Sumpahan Larangan Makan Ikan Kacang Ikan Kekacang Atau Ikan Baracuda
Alam melayu sememangnya kaya dengan kisah misteri, lagenda, mitos serta dongeng yang diceritakan sejak turun temurun. unsur mistik pun wujud.
Salah satu lagenda yang menarik untuk diperkatakan adalah pantang larang terhadap sesetengah orang melayu yang tidak boleh makan sejenis ikan termasuklah keturunan saya sendiri.
Ikan tersebut adalah ikan kekacang atau ikan baracuda. Bagi yang biasa memancing, taulah, bagi yang yang belum kenal tapi tidak tahu asal usul salasilah, bahanalah... haha
Tahu tak ikan kekacang atau ikan baracuda macam mana ? Ikan kekacang atau baracuda adalah ikan air masin dan sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah seluruh negara.
Mungkin pada pendapat ramai orang generasi baru kini nampak cerita ini sedikit kelakar, Namun ketahuilah ada susur galur yang memang pantang memakan ikan kekacang atau ikan baracuda ini. Asal usulnya mungkin melibatkan negeri pantai timur yang berdekatan dengan pantai terutama Terengganu, Kelantan dan Pahang. Hormatilah kisah ini sebagai lagenda keluarga turun temurun.
Sekiranya mereka makan ikan ini, kulit mereka akan menjadi luka, dan juga gelembung darah yang sakitnya tuhan saja yang tahu. Ada juga yang naik butir seluruh badan, beddam, gatal, muntah, sopak dan boleh memudaratkan kesihatannya.
Memang arwah abah pernah memberitahu keturunanku tak boleh makan ikan kekacang ini. Menjadi suatu pantangan untuk makan ikan ini. aii sekali teringat.. memang tak tersentuhlah... dah buat reseach dalam google ni pun cerita ini masih berlegar.. Jadi benarlah seperti yang kudengari dan bukan omongon kosong cerita di kala tidur semata.
Banyak cerita dan versi kisah penceritaan asal usul sumpahan atau larangan ikan kekacang atau ikan baracuda ini sebenarnya. Tapi yang menariknya ianya hanya berkisarkan cerita di perairan pelayaran.
Kisah Mitos / Misteri / Dongeng Ikan Kacang / Ikan Kekacang / Ikan Baracuda
Pada Zaman Dahulu kala, moyang kerja di laut. Kerja nelayan. suatu hari berlaku ribut petir serta laut bergelora sehingga menyebabkan perahu karam. Beliau hanya mampu berserah pada Allah agar usianya dipanjangkan dan selamat kembali ke pangkuan keluarga.
Berkat kesabaran serta doa yang tidak putus-putus, akhirnya Allah menghantarkan pertolongan.
Dengan izin Allah, datang sekawanan ikan kekacang muncul dan memberikan bantuan kepada beliau dengan membawanya ke pantai.
Bagi mengenang budi terhadap sekawanan ikan kekacang tersebut, beliau telah berjanji dan bersumpah "tiada keturunan aku akan memakan ikan keturunanmu".
Begitulah asal usul kejadian.. Ianya berkenaan dengan sumpah yang telah dimaterai.. dan jika mendapat ikan kekacang akan segera dilepaskan bagi mengotakan janji sumpahan. Pesanan ini selalu dipesan dari generasi dulu hinggalah sekarang. agar tidak makan ikan kekacang.
Kisah Misteri Saya Bersama Ikan Kekacang atau Baracuda
Tanggal 24 Julai, 2020. Saya bersama rakan memancing di tasik Merang. Kejadian berlaku sekitar pukul 2 pagi. Joran tersentap makan dengan pantas terus terlepas dan melompat masuk ke dalam tasik ikut ikan baracuda ronda dalam tasik.
Termenung dan tergamam kami dibuatnya. Tapi nak dijadikan cerita, setelah joran puas round dalam tasik, ikan baracuda mari serah diri semula. Dia berlegar-legar di sekitar kami. Rupanya mata kail masih lagi tersangkut di mulutnya. Apabila kami dah dapat tali joran, barulah terlucut ikan tersebut. dan ya.. saya boleh kembali joran.
Adakah ianya juga petanda ? Adakah ianya suatu kebetulan ? Wallahuaklam.. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Kesimpulannya tiada siapa marah untuk anda makan ikan kekacangan ini ya. silakan.. Bukannya taksud dengan ceritara yang didengar. tapi adakalanya sesuatu penyakit yang kita kena adalah dari makanan yang kita makan.
Asbab Musabbab... Musaqqoh cerita yang didengar, saya mengambil pendekatan dengan menolak untuk memakan ikan kekacang / ikan baracuda. Masih belum berani untuk makan. Akan ku sampaikan kepada anak2 cucu2ku agar tidak sewenangnya menangkap, memasak mahupun memakan ikan kekacang atau ikan baracuda ini. Percaya atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Memancing kan hobi, jika kita tak makan, rakan sebelah masih ada harapan untuk merasai... umpan tak mengenal mangsanya kan. hihi
Jadi berapa keturunan yang kena sumpahan atau larangan ini ?
Siapa dia susur galur keturunan sama dengan saya ?
Boleh komen asal negeri dan cerita yang didengari untuk tatapan kita dan generasi mendatang.
Inn Syaa Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://anime4nz.blogspot.com/2021/09/sumpahan-larangan-makan-ikan-kacang.html