Sumpah Laknat Zahid Beritahu Muhyiddin Berani Kerana Benar Tidak Perlu Takut
PETALING JAYA: Cabaran bersumpah laknat terhadap Muhyiddin Yassin dibuat sebagai cara ‘segera’ untuk mempertahankan diri, kata Presiden Umno Zahid Hamidi, merujuk kepada dakwaan membawa lambakan fail kepada bekas Perdana Menteri itu meminta kes mahkamahnya digugurkan.
Zahid berkata, beliau bukanlah taksub kepada sumpah laknat, namun tuduhan berhubung perkara berkenaan keterlaluan, sekali gus memaksa seruan itu dilakukan.
“Jika membawanya ke mahkamah pasti panjang prosesnya dan hanya terbukti sesudah pilihan raya negeri (PRN) Johor telah lama berakhir.
“Bersumpah bukan perkara main-main jika implikasinya mungkin tidak di dunia, tetapi di akhirat nanti,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Pada 17 Februari lalu, Muhyiddin mendakwa Zahid berkunjung ke kediamannya ketika sedang berbincang dengan Abdul Hadi Awang dengan membawa satu fail bertimbun-timbun.
“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan).
“Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan,” katanya.
Dalam pada itu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata sekiranya Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bercakap benar, beliau sepatutnya tidak perlu takut bersumpah laknat.
Dicabar sumpah laknat, Muhyiddin berdolak dalik
“Kalau dia bercakap benar, kenapa takut untuk bersumpah laknat? Mungkin dia sebagai anak ulama sudah tahu akibatnya jika dia laksanakan sumpah laknat. Dan apakah tindakan saya cuba mempertahankan diri dengan menyeru kepada sumpah laknat memalukan?” katanya.
Zahid turut menegaskan apa-apa keputusan PRN Johor nanti tidak akan memberi kesan terhadap kesnya di mahkamah.
Katanya, sebaliknya memberi kesan kepada golongan yang dikatakan pernah menipu rakyat.
“Memberi kesan kepada mereka yang mengkhianati perjuangan BN kerana takut didakwa atau terpesona dengan tawaran,” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said membidas dakwaan mengatakan pimpinan Umno digelar “kluster mahkamah” tidak lagi berdepan tuduhan, jika BN menang pada PRN Johor, bulan depan.
Dalam puisi berjudul Kluster dan Koloni, yang dimuat naik di Twitter, bekas Menteri Undang-undang itu berkata, prosiding mahkamah terhadap mereka yang berada dalam “kluster mahkamah” akan bersambung walaupun selepas PRN itu.
Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Baca Artikel Menarik:
Mahathir tekan saya sebelum tarik sokongan – Najib
Alicia Amin teringin jadi gadis kampung
Muhyiddin nak jerat siapa?
Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
Tindakan Muhyiddin Cubaan Takutkan Rakyat Dan Pelabur – Shahril
MySejahtera minta sertakan gambar keputusan ujian kendiri Covid-19
Langgar mati pesara, pemandu ‘King’ cabut lari
Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model
Made in Janda Baik, Fizo kena kecam
Syurga makanan? 150 premis makanan di Pulau Pinang kotor
Pertaruhan ‘Aqidah’ 3 beradik, parti politik dan NGO Melayu Islam perlu bangkit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
The post Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/22/sumpah-laknat-zahid-beritahu-muhyiddin-berani-kerana-benar-tidak-perlu-takut/