Sultan Johor Kecewa Pihak Ganggu Kerajaan Cuba Rebut Kuasa


AGENDA DAILY
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan terhadap pemimpin yang menganggu tugas kerajaan tatkala rakyat berada dalam kesusahan susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Baginda juga mengingatkan pemimpin beragama Islam dan berbangsa Melayu supaya menginsafi kuasa pemerintahan adalah hak yang ditetapkan Allah SWT.
Sehubungan itu baginda menyeru pemimpin berkenaan mengutamakan kepentingan rakyat terlebih dahulu.
“Saya berasa kecewa apabila ada pemimpin yang menggangu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berhadapan dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.
“Sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam, terutama pemimpin Bangsa Melayu di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah S.W.T.
“… dan Dialah yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki,” titah baginda dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini
Sultan Ibrahim bertitah semua pemimpin perlu jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah.
“…Bukannya kepentingan diri sendiri sehingga mengugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air.
“Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan,” titah baginda.
Sultan Johor dipercayai menzahirkan kekecewaan susulan tindakan pemimpin politik daripada kumpulan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekarang ini.
Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.
Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.
Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/sultan-johor-kecewa-pihak-ganggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insaflah Wahai Pemimpin Sultan Johor Kecewa Perebutan Kuasa Ketika Rakyat Dalam Kesusahan

Insaflah Wahai Pemimpin Sultan Johor Kecewa Perebutan Kuasa Ketika Rakyat Dalam Kesusahan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 254 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin yang berebut kuasa dan mengganggu kerajaan di saat rakyat dalam kesusahan berdepan wabak Covid 19 Baginda menyeru kepada semu...
Sultan Johor Dun Akan Dibubarkan Jika Wakil Rakyat Cuba Jatuhkan Kerajaan

Sultan Johor Dun Akan Dibubarkan Jika Wakil Rakyat Cuba Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 266 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda tidak akan teragak agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor jika ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Baginda Sultan me...
Veteran Umno Dakwa Presiden Mic Cuba Rebut Kuasa

Veteran Umno Dakwa Presiden Mic Cuba Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 174 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kesetiaan Presiden MIC SA Vigneswaran terhadap Barisan Nasional dipersoal selepas beliau meminta gabungan itu memutuskan pemimpin baharu yang akan menggantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengerusi Veteran Umno Sha...
Darurat Perlu Diungkai Di Parlimen Bukan Kuasa Penuh Kerajaan Pn

Darurat Perlu Diungkai Di Parlimen Bukan Kuasa Penuh Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 263 hits
Kerajaan Perikatan Nasional sampai ke tahap kegilaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila hilang keabsahan tetapi menyalahgunakan Perlembagaan mengakui mereka berkuasa penuh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ib...
Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 282 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara PETALING JAYA Darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dikurniakan ke...
Hanya Majlis Raja Raja Boleh Hentikan Sikap Gila Pemimpin Politik Rebut Kuasa

Hanya Majlis Raja Raja Boleh Hentikan Sikap Gila Pemimpin Politik Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 221 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Denyut nadi rakyat makin lemah kewangan dan ekonomi rumah tangga semakin kritikal BANGI Tindakan lebih keras dan tegas daripada kepimpinan tertinggi negara termasuk campur tangan Majlis Raja Raja dilihat mamp...
Tunggu Arahan Lanjut Bersatu Johor Perak Kekal Sokong Kerajaan Negeri

Tunggu Arahan Lanjut Bersatu Johor Perak Kekal Sokong Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 224 hits
Setiausaha Bersatu Johor Dr Sahruddin Jamal berkata sokongan itu kekal meliputi kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri Bersatu JOHOR BAHRU Bersatu Johor hari ini menyatakan pendirian terus kekal menyokong kerajaan negeri Perikatan Nasional J...
Tindakan Pengecut Lawan Zahid Guna Kuasa Kerajaan

Tindakan Pengecut Lawan Zahid Guna Kuasa Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menyelar tindakan segelintir pemimpin UMNO yang cuba menggunakan kuasa eksekutif kerajaan untuk menghentam parti sendiri Kadir yang juga bekas penasihat kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr M...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal