Soal Jawab Ramadhan Makan Dulu Atau Solat Dulu



Makan dulu atau solat dulu?
Soalan: Ramai orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Apakah pandangan? 


Jawapan: Sebenarnya, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati itu amalan yang tidak tepat. Fahami perkara-perkara berikut;


1. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:إِذَا قُدِّمَ العَشَاءُ، فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلاَةَ المَغْرِبِ، وَلاَ تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)



2. Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda s.a.w. bersabda:إِذَا وُضِعَ عَشَاءُ أَحَدِكُمْ وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ وَلاَ يَعْجَلْ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهُ» وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ: «يُوضَعُ لَهُ الطَّعَامُ، وَتُقَامُ الصَّلاَةُ، فَلاَ يَأْتِيهَا حَتَّى يَفْرُغَ، وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قِرَاءَةَ الإِمَامِ“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.” Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sekalipun beliau mendengar bacaan imam. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


3. Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi. Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.

4. Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam Fath al-Bari memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”


5. Dengan itu, makan dahulu setelah makanan terhidang kemudian baru bersolat adalah sunnah Nabi s.a.w. Maka apabila makanan terhidang, ibubapa hendaklah memberikan anak-anak makan terlebih dahulu ketika berbuka, sehingga mereka selesai maka barulah bersolat. Inilah sunnah


6. Melakukan susunan yang seperti itu, mendapat pahala. Namun makanlah dengan kadar yang diajar oleh Islam, bukan makan sehingga mengah lalu gagal bersolat dengan sempurna.
7. Di sana ada cara untuk mengelakkan kemakruhan ini, iaitu elakkan menghidangkan makanan terlebih dahulu sebelum solat. Elakkan mata terpandang kepada makanan yang telah dihidangkan. Selepas selesai bersolat barulah dihidangkan. Namun, jika kelaparan itu kuat, bau makanan telah masuk ke hidung, sehingga ingatan kepada makanan sangat kuat sekali belum melihatnya, hendaklah dia makan terlebih dahulu.
8. Juga sudah pasti tidak makruh bersolat sekalipun makanan sudah terhidang jika keinginan kepada makanan tiada. Ini kerana punca (‘illah) larangan bersolat semasa makanan terhidang ialah agar tidak mengganggu kusyuk. Jika seseorang memang tiada keinginan kepada makanan, sudah pasti tidak menggangu kusyuk sekalipun makanan sudah terhidang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zubir5588.blogspot.com/2015/06/soal-jawab-ramadhan-makan-dulu-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Facebook Mudhorat Atau Mujarab Macai Vs Toktok

Facebook Mudhorat Atau Mujarab Macai Vs Toktok

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 527 hits
Ini fenomena paling ever green Ia bukan berlaku pada musim pilihanraya Tapi laku setiap masa Istilah ini digunakan oleh para penyokong politik ekstrim Semenjak daripada PRU baru baru ini sehinggalah sekarang isunya tidak pernah kering Apa s...
Koleksi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

Koleksi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 315 hits
Jom tengok2 soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus yang berjaya dikumpul 1 Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan rantai leher perempuan cthnya Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan Sembahyang sah wlpn pakai emas Sembahyang ditu...
Allahhuakbar Soal Jawab Antara Rasulullah Saw Dengan Iblis Laknatullah

Allahhuakbar Soal Jawab Antara Rasulullah Saw Dengan Iblis Laknatullah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 186 hits
Allah S W T telah memerintahkan Malaikat berjumpa Iblis Laknatullah supaya dia berjumpa dengan Rasulullah S A W untuk memberitahu segala rahsianya samada yang disukai mahupun yang dibencinya Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muh...
Tuai Pro Kontra Gwyneth Paltrow Larang Anaknya Makan Nasi Atau Mi Kenapa Ya

Tuai Pro Kontra Gwyneth Paltrow Larang Anaknya Makan Nasi Atau Mi Kenapa Ya

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 232 hits
Mantan istri Chris Martin ini sampai disoroti oleh ahli gizi dan beberapa orang tua di seluruh dunia karena keputusan ini
Adab Makan Di Kedai Tanya Dulu Harga Sebelum Makan

Adab Makan Di Kedai Tanya Dulu Harga Sebelum Makan

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 384 hits
Kalau dah makan tanpa tanya harga ITU ERTINYA anda sudah sedia terima harganya yang perlu kena bayar Bila sudah makan dan bayar Jangan tunjuk b buat aduan Kalau anda mahu tidor di hotel apakah anda terus masuk tidor tanpa tanya terlebih dul...
Siapa Syed Saddiq Yang Mahu Bercakap Soal Prinsip Anti Katak Cermin Diri Dulu

Siapa Syed Saddiq Yang Mahu Bercakap Soal Prinsip Anti Katak Cermin Diri Dulu

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 212 hits
Dalam isu empat adun katak di Melaka itu saya sendiri serta ramai lagi pendokong PH lebih awal menyatakan pendirian menolak adun adun katak tersebut Tetapi apabila Ketua Parti Muda Syed Saddiq kononnya mahu tunjuk hero dan berprinsip dalam ...
Beda Dari Orang Kebanyakan 7 Artis Ini Punya Kebiasaan Unik Soal Makan Ternyata Ada Alasannya

Beda Dari Orang Kebanyakan 7 Artis Ini Punya Kebiasaan Unik Soal Makan Ternyata Ada Alasannya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 227 hits
Ada yang jadikan kebiasaan ini sebagai ritual sebelum manggung simak siapa artis yang punya kebiasaan paling aneh
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga