Sumber Idea Untuk Puisi



PERHUBUNGAN DAN PERBUALAN
Antara soalan yang sering ditanya oleh anak-anak sekolah yang membuat kajian  ialah bagaimana mendapat idea untuk menulis puisi.Idea datang dari pelbagai sumber.  Idea juga boleh datang dari perhubungan atau perbualan dengan orang-orang di sekeliling sama ada keluarga, jiran tetangga atau orang-orang yang ditemui di jalanan. Pada tahun 80han saya menghasilkan sajak “Untuk Hidup Bersama”, “Catatan untuk Siti”, “Satu Percakapan Singkat Dengan Teman Seniman”, “Satu Cerita Cinta”, “Yang Pasti”, “Catatan Untuk Suami”.
Saya tertarik dengan sebuah sajak karya Leo A.W.S. yang terhasil daripada perhubungannya dengan kawan dan jiran. Sajak itu berjodol “Baju Melayu Yang Berwarna Kuning Kulit Langsat” yang sangat menyentuh hati. Di dalam sajak itu Penyair menceritakan kunjungannya ke rumah sahabat ayahnya, Pak Mat Pulut, seperti mana biasa yang dilakukan  setiap kali berhari raya di kampung kelahiran.
Keistimewaan sajak ini ialah elemen emosi yang terselit dengan begitu indah sekali. Pak Mat Pulut memakai baju Melayu berwarna kuning langsat.Mengikut Penyair, itulah baju raya yang dipakai oleh Pak Mat Pulut tahun demi tahun. Terdapat nada kesedihan dan kesayuan yang disulam dengan baik melalui imej baju yang sudah kelihatan semakin lusuh membawa erti  tidak ada keceriaan lagi di dalam hidupnya. Ada sesuatu yang menyedihkan dan ini terbukti apabila penyair menyebut tentang anak perempuannya yang tidak lagi balik ke rumah selepas berkahwin.
Siti Zaleha Hashim mengungkap erti kekeluargaan dan kasih sayang ibu dalam sajaknya ’Seorang Ibu Pesannya Berpanjangan”. Penyair menggambarkan suatu suasana penuh kesayuan ketika ibu menghantar anak di lapangan terbang. Anak itu sedang melangkah pergi ke luar negara untuk menuntut ilmu.
.
.Seorang Ibu Pesannya Berpanjangan
(Untukmu Firdaus Ramzan)
Ketika aku melihat kau pergi. Air mata yang kusimpan
mengalir laju di dalam hati, tiada siapa pun tahu
pesawat yang membawa kau menerbangkan
semangatku sama. Masa tidak dapat ditahan kau pun dewasa
menjadi anak muda dan aku mesti tabah
melepaskan kau melangkah jauh mencari kunci
membuka pintu ilmu untuk jalan hidupmu sendiri

Kutulis puisi ini untukmu anakku
kukirim doa dan kusimpan semua rindu
seorang ibu pesannya berpanjangan kerana
kasih sayangnya merentasi masa dan sempadan.

Puisi ini mengingatkan kepada “Pujangga Dunia Kecil” karya Siti Zaleha dalam  antologi Kristal di Laut Bulan di mana Penyair mengungkap tentang kasih sayang dan alam rumahtangga dengan indah sekali. Mesej atau pemikirannya ialah perlakuan ibu dan ayah sangat mempengaruhi dan akan dicontohi oleh anak-anak. Oleh itu ibu dan ayah wajar menjaga kelakuan mereka. Kasih sayang ibu ayah akan meninggalkan kenangan manis kepada anak-anak, dan begitulah sebaliknya. Di dalam sajak ini Penyair menggunakan imej Bulan yang menjadi bertambah jingga/ mengintai di tepi jendela (ketika gembira) dan bulan menjadi kelabu (ketika berduka). Kata Penyair Kitalah pujangga/ sebuah dunia kecil bernama keluarga dalam ertikata keindahan sebuah rumahtangga dan kebahagiaan keluarga dicorakkan oleh anggota keluarga itu sendiri. Pada pendapat Penyair  perlakuan ayah dan ibu amat besar pengaruhnya terhadap pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak.
Setelah masuk ke alam rumah tangga saya selalu berfikir dan mempersoalkan kedudukan  sebagai kekasih, sebagai isteri, dan  sebagai ibu.
Saya juga mencari makna  dari hubungan suami isteri. Pemikiran yang melintas tidak jauh berbeza dari pengertian yang dahulu bahawa manusia itu tetap individu yang terpisah, iaitu tetap memiliki kelainan.  Jadi kita yang telah dijodohkan tidak perlu terlalu bertanya tentang hal yang rumit iaitu yang menyangkut perasaan menusia.
Catatan untuk Siti
Melahirkanmu anakku
Adalah melahirkan kembali diriku
Suatu kejadian yang mengalahkan keajaiban
Duhai…semakin kalahlah aku dengan ketakjuban

Rasanya aku perlu meminta maaf
Mengheretmu kepada dunia
Dan tidak dapat menjanjikan apa-apa
Sekadar catatan dari kesilapan-kesilapanku
Yang mengajar
Bahawa harta seorang perempuan adalah namanya
Penyelamat seorang perempuan adalah imannya

Anakku
Dalam ciptaan yang Maha Besar
Kita adalah kecil
Tetapi jangan sekali-kali
Memperkecilkan diri sendiri

Saya didatangi rasa ketakjuban ketika pertama kali menjadi ibu. Banyak perkara baru yang membuka kesedaran.  Hanya seorang perempuan yang dapat merasakan bagaimana keajaiban yang berlaku di dalam rahimnya. Mengandung dan melahirkan anak adalah satu kejadian yang ajaib yang menyedarkan saya tentang kuasa Allah yang menjadikan segalanya. Saya berpesan kepada anak, bahawa di dalam ciptaan alam yang maha luas kita adalah kecil namun begitu jangan memperkecilkan diri dan peranan kita terutama sebagai khalifah Allah di dunia ini,  Oleh kerana anak saya perempuan maka saya mewariskan padanya apa yang dikutip sepanjang perjalanan sebagai seorang perempuan.  Seorang perempuan melalui banyak kepayahan dan amat bergantung kepada  pertolongan Allah.  
Yang Pasti.
Kau mungkin bukan lelaki terbaik
Tapi buat perempuan sepertiku
Mungkin tidak ada yang lebih baik
Darimu
Aku mungkin tidak mendapat segala-galanya
Tetapi dengan keadaan begini
Aku tidak meminta
Yang lebih lagi

Usahlah bertanya apakah aku bahagia
Aku pun tidak menyoal tentang perasaanmu
Kerana kadang-kadang bila terlalu mahu memasti
Orang jadi semakin ragu
Terlalu berbicara dan banyak menganalisa
Orang jadi semakin tidak tahu


Aku mungkin kurang pasti
Tentang apa yang telah kukatakan
Tapi yang pasti
Kita tidak perlu terlalu pasti

Hubungan suami-isteri telah melahirkan sajak “Yang Pasti”. Intipati dari sajak ini ialah tidak siapa dapat mengetahui dengan pasti tentang perasaan walaupun orang yang dekat dengan kita.
Hubungan diri dengan suami, seperti dengan sesiapa pun tetap  misterius dan berahsia, kerana kita tidak dapat membaca hati sesiapa pun. Oleh yang demikian biarkan sahaja setakat yang terdaya oleh perasaan. Di dalam sajak “Suatu Cerita Cinta” saya merumuskan bahawa kadang-kadang kita perlu melupakan cinta dan belajar untuk hidup bersama”.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/07/sumber-idea-untuk-puisi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Menyumbang Idea Penerapan Nilai Nilai Islam Di Era Tun M

Anwar Menyumbang Idea Penerapan Nilai Nilai Islam Di Era Tun M

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 434 hits
Bank Islam adalah institusi kewangan Perbankan Islam yang terkenal Ini kerja yang Anwar lakukan apabila berada di dalam kerajaan suatu ketika dahulu selain dari Universiti Islam Takaful Islam pemakaian Islam di sekolah sekolah dan banyak la...
Idea Dekorasi Dapur Cantik Emerald Green Nampak Kemas Tersusun Dan Mewah

Idea Dekorasi Dapur Cantik Emerald Green Nampak Kemas Tersusun Dan Mewah

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 796 hits
Assalamualaikum Hi Semua Pertama kali tengok dapur empunya badan rasa WOW Memang cantik kemas dan tersusun Cara susunan dapur yang boleh dikatakan menyejukkan mata memandang dan memudahkan urusan memasak di mana perkakasan dapur di susun me...
Ini 8 Idea Mi Mihun Untuk Jamu Seisi Keluarga

Ini 8 Idea Mi Mihun Untuk Jamu Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 204 hits
Hujung minggu adalah waktu sesuai untuk jamu seisi keluarga dengan masakan kita Lagi lagi kalau kita adalah ibu bapa yang bekerja Time cuti hujung minggulah semua ada di rumah RASA kongsikan lapan menu mi yang menjadi pilihan ramai rakyat M...
Idea Kabinet Dapur Untuk Ruang Kecil

Idea Kabinet Dapur Untuk Ruang Kecil

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 1054 hits
Tak perasan masa terlalu cepat berlalu kita kini berada dalam minggu pertama bulan Julai 2020 Bulan ini masuk bulan kelahiran saya Sebab itulah sejak dua menjak ini kepala saya makin pening Pening memikirkan hadiah hari lahir yang bakal say...
Idea Perdagangan Untuk Eur Usd Hari Ini Adalah Peluang Terakhir Anda Untuk Membuka Kedudukan Beli

Idea Perdagangan Untuk Eur Usd Hari Ini Adalah Peluang Terakhir Anda Untuk Membuka Kedudukan Beli

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 278 hits
Selamat tengah hari pedagang Idea perdagangan baru untuk pasangan EUR USD Semalam strategi Stop Hunting dicadangkan untuk meletakkan stop di tahap 1 13500 Walau bagaimanapun hari Rabu ditutup dengan penyerapan dalam carta harian jadi senari...
Idea Keperluan Dan Hadiah Bayi Dengan Premium Bamboo Hanya Di Raph Remy

Idea Keperluan Dan Hadiah Bayi Dengan Premium Bamboo Hanya Di Raph Remy

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 341 hits
Idea Keperluan Dan Hadiah Bayi Dengan Premium Bamboo Hanya Di Raph Remy Bila diri sendiri atau ada ahli keluarga serta sanak saudara terdekat bakal menyambut kelahiran mesti kita rasa excited dapat tambah bilangan anak dan anak buah Lagi su...
Satu Cara Menulis Puisi Membina Cerita

Satu Cara Menulis Puisi Membina Cerita

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 250 hits
Dalam proses penulisannya seorang penyair boleh membina puisi yang mempunyai ciri ciri cerita atau yang berbentuk naratif Penyair mencipta sebuah cerita mencipta watak atau watak watak menggambarkan lokasi dan latar masa kejadian yang berla...
Puisi Cinta Si Gadis Sunti

Puisi Cinta Si Gadis Sunti

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 320 hits
Buat gadis sentiasa jaga maruah diri walau ke mana kamu pergi Bertindaklah dengan akal bukan berpandu hati Usah diserah kehormatan diri walau sayang tidak bertepi Jangan sampai satu hari tangan kecil terbiar sepi Demi cinta badai api ku red...
8 Jenis Lelah Yang Disukai Allah Dan Rasulullah Puisi

8 Jenis Lelah Yang Disukai Allah Dan Rasulullah Puisi

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 1236 hits
Apakah 8 jenis LELAH YANG DISUKAI ALLAH DAN RASULULLAH 8 jenis lelah yang disukai allah dan rasulullah GAMBAR SEKADAR HIASANLelah mencari nafkahLelah berjihad di jalan NyaLelah berdakwah mengajak kebaikanLelah mengurus keluargaLelah menuntu...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024