baru 3 Bulan Comelnya Azura Mata Bulat Persis Anak Mat Salleh

Baru 3 Bulan Comelnya Azura Mata Bulat Persis Anak Mat Salleh

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 918 hits
Sekejap dah genap tiga bulan usia anak perempuan Datuk Jamal Abdillah Nur Azura Yamani Kehadiran cahaya mata perempuan ini melengkapkan rumah tangga Datuk Jamal dengan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin Alhamdulillah Nur Azura Yamani anug...
Bekalan Tambahan Vaksin Influenza Di Bawa Masuk Bulan Ini Meningkat 4 Kali Ganda

Bekalan Tambahan Vaksin Influenza Di Bawa Masuk Bulan Ini Meningkat 4 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 394 hits
Bekalan tambahan vaksin influenza sebanyak 99 470 dos akan dibawa masuk bulan ini untuk memenuhi peningkatan permintaan yang mendadak sejak akhir tahun lalu Kementerian Kesihatan memaklumkan 40 000 dos vaksin influenza terdahulu sudah diagi...
Motor Driver Ojek Online Dicuri Di Depan Rumah Di Bekasi 2 Pelaku Anak Di Bawah Umur

Motor Driver Ojek Online Dicuri Di Depan Rumah Di Bekasi 2 Pelaku Anak Di Bawah Umur

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 223 hits
Ketiga pelaku adalah MR S dan R Para pelaku mengambil motor Sugianto yang diparkir di depan rumah dalam keadaan terkunci pada Senin
Kasus Penembakan Anak Bupati Majalengka Dituntut 2 Bulan Penjara

Kasus Penembakan Anak Bupati Majalengka Dituntut 2 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 190 hits
Irfan Nur Alam anak Bupati Majalengka Karna Sobahi yang terlibat kasus penembakan dituntut dua bulan kurungan penjara Humas Pengadilan Negeri Majalengka Kopsah mengatakan sidang keempat dengan agenda pembacaan tuntutan itu digelar pada Kami...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching