Fahami Titah Tuanku Sultan Nazrin



Raja yang bijaksana pasti menjadi pohon yang rimbun kepada rakyatnya..!
Menjunjung kasih Tuanku..!
Pemimpin tidak amanah sebabkan ummah sengsara - Sultan Nazrin
Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam sengsara
Titah Sultan Nazrin, kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah secara tidak adil serta melalui kaedah yang meragukan
Baginda bertitah, kekayaan material yang diperoleh secara mencurigakan akan melahirkan individu kaya secara mendadak tanpa dilengkapi kekayaan minda, intelek, ilmu dan rohani
”Ia adalah kekayaan palsu yang sementara sifatnya, sekadar melahirkan budaya bermewah-mewah, bermegah-megah, serta budaya melakukan banyak pembaziran
“Akibatnya, berlaku ketirisan sumber, pembangunan yang tempang serta kadar pengangguran, kadar penghijrahan, penyeludupan, jenayah dan rasuah yang tinggi, disusuli dengan pelbagai penyakit sosial
“Ia juga mengakibatkan ketenteraman awam terjejas, kestabilan politik tergugat dan ummah bertambah derita kerana terperangkap dalam putaran ganas penderitaan,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini
Berangkat sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim
Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof
Sultan Nazrin bertitah, budaya hipokrasi juga akan melemahkan tiang integriti ekoran berlakunya amalan pepat di luar rencong di dalam kerana membenarkan gunting selesa dalam lipatan
Baginda bertitah, sebahagian besar masalah ummah pada hari ini berpunca daripada ketiadaan integriti, terutama apabila ia dilakukan oleh mereka yang diamanahkan dengan kuasa
“Sebahagian besar masalah ummah pada hari ini berpunca daripada krisis yang tercetus kerana perebutan untuk membina kekayaan secara tidak luhur, tidak telus
“Malah turut berlakunya perebutan kuasa, kerana kuasa dilihat sebagai saluran atau konduit untuk membina kekayaan diri, keluarga dan kroni,” titah baginda
Sultan Nazrin turut bertitah, kesejahteraan sesuatu bangsa dan kemakmuran sesebuah negara dipengaruhi oleh sifat dan akal bicara pemimpin
Titah baginda, ulama besar, umara berwibawa dan peniaga jujur akan lahir dalam negara yang pemimpinnya memiliki sifat takwa, serta menghayati kebesaran Ilahi
“Jika pemimpin senantiasa insaf akan tanggungjawab lebih besar kepada Allah SWT, maka sejahteralah hidup ummah dan akan makmurlah negara,” titah baginda
Dalam titah yang sama, Sultan Nazrin turut mengingatkan, bahawa jika khazanah negara diurus secara telus, sumber negara akan dapat diagihkan secara saksama dan kekayaan negara tidak dibazirkan
“Kerinduan terhadap pimpinan yang lebih bertanggungjawab kepada ummah, yang bersih daripada rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak menyelewengkan amanah kini lantang disuarakan oleh golongan muda, golongan terpelajar dan golongan yang terdedah kepada pelbagai sumber maklumat,” titah baginda
Titah baginda lagi, Nabi Muhammad SAW memiliki sifat al-Amin iaitu sifat yang boleh dipercayai dan baginda tegas menegakkan kebenaran serta cekal melaksanakan keadilan
“Pemerintahan Baginda teguh berpegang kepada hukum, menegur setiap kesalahan, mencegah setiap kemungkaran walaupun membabitkan anggota keluarga dan sahabat terdekat
“Baginda juga tidak terpesona dengan kemewahan dunia, jauh sekali tergoda untuk membina kekayaan diri dan kekayaan keluarga, tidak ada orang menjadi kaya kerana berdamping dengan baginda
“Sebaliknya, Baginda mengotakan apa yang dikata, tidak berpura-pura, tidak bersandiwara selain tidak berlakon jujur, kerana sesungguhnya baginda bersifat jujur,” titah baginda
Sementara itu, baginda bertitah, tema sambutan Maulidur Rasul kali ini, ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ jelas membawa hasrat untuk menyemarakkan roh ‘Rahmatan Lil Alamin’, iaitu Islam adalah agama kedamaian, penuh dengan kelembutan serta kasih sayang
Titah baginda, Islam sama sekali tidak mengizinkan melakukan perbuatan berunsur kekerasan, keganasan dan kebencian sebaliknya menegaskan amalan toleransi, hormati-menghormati, bekerjasama dan belas kasihan sesama makhluk
“Prinsip kepimpinan Baginda sebagai Ketua Negara dan pemimpin ummah yang berjaya mengangkat martabat ummah mencapai keagungan wajar dijadikan iktibar serta pedoman oleh pemimpin semasa,” titah baginda
sumberTerasa berdaulat nya Raja..!Lain?Lu Fikir La Sendiri..!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2018/11/fahami-titah-tuanku-sultan-nazrin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaman Kini Perlu Pemimpin Berani Berpandangan Jauh Titah Sultan Nazrin

Zaman Kini Perlu Pemimpin Berani Berpandangan Jauh Titah Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 436 hits
Zaman kini perlu pemimpin berani berpandangan jauh titah Sultan Nazrin nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitka
Titah Ucapan Kdymm Tuanku Sultan Kedah Di Majlis Konvokesyen Uum Ke 31

Titah Ucapan Kdymm Tuanku Sultan Kedah Di Majlis Konvokesyen Uum Ke 31

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 659 hits
TITAH UCAPANKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMANDI MAJLIS KONVOKESYEN KE 31SESI PERTAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIAAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulilah syu...
Banteras Golongan Pertikai Islam Istimewa Melayu Raja Titah Sultan S Ngor

Banteras Golongan Pertikai Islam Istimewa Melayu Raja Titah Sultan S Ngor

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 326 hits
SHAH ALAM 13 Nov Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam keistimewaan orang Melayu dan bumiputera bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Pers...
Pemimpin Tidak Amanah Sebabkan Ummah Sengsara Sultan Nazrin

Pemimpin Tidak Amanah Sebabkan Ummah Sengsara Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 319 hits
PUTRAJAYA Timbalan Yang Di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam sengsara Titah Sultan Nazrin kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk a...
Courageous Visionary Leadership Needed Now More Than Ever Sultan Nazrin Shah

Courageous Visionary Leadership Needed Now More Than Ever Sultan Nazrin Shah

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 286 hits
The Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah today emphasised the importance of having courageous and visionary leadership saying it is needed now more than ever He said these leadership traits are crucial in meeting the ever growing challenges a...
Problems Of Muslim Ummah Due To Leaders With No Integrity Sultan Nazrin S Maulidur Rasul Speech

Problems Of Muslim Ummah Due To Leaders With No Integrity Sultan Nazrin S Maulidur Rasul Speech

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 327 hits
PUTRAJAYA Many of the problems faced by Muslims currently are caused by a lack of integrity among those entrusted with power said Deputy Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Nazrin said most of the problems are due to ...
People Will Suffer If Leaders Lack Integrity Says Sultan Nazrin

People Will Suffer If Leaders Lack Integrity Says Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 277 hits
Deputy Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah PUTRAJAYA Deputy Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah today reminded the country s leaders that the people will suffer if there is a lack of trust and integrity in th...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii