Sultan Nazrin Berkenan Lantik Jemaah Pemangku Raja Perak


 BERNAMA
Sultan Nazrin yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Persekutuan.IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melantik Jemaah Pemangku Raja Perak berkuat kuasa hari ini.
Setiausaha Dewan Negara Perak Toh Amar Seri Diraja Ayop Hashim dalam satu kenyataan berkata Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak.
Dua lagi individu dilantik sebagai ahli jemaah ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Mohd Zahidi Zainuddin dan Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja Ramli Ngah Talib.
“Ini selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Bahagian Kedua, Perkara XV; dalam tempoh masa baginda menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Sultan Nazrin yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Persekutuan sepanjang keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke United Kingdom (UK).
Dilapor, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, lawatan khas Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke United Kingdom itu bermula semalam hingga 27 Sept ini dan Seri Paduka berdua kemudian berkenan beristirahat di London bermula 27 Sept dan dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 23 Okt.
Ahmad Fadil berkata, lawatan khas itu adalah kali kedua Seri Paduka ke UK sejak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 9 Dis 2019 selama tujuh hari.
Sementara itu, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah tiba di London bagi lawatan khas selama 10 hari ke UK bermula hari ini.
Istana Negara menerusi kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada 8 malam Jumaat waktu tempatan (3 pagi Sabtu waktu Malaysia).
Ketibaan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Zakri Jaafar dan isteri Nor Aini Abdul Rahman.
Dalam lawatan khas berkenaan, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melawat Projek Battersea Power Station di London, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square dan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di Brickendonbury, Hertford.
Atur cara lawatan khas itu turut diisi dengan pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bersama komuniti rakyat Malaysia di London.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/sultan-nazrin-berkenan-lantik-jemaah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Of Perak To Perform King S Duties While Agong Away In Uk

Sultan Of Perak To Perform King S Duties While Agong Away In Uk

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 196 hits
Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah who is the deputy Yang di Pertuan Agong will perform the functions of the Yang di Pertuan Agong when Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah are...
Raja Berperlembagaan Perkembangan Yang Merisaukan

Raja Berperlembagaan Perkembangan Yang Merisaukan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 172 hits
TUN ABDUL HAMID MOHAMAD WARTA RAKYAT Dalam tahun 1946 apabila Raja Raja Melayu menandatangani Perjanjian Malayan Union Raja Raja Melayu hampir menyerahkan kesemua kuasa mereka kepada penjajah British Nasib baiklah orang Melayu sedar akan ke...
Alasan Exco Tak Tutup Hotel Lebih Awal Seolah Olah Salah Kkm Kata Raja Bahrin

Alasan Exco Tak Tutup Hotel Lebih Awal Seolah Olah Salah Kkm Kata Raja Bahrin

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 328 hits
Raja Kamarul Bahrin Shah berkata EXCO Terengganu tidak patut menyalahkan pihak lain sebaliknya perlu bertanggungjawab atas kelemahan dan kesalahan kerana Hotel Primula Beach milik kerajaan negeri PETALING JAYA Pengerusi Amanah Terengganu me...
Sukarelawan Didakwa Hina Agama Islam Institusi Raja

Sukarelawan Didakwa Hina Agama Islam Institusi Raja

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 257 hits
Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka hari ini gara gara membuat hantaran menghina institusi raja dan agama di laman sosial Facebook Bagaimanapun tertuduh Prajiv Lionel Proctor 39 mengaku tidak bersalah ...
Najik Awat Sikitjer Komen Nih Mana Gelaran Bekas Pm Raja Troll

Najik Awat Sikitjer Komen Nih Mana Gelaran Bekas Pm Raja Troll

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 204 hits
HAMZAH RIE NANajib Razak sebelum ni bukan main garang lagi hentam kerajaan Din Pagoh Sekarang bila UMNO dah jadi kerajaan hanya mampu berdoa saja Taknak pulak dia tanya siapa yang nak bertanggungjawab jika murid dijangkiti Covid Padahal kes...
Selepas Gagal Jadi Pm Pkr Perak Buat Tawaran Kepada Anwar

Selepas Gagal Jadi Pm Pkr Perak Buat Tawaran Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 312 hits
agendadaily com25 9 2021Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim PKR Perak menawarkan kepada Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi negeri tersebut pada pilihan raya umum depan dengan harapan dapat menjadi Perdana Ment...
Ketua Pkr Perak Akan Lawan Calon Heavyweight Termasuk Peja

Ketua Pkr Perak Akan Lawan Calon Heavyweight Termasuk Peja

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 199 hits
September 25 2021Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata beliau terbuka untuk bertanding di semua kawasan yang ditandingi nama besar kecuali Bagan Datuk PETALING JAYA Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengesahkan b...
Lelaki Dituduh Hina Raja Agama

Lelaki Dituduh Hina Raja Agama

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 213 hits
HARAKAH DAILY MELAKA Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini gara gara membuat hantaran menghina institusi raja dan agama di laman sosial Facebook Bagaimanapun tertuduh Prajiv Lionel Proctor 39 meng...
Anda Siapa Chatgpt

Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Lexus Paints The Curtain For A Technological Shift With Its 2026 Es Model

Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

Jjcm Cendol Retro Batu Kikir Matahari Heights Senawang

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Cara Daftar Ahli Public Gold

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Ambil Asid Folik Ibu Hamil Wajib Tahu Ini Sebelum Terlambat

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Lauk Nanas Masak Lemak Ikan Masin Di Rumah Pengantin

Percayalah Allah Genggam Semua Doa Kita Dilepaskan Satu Persatu Di Saat Paling Tepat

Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April