Satu Cara Menulis Puisi Membina Cerita



Dalam proses penulisannya seorang penyair boleh membina puisi yang mempunyai ciri-ciri cerita atau yang berbentuk naratif.  Penyair mencipta sebuah cerita,  mencipta watak atau watak-watak, menggambarkan lokasi dan latar masa  kejadian yang berlaku.  Di dalam cerita ini Penyair akan bercakap mengenai watak-wataknya,  ataupun wataknya bercakap sendiri atau bercakap sesama sendiri  Melalui percakapan itu penyair menyampaikan pandangan dan pemikirannya  mengenai masyarakatnya dan mengenai segala aspek kehidupan yang menjadi isu dalam puisinya.
Usman Awang mengambil pendekatan ini melalui sajak  “Pak Utih”.  Dalam sajak ini  Usman  mengwujudkan watak Pak Utih yang mungkin satu watak rekaan semata-mata.  Namun begitu  orang-orang  seperti Pak Utih memang ada di mana-mana khasnya di kampung-kampung. Pak Utih adalah nama tempatan yang berlatarkan keadaan tempatan.  Selain Pak Utih watak-watak di dalam sajak ini ialah Dukun, isteri dan anak-anak Pak Utih, dan pemimpin-pemimpin politik. Cerita yang dibentang adalah cerita penderitaan yang telah lama berlaku sejak zaman nenek moyang. Hal ini digambarkan melalui baris “teratak tua yang digayuti cerita pusaka”.  Anak-anak yang terdedah kepada penyakit termasuk malaria menunjukkan bahawa tiada kemudahan mendapatkan perubatan moden.  Mereka hanya bergantung kepada dukun.
Keadaan semakin buruk kerana penduduk desa ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya walaupun negara sudah merdeka. Dukun pula mengambil kesempatan untuk mendapatkan upah rawatan yang seringkali berupa seekor ayam dan wang tunai.  Pemimpin-pemimpin politik yang dipilih dalam pilihanraya tidak menjalankan amanah menyebabkan rakyat seperti Pak Utih terus menderita.
SAJAK PAK UTIH.  
Sebuah lagi contoh sajak yang mengambil gaya bercerita alah “Dialog” karya Kassim Ahmad. 
Tenteramlah anak
walau kebanjiran sawah kita
hujan ini dari Tuhan
yang mencurah-curah rahmatnya
 ada siang masakan tiada terang
dengarlah
si katak sudah tiada memanggil lagi
besok hari panas
padi kita akan lepas

tidurlah ibu
kita manusia kerdil
siang membanting tulang
malam menanggung bimbang

ada esok maka pasti ada suria
aku akan pergi
dengan seribu jebat di anak tani
kian lama kita mati dalam setia
kali ini kita hidup dalam derhaka
(Puisi Sepanjang Zaman, 1988: 103)

Isu utama dalam sajak ini ialah penindasan tuan tanah ke atas petani-petani yang miskin. Untuk memperkatakan hal ini Kassim Ahmad membina cerita  dan mengemukakan dua watak iaitu ibu dan anak yang berdialog mengenai kehidupan dan kesusahan yang dihadapi. Kemiskinan itu diketahui melalui dialog si anak, ‘kita manusia kerdil/ siang membanting tulang/ malam menanggung bimbang.
Gejala penindasan dan semangat untuk memberontak  ini dikesan melalui kata-kata si anak, sudah lama kita mati dalam setia/kali ini kita hidup dalam derhaka. Penindasan ini menyebabkan orang-orang miskin semakin menderita. Penyair telah menyuarakan satu aspek kemungkaran dalam masyarakat, iaitu penindasan golongan atasan terhadap golongan miskin.
Dalam sajak Pak Utih yang diceritakan oleh Usman Awang bukanlah kisah seorang lelaki bernama Pak Utih tetapi ramai lelaki lain yang menjalani kehidupan seperti Pak Utih. Di dalam sajak Dialog, Kassim Ahmad tidak menceritakan tentang seorang ibu dan anaknya bercakap pada waktu malam tentang sawah mereka, tetapi tentang seluruh golongan petani yang bernasib malang kerana ditindas oleh golongan yang berada.
        Anda juga boleh menulis puisi untuk mengemukakan pandangan dan pemikiran tentang kehidupan masyarakat di sekeliling dengan mengwujudkan watak-watak rekaan dan membina jalan cerita.

Saya juga gemar menggunakan gaya membina cerita. Kebelakangan ini gaya penyampaian ini merupakan kaedah  yang saya gemari. Sehubungan dengan itu saya telah menerbitkn kumpulan sajak yang bertajuk Cerita Dalam Cerita (ITBM, 2014.). Kebanyakan sajak ditulis dengan gaya bercerita dan mempunyai ciri-ciri sebuah cerpen. Antaranya ialah Generasi Tanpa Nostalgia, Pelakon Terbaik Kami, Episod Pengilang Rokok, Si Penjual CD dan Di Kedai Haiwan”, .

DI KEDAI HAIWAN
Di sebuah kedai menjual haiwan
(yang mereka panggil haiwan-haiwan kesayangan)
Anakku leka memerhati
Seekor kucing Parsi
Berbulu gebu bersikat rapi
Anakku mengacah dan mengagah
Sesekali menyergah
Namun si comel tidak berbunyi
Ia tetap memandang
Dari dalam sangkar besi.

Aku pun turut leka
Dan si penjual berkata
Belilah ia , ia kucing istimewa
Ia sudah pintar
Kerana sejak kecil diajar
Untuk diam di sangkar
Dan ini bahan istimewa makanannya
Untuk jadi lebih cantik
Dan kenyang lama

Keluar dari kedai itu
Anakku tidak habis2 memuji
Cantik dan pintarnya kucing tadi
Akupun berkata: kucing itu memang cantik
Ibu setuju
Tetapi fikir dulu anakku
Adakah ia benar pintar
Bila tidak tahu menggigit dan mencakar
Apakah itu pandai namanya
Bila diganggu tidak bersuara
Bila dikurung tidak meronta

Anakku
Si comel itu menjadi sumber keuntungan
Setelah ia ditawan
Dengan suapan dan pujian
Berapa pun mahal harganya
Mahallah lagi kemerdekaan kita.
(Cerita Dalam Cerita: 75)

Cerita yang terdapat di dalam sajak ini ialah seorang ibu membawa anak ke kedai haiwan peliharaan. Si anak leka melihat kucing-kucing yang cantik dan gebu. Namun begitu yang hendak disampai ialah pandangan atau pemikiran mengenai nilai kebebasan dan perlunya berjuang untuk  kemerdekaan diri. Mesej tentang nilai kebebasan itu terkandung dalam baris:. “Berapa pun mahal harganya/ mahallah lagi kemerdekaan kita”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/06/satu-cara-menulis-puisi-membina-cerita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menulis Puisi Moden

Menulis Puisi Moden

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 500 hits
Puisi sebagai Karya sastera mengemukakan Pemikiran melalui sentuhan emosi Sebuah karya sastera yang bermutu adalah jalinan yang harmonis di antara penggunaan bahasa gaya penceritaan dan subjek yang disampaikanLangkah menulis puisi 1 Menentu...
Dengan Hanya Menulis Ketahui Cara Jana Pendapatan Daripada Blog Sehingga 4 Angka

Dengan Hanya Menulis Ketahui Cara Jana Pendapatan Daripada Blog Sehingga 4 Angka

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 583 hits
Ternyata sebenarnya dengan blog pun anda mampu untuk jana pendapatan sehingga 4 angka dengan hanya menulis Pastikan anda anda punyai platform iaitu blog dan tulis dengan cara yang betul Saya ingin kongsikan dimana saya berjaya hasilkan pend...
Cara Mudah Pasang Lock Pintu

Cara Mudah Pasang Lock Pintu

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 946 hits
Salam to all readers Sejak bilik renovate ini baru tergerak hati nak pasang lock pintu Sebelum sebelum ini memang tak pernah kunci tawakal je pergi balik kerja Dua bilik lagi memang dah ada kunci entah kenapa bilik aku ni tak ada kunci mera...
Mengadaptasi Cara Pakai Pashmina Ala Tasnim Shah Simpel Tapi Bisa Buat Ke Mana Mana

Mengadaptasi Cara Pakai Pashmina Ala Tasnim Shah Simpel Tapi Bisa Buat Ke Mana Mana

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 424 hits
Kayak nggak butuh jarum pentul asal bahannya tepat tinggal lilit aja udah bisa sekece ini
10 Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya

10 Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 495 hits
Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya Pernahkah anda berasa mual dan loya secara tiba tiba Jika wanita mual atau loya ketika mengandung itu adalah fenomena biasa Tetapi bagi kita yang sihat tubuh badan yang tidak hamil tetapi berasa loya apaka...
Cara Solat Sunat Kusuf Gerhana Matahari

Cara Solat Sunat Kusuf Gerhana Matahari

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 719 hits
Cara Solat Sunat Kusuf Gerhana Matahari Pada 21 June 2020 kita sekali lagi akan menyaksikan gerhana matahari Separa atau disebut Gerhana Matahari Kusuf Apa The post appeared first on
Cara Menanam Jahe Sendiri Di Rumah Meski Cuma Pakai Pot Atau Karung Hasil Panennya Melimpah

Cara Menanam Jahe Sendiri Di Rumah Meski Cuma Pakai Pot Atau Karung Hasil Panennya Melimpah

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 385 hits
Kalau lagi butuh jahe untuk bumbu masak atau dibikin minuman hangat tinggal cabut aja nggak perlu lagi belanja
5 Rahsia Cara Youtubers Naikkan Views Dengan Headline

5 Rahsia Cara Youtubers Naikkan Views Dengan Headline

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 430 hits
5 Rahsia Cara Youtubers Naikkan Views Dengan Headline Sejak musim perintah kawalan pergerakan ramai yang dah mula berjinak jinak nak jadi youtuber Ya lah kot 3 bulan musim orang duduk rumah Youtuber yang dah bermula awal awal sebelum perint...
Your Gmail Is Full Ini Cara Untuk Kosongkan Storage Google Drive

Your Gmail Is Full Ini Cara Untuk Kosongkan Storage Google Drive

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 825 hits
Your Gmail is full Ini Cara Untuk Kosongkan Storage Google Drive Tiba tiba masuk email ini Cik en macam biasa abaikan sahaja Tapi tadi apabila cik en nak upload header youtube cik en tak boleh nak upload disebabkan full storage google drive...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi