Idea Keperluan Dan Hadiah Bayi Dengan Premium Bamboo Hanya Di Raph Remy
Idea Keperluan Dan Hadiah Bayi Dengan Premium Bamboo Hanya Di Raph & Remy | Bila diri sendiri atau ada ahli keluarga serta sanak saudara terdekat bakal menyambut kelahiran mesti kita rasa excited dapat tambah bilangan anak dan anak buah. Lagi surprise bila dapat tahu baby yang lahir tu memang dah di jangka jantinya. Terus double excited jadinya.
Bagi diri Nora sendiri, yang akan melahirkan bayi pada tahun ini sudah semestinya ingin mencari keperluan yang terbaik kali ini. Walaupun baru melahirkan bayi tahun lepas, tahap teruja setiap menyambut kelahiran itu pastinya ada. Perasaan yang sentiasa wujud apabila bakal menimang cahayamata baru.
Kali ini, Nora dah survey beberapa keperluan untuk bayi bakal lahir nanti. Maklumlah rasa ingin yang terbaik pula kali ini. Mana tahu, ini yang terakhir. Dalam survey kali ini, Nora terasa ingin menyediakan keprluan bayi dari bahan organic atau yang natural. Akhirnya, Nora jumpa RAPH & REMY yang menyediakan hadiah dan keperluan bayi dengan Premium Bamboo.
RAPH & REMY
RAPH & REMY menyediakan barangan keperluan dan hadiah bayi dari Premium Bamboo untuk ibu moden lebih bergaya dan mengikut trend masa kini dengan bahan berkualiti dan mengutamakan keselesaan bayi mengikut iklim di Asia. RAPH & REMY merupakan sebuah jenama terkenal dari Singapura yang menggunakan teknologi OEKO-TEX® yang diperakui. Ia juga mempunyai pelindung UV secara semulajadi yang boleh mengelakkan dari reaksi alahan.
KEPERLUAN DAN HADIAH BAYI DARI BAMBOO PREMIUM DI RAPH DAN REMY
Di Raph & Remy menyediakan Personalised Baby Gifts dengan bahan Premium Bamboo eksklusif yang lembut dan selesa untuk bayi dengan pilihan warna pastel dan boleh custom made untuk letak nama pada baju, tuala ataupun blanket. Sangat sesuai dan sempurna untuk orang tersayang yang baru lahir.
5 IDEA PILIHAN KEPERLUAN DAN HADIAN UNTUK BAYI DI RAPH & REMY
1. Organic BambooCloud Cooling Blanket
Organic BambooCloud ™ Cooling Blanketdibuat dari 100% buluh organic yang sangat mesra alam dan lembut bak sutera member keselesaan pada bayi. Dengan bahan yang ada pada blanket ini menjadikan ia Antibakteria dan tiga kali lebih menyerap kelembapan agar menjadikan bayi sentiasa nyaman, bebau bau dan segar.
2. Organic Bamboo Baby Towel & Mitt
Organic Bamboo Baby Towel & Mittadalah set yang mewah dan lembut dari buluh organik yang berkualiti tinggi. Tuala dari Raph & Remy mengeringkan kulit bayi dengan cepat menjadikannya sangat selesa. Sarung tangan yang lembut bak sutera sesuai untuk bayi dan ianya mudah untuk dicuci.
Set ini dibuat dengan mempertimbangkan kulit sensitif bayi. Ia merupakan hadiah yang ideal dan sangat praktikal untuk bayi baru lahir sehingga kanak-kanak berusia 3 tahun.
3. BubbleGummy Teethers
BubbleGummy Teethers merupakan teethers yang dihasilkan dengan buatan tangan dari manic silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi dan bebas daripada BPA serta kayu premium beachwood yang tidak dirawat. Teethers ini terdapat dalam warna-warna pastel yang cantik dan manik-manik silikon yang lembut dan tekstur yang sempurna untuk mengurut lembut gusi yang sakit dengan membuatkan bayi rasa tenang dan selesa.
