Ini 8 Idea Mi Mihun Untuk Jamu Seisi Keluarga
Hujung minggu adalah waktu sesuai untuk jamu seisi keluarga dengan masakan kita. Lagi-lagi kalau kita adalah ibu bapa yang bekerja. Time cuti hujung minggulah semua ada di rumah.
RASA kongsikan lapan menu mi yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Anda boleh cuba salah satu kerana kesemua menu ini sangat sedap dan mudah disediakan. Lepas puas makan rendang, jom makan mi dan mihun pula ye.
MI GORENG MAMAK
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning40 gram bawang merah kisar30 gram bawang putih kisar20 gram cili boh30 gram kuah kacang segera100 gram bebola ikan hiris100gm fish cake | hiris100 gram isi ayam potong dadu50 gram udang1 keping tauhu | goreng hiris nipis3 biji telur50 gram tauge50 sawi | potongMinyak masak secukupnyaBAHAN KUAH KACANG
300 gram kacang tanah500 gram bawang merah kisar300 gram bawang putih kisar30 gram udang kering500 gram cili boh3 liter airGaram dan gula secukupnyaMinyak masak secukupnya CARA MEMASAK
Untuk memasak kuah kacang, kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Kemudian dikisar halus bersama udang kering.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.Masukkan cili boh dan tumis hingga masak. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak.Masukkan cili boh satu sudu makan dan tumis sehingga masak.Masukkan kuah kacang yang telah dimasak tadi dan masak sehingga sedikit kering.Masukkan mi kuning bebola ikan, fish cake dan isi ayam.Pastikan bahan-bahan mentah sudah masak.Masukkan tauhu goreng, tauge dan sawi.Pecahkan tiga biji telur di tengah kuali, biar seketika barulah digaul sekata.Angkat dan sedia dinikmati panas-panas.CHAR KUETIAU
BAHAN-BAHAN:
1 kg kuetiau150 gram udang50 gram bawang putih kisar50 gram cili boh30 ml kicap cair10 gram lada putih1 biji telur ayam30 gram tauge50 gram kucaiMinyak masak secukupnya CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.
MI SOTO AYAM
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning | celur1 liter air 2gm bunga lawang5 helai daun limau purut |kisar2 gram biji pelaga2 gram kulit kayu manis50 gram bawang merah | kisar30 gram bawang putih | kisar5 gram halia1/2 peket rempah sup1 batang serai | titik5 gram jintan manis5 gram jintan putih5 gram serbuk lada hitam50 gram isi ayam20 gram serbuk ketumbar10 ml minyak masak400 gram nasi impit | rebus100 gram bawang goreng | hiasan30 gram tauge | hiasanSedikit hirisan cili merah | hirisanGaram dan perasa secukupnyaBAHAN SAMBAL KICAP CILI PADI:
20 gram cili padi merah/cili api5 gram bawang putih150 ml kicap lemak manis5 ml air limau nipis CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5.Biar mereneh dan tutup api.
6. Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
7. Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.
BIHUN SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
1 kg bihun | rendam dan tos10 ml minyak masak50 gram bawang merah kisar30 gram bawang putih kisar5 gram lada putih5 gram lada hitam100 gram isi ayam potong dadu100 gram udang100 gram sotong50 gram lobakmerah hiris panjang10 gram daun bawang hiris panjang1 biji telur10 gram cili merah hirisSedikit daun kucai | hirisSedikit taugeGaram dan perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak
2. Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
3. Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata.
4. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.
MI LADNA
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning | celur10 gram halia kisar30 gram bawang putih kisar100 gram isi ayam50 sotong50 gram udang50 gram sawi5 biji cili padi | belah dua50 gram lobak | hiris50 gram bunga kobis | potong4 biji cendawan butang dalam tin | hiris500 liter air30 ml sos tiram5 ml minyak bijanSedikit tepung jagungMinyak masak secukupnyaGaram dan perasa secukupnya CARA MEMASAK
1. Tumis halia, bawang putih yang dihiris halus.
2. Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
3. Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
4. Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
5. Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
6. Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.
MIHUN TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg bihun | celurMinyak masak secukupnyaBAHAN PES:
30 gram bawang merah20 gram bawang putih20 gram cili merah30 gram cili kering10 gram lengkuas2 batang serai | ketuk8 gram udang kering5 helai daun limau purut10 gram belacan | bakar30 ml air asam jawaGula dan garam secukupnya5 liter airBAHAN SUP
100 gram ayam100 gram udang50 gram sotong15 gram bawang besar hiris10 gram bawang putih hiris10 gram lengkuas1 biji buah tomato | belah empat10 ml sos ikan5 ml limau nipis10 biji cili padi | belah dua15 gram daun ketumbar | racik50 gram bunga kubis | potong50 gram lobak | potong5 biji cendawan butang dalam tin | hirisGaram dan gula secukupnya CARA MEMASAK
1. Semua bahan pes tomyam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masak sehingga menjadi pes tomyam.
5. Masukkan air.
6. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tomyam. Biarkan mendidih.
7. Tuang kuah tomyam ke atas mihun yang siap dihidang.
MI HAILAM
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning | celur20 gram bawang putih | kisar30 gram bawang merah | kisar100 gram isi ayam100 gram udang50 ml kicap pekat5 gram lada hitam30 ml sos tomato30 ml sos tiram500 ml air10 gram cili merah | hiris nipis40 gram bawang goreng1 biji telur50 gram bunga kubis | potong30 gram sawi | potongSedikit tepung jagungMinyak masak secukupnyaGaram dan gula secukupnya CARA MEMASAK
1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.
MI BAKSO
BAHAN-BAHAN
1 kg kuetiau150 gram udang50 gram bawang putih kisar50 gram cili boh30 ml kicap cair10 gram lada putih1 biji telur ayam30 gram tauge50 gram kucaiMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/ini-8-idea-mi-mihun-untuk-jamu-seisi.html