Aksesori teethers dari Raph & Remy ini mesti dimiliki oleh mana-mana bayi yang mempunyai gigi dengan ukuran yang tepat untuk digenggam oleh bayi. Pastinya anak-anak akan mengunyah sehingga hati kecil mereka puas.
4. Premium Bamboo Swaddles
Premium Bamboo Swaddles diperbuat dari 100% Bamboo Viscose dalam pelbagai campuran warna khas yang dibuat hanya untuk koleksi Raph & Remy. Swaddles ini sangat lembut bak sutera dan unik menjadi pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti.
Pilihan swaddles dari Raph & Remy yang dihasilkan dari bahan berkualiti menjadikannya anti-bakteria, anti-kulat dan hypoallergenic. Pilihan fabrik yang sangat tahan lama dengan semua pelindung sebelum dicuci dan dijamin kekal lembut selepas dicuci.
Selain itu, swaddles ini pelbagai fungsi, ia juga boleh digunakan sebagai penutup ketika penyusuan, cadar, kain burp, playmats dan sebagainya.
5. SootherBuddy Security Blanket
SootherBuddy Security Blanket Dibuat dengan velboa kelabu neutral yang sangat lembut dan dilapisi dengan satin sutera, SootherBuddy ™ terbuka di bahagian depan untuk snuggling yang selamat dan selesa.
Blanket dari Raph & Remy ini sangat lembut dan mewah yang mampu memberikan keselesaan dan keselematan kepada bayi dan anak-anak kecil.
PAKAIAN BAYI
1. Knotted Gowns
Knotted gowns ni merupakan pakain bayi yang sangat selesa dan semestinya koleksi ini wajib dimiliki bayi yang baru lahir. Ianya sangat premium, selesa dan berbutang untuk memudahkan dipakaikan kepada newborn baby. Bahagian bawahnya boleh diikat dan dibuka jika hendak memakaikan dan menukar diaper. Terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik dan ukuran untuk knotted gowns adalah 0-3 bulan.
2. Baby Onesies
Premium Bamboo Onesies merupakan pakaian yang sangat lembut dan sangat selesa untuk kulit bayi. Ianya tersedia dalam pelbagai warna dari saiz 0-3 bulan. Terdapat 7 pilihan warna untuk dimiliki dan sesuai ditukar setiap hari mengikut pilihan warna siibu.
GIFT SETS
1. Baby Gift Sets
Baby Gift Sets memberi pilihan kepada mereka untuk menyediakan hadiah kepada bayi lahir. Terdapat beberapa Gift Sets yang menarik pilihan hati antaranya 7EssentialSomethings™ Gift Set, Newborn Essentials Collection Gift Set, Gift Box & Gift Greeting Card Bundle Deal dan E-Gift Card. Anda boleh memilih untuk memperibadikan set hadiah ini dengan memilih dari pilihan yang disediakan di RAPH & REMY.
2. Newborn Essentials Collection
Newborn Essentials Collection ada semua yang diperlukan oleh para ibu untuk menyambut bayi baru ke dunia! Semuanya ada di RAPH & REMY barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa mengira jantina bayi yang dilahirkan.
Ia termasuk Beg Kanvas Tote Premium, untuk menjadikan semua keperluan untuk lawatan ke hospital yang sangat istimewa, sangat mudah untuk di bawa! Semua item diperakui OEKO-TEX®.
Dengan miliki koleksi set di atas ia sangat menjimatkan anda sebanyak 20% untuk menjadikan ia sebagai satu set hadiah yang lengkap. Pilihan ditangan anda!
Ok, seronok dan teruja rasanya melihat koleksi dari RAPH & REMYyang menggunakan bahan premium dari Bamboo. Koleksi yang menarik dan pastinya ia mengutamakan keselasaan bayi.
Untuk shopping dan maklumat lanjut tentang koleksi barangan bayi yang ada di RAPH & REMY boleh layari laman web seperti di bawah.
Homepage:
http://www.raphandremy.com
Instagram:
@raphandremy
Facebook:
raphandremy
Tunggu apa lagi, Jom shopping di RAPH & REMY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ummizarra.com/2020/06/idea-keperluan-dan-hadiah-bayi-dengan-raph-.